Gelombang Omicron Tamat Cepat Jika Dos Penggalak 80 Peratus



Gelombang Omicron tamat cepat jika dos penggalak 80 peratus
Seorang pakar epidemiologi yakin gelombang baharu COVID-19 di Malaysia yang dicetuskan varian Omicron ketika ini, dapat ditamatkan dengan pantas jika imuniti penduduk negara kembali ke tahap optimum menjelang akhir bulan ini.
Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata imuniti rakyat Malaysia dapat ditingkatkan menerusi pemberian dos penggalak secara besar-besaran hingga liputan mencapai 80 peratus populasi negara.
Sekiranya sasaran itu direalisasikan, beliau yakin gelombang Omicron tidak akan memberi kesan pada jumlah kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian, walaupun kes harian terus meningkat.
“Jika kita dapat kembalikan imuniti penduduk ke tahap optimum menjelang hujung Februari dengan pemberian dos penggalak kepada 80 peratus penduduk, bilangan kes baharu akan naik untuk masa yang singkat dan selepas itu menurun.
“Tumpuan ketika ini sepatutnya pada kadar kes teruk (kategori tiga hingga lima), penggunaan katil hospital, kes ICU dan kematian, bukannya bilangan kes baharu semata-semata.
“Jika tahap imuniti penduduk negara secara amnya dapat dikembalikan ke tahap optimum menjelang hujung Februari ini, kadar kenaikan empat indikator ini tidak akan menyamai kenaikan kadar kes baharu, dan gelombang COVID-19 kali ini tidak akan lama,” katanya kepada BH, hari ini.
Beliau mengulas lonjakan kes harian COVID-19 kepada lebih 10,000 kes hari ini, selepas berlegar sekitar 2,000 hingga 3,000 kes selama lebih lima minggu sejak pertengahan Disember tahun lalu akibat varian Omicron.
Mengulas lanjut, pakar epidemiologi Universiti Malaya (UM) itu menggesa kerajaan meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak kepada 360,000 dos sehari bagi memastikan imuniti penduduk dapat dikembalikan ke tahap optimum sebelum hujung bulan ini.
Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu segera melengkapkan vaksinasi kanak-kanak, selain menganalisa data keberkesanan dos penggalak dalam mencegah kes kategori tiga hingga lima dan menguar-uarkan hasil analisa itu kepada orang ramai.
“Kerajaan juga perlu beri penerangan jelas mengenai keberkesanan vaksin dan dos penggalak kerana penjelasan yang diberi setakat ini kurang meyakinkan orang ramai mengenai keperluan dos penggalak,” katanya.
Berhubung kepentingan dos penggalak, Awang Bulgiba berkata ia antara kunci utama bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan awam tidak terjejas dalam tempoh gelombang Omicron, sekali gus mengekang virus merebak dengan cepat.
Katanya, jumlah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, serta kes kematian yang rendah ketika ini adalah disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi di Malaysia, dengan 97.9 peratus penduduk dewasa dan 88.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin.
Namun, katanya, tahap antibodi selepas dos kedua vaksin COVID-19 menurun dengan pantas, sekali gus varian Omicron boleh menjangkiti seseorang walaupun mereka sudah lengkap divaksin.
“Jika bilangan yang dijangkiti amat tinggi, misalnya 50,000 sehari, dan walaupun kadar pesakit kategori tiga hingga lima adalah rendah, contohnya satu peratus, bilangan yang memerlukan rawatan di hospital dan ICU tetap tinggi.
“Satu peratus daripada 50,000 adalah 500 pesakit sehari, dan jika ini berterusan untuk jangka masa lama seperti tiga bulan, ia akan melebihi kemampuan hospital awam untuk merawat pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima.
“Jadi, peranan dos penggalak untuk meningkatkan semula tahap antibodi dalam badan supaya bilangan jangkitan Omicron tidak meningkat dengan terlalu cepat,” katanya sambil menegaskan ia perlu disertai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Setakat semalam, seramai 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima suntikan dos penggalak COVID-19.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. BH
Gelombang Omicron tamat cepat jika dos penggalak 80 peratus
Baca Artikel Menarik:
‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video) Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi Dividen Tabung Haji 3 peratus? Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib Individu kesan imej zombi guna Google Maps Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

The post Gelombang Omicron tamat cepat jika dos penggalak 80 peratus appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/07/gelombang-omicron-tamat-cepat-jika-dos-penggalak-80-peratus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 297 hits
KURANG daripada separuh populasi masyarakat Melayu yang mengambil suntikan dos penggalak Covid 19 kata Khairy Jamaluddin
Demam Selepas Kena Dos Penggalak Ini Tiga Analogi Doktor

Demam Selepas Kena Dos Penggalak Ini Tiga Analogi Doktor

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 191 hits
Dr Imelda Balchin Saya beri satu analogi Macam bila kita dapat gaji Alamak Lepas dapat gaji itu kena tolak gaji untuk bayar cukai Bencinya Tapi yang lebih kita simpan kan anganlah kata kalau dikenakan cukai terus tidak mahu kerja dan tidak ...
Kj Mahu 80 Peratus Kanak Kanak Terima Dos Pertama Dalam 6 Bulan

Kj Mahu 80 Peratus Kanak Kanak Terima Dos Pertama Dalam 6 Bulan

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 146 hits
Kementerian Kesihatan menyasarkan 80 peratus daripada kanak kanak berumur 7 hingga bawah 12 tahun dan 60 peratus kanak kanak berumur 6 tahun menerima dos pertama dalam tempoh enam bulan melalui Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kanak ka...
Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu

Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 181 hits
Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu SEJAK awal tahun 2021 rakyat Malaysia mula beratur di pusat pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri daripada wabak Cov...
Kkm Dakwa Video Lama Ditularkan Khairy Sudah Ambil Dos Penggalak

Kkm Dakwa Video Lama Ditularkan Khairy Sudah Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 184 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Pemberian dos penggalak Covid 19 dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian varian baharu virus...
Hiburan Tular Semula Sidang Media Khairy Jamaluddin Berhubung Dos Penggalak Tahun Lalu

Hiburan Tular Semula Sidang Media Khairy Jamaluddin Berhubung Dos Penggalak Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini tular di laman media sosial satu video memaparkan sidang media oleh Menteri Kesihatan berhubung pemberian dos penggalak Covid 19 pada tahun lalu Tampil menjelaskan perkara tersebut Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vide...
Hiburan Kes Harian Bakal Cecah 15k Kj Gesa Warga Emas Ambil Dos Penggalak

Hiburan Kes Harian Bakal Cecah 15k Kj Gesa Warga Emas Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 200 hits
Semalam negara merekodkan kes harian COVID 19 sebanyak 10 089 kes di mana trend peningkatan ini dilaporkan telah bermula sejak beberapa hari lalu dipercayai penularan varian baharu Omicron Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi kenyat...
Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Ini

Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022 Menteri Kesihatan Kha...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran