Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu



Selamatkah Suntik Booster Covid-19? Disaran Ambil Dos Penggalak, Boleh ‘Campur’ Vaksin Pula. Tu..
SEJAK awal tahun 2021, rakyat Malaysia mula beratur di pusat-pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.
Biarpun ada segelintir ragu dengan keberkesanannya, namun pengambilan suntikan vaksin mula meningkat dan setakat Januari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 97.7 peratus golongan dewasa telah mendapat vaksinasi lengkap.
Bagi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun pula, peratusan vaksinasi lengkap sudah pun mencapai 87.7 peratus.
Tetapi perjuangan melawan virus ini masih berterusan dan terkini kita sekali lagi dikehendaki mendapatkan suntikan dos penggalak
Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini memberi jaminan kepada kita bahawa dos penggalak tidak diperlukan. Jadi, kenapa berlaku perubahan pula?
Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit bagi Pusat Pengajian Perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr James Koh berkata, penyelidikan berterusan dengan data terbaharu mendapati kesan perlindungan (atau tahap peneutralan antibodi) bagi semua vaksin cenderung menurun mengikut peredaran masa.

Ketua dan Perunding Penyakit Berjangkit bagi Pusat Pengajian Perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr James Koh.
Menurut Dr James, perkara ini tidak sepatutnya mengejutkan kerana kebanyakan vaksin sememangnya ada dos penggalak.
“Misalnya, vaksin Hepatitis B ada tiga dos suntikan, yang mana dos kedua dan ketiga adalah dos penggalak. Suntikan dos penggalak anti-Tetanus pula sepatutnya diberikan sekali dalam tempoh setiap 10 tahun, manakala suntikan vaksin pneumokokal yang memberi perlindungan daripada pneumonia disarankan sekali setiap lima tahun.
“Ia bukanlah unik kepada vaksin Covid-19 sahaja. Kita mungkin tidak biasa dengan vaksin dos penggalak kerana rakyat Malaysia tidak biasa mendapatkan vaksinasi,” jelasnya.
Tambahnya lagi, masyarakat juga sebenarnya disarankan untuk mendapatkan dos penggalak bagi influenza setiap tahun namun tidak ramai yang melakukannya.
Kesedaran yang mendesak Bagi rakyat Malaysia, Dr James memberitahu keperluan untuk dos penggalak menjadi mendesak kerana majoriti populasi kita, terutamanya, mendapat suntikan vaksin Sinovac sebagai vaksinasi utama pada fasa awal.
Statistik tempatan daripada Real-World Evaluation of Covid-19 Vaccines di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (RECoVaM) katanya menunjukkan perlindungan Sinovac terhadap jangkitan Covid-19 menurun dari 76 peratus dalam dua bulan pertama selepas vaksinasi lengkap kepada cuma 28 peratus dalam bulan ketiga hingga kelima.
 

Vaksin penting dalam melindungi seseorang daripada mengalami simptom serius sekiranya dijangkiti wabak itu.
“Pada bulan ketiga, kajian mendapati tahap peneutralan antibodi dalam vaksin Sinovac adalah kurang daripada 50 peratus dan pada bulan keenam, ia hampir tidak dapat dikesan,” katanya.
Bagi vaksin Pfizer dan AstraZeneca pula, keberkesanannya mula menunjukkan penurunan pada bulan keenam. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan suntikan dos penggalak yang secara asasnya membangkitkan semula sistem imuniti badan kita untuk menghasilkan antibodi.
“Suntikan dos penggalak ini bukanlah pengakhiran. Akan ada dos penggalak lain dan seterusnya. Kita tidak tahu banyak mana tetapi yang pasti ini bukanlah yang terakhir,” jelasnya.
Gabung dan padan, selamat atau tidak? Sementara itu, Dr James menjelaskan isu keselamatan apabila dua jenis vaksin dicampurkan turut menimbulkan keraguan. Pada awal bulan November, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) memberikan kebenaran untuk menggabung padankan vaksin berbeza sebagai dos penggalak.
Namun begitu, satu kenyataan oleh Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sourmya Swaminathan pada Julai yang mengatakan masih tiada lagi data bagi kaedah gabung padan vaksin ini dan seseorang individu tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri sebaliknya ia tanggungjawab agensi-agensi kesihatan berdasarkan data sedia ada.
Data yang tersedia kini semakin meningkat dan bukti daripada negara-negara yang sudah pun melancarkan sistem gabung padan vaksin ini menunjukkan hasil yang baik.

Keberkesanan jenis vaksin yang diambil mampu memberi perlindungan kepada orang ramai.
“Kajian di Singapura mendapati penurunan risiko jangkitan sebanyak 72 peratus apabila mencampurkan vaksinasi utama Pfizer dengan dos penggalak Moderna, berbanding 62 peratus sahaja bagi mereka yang mendapatkan suntikan Pfizer untuk suntikan pertama, kedua dan ketiga.
“Data daripada Kementerian Kesihatan Chile menunjukkan campuran vaksinasi utama Sinovac dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan kadar keberkesanan sebanyak 95 peratus terhadap virus itu. Ini adalah satu lonjakan besar berbanding pemberian tiga dos vaksin Sinovac yang menunjukkan keberkesanan sebanyak 74 peratus,” ujarnya.
Namun begitu, Dr James menggalakkan semua orang untuk mendapatkan suntikan dos penggalak tanpa mengira campurannya kerana tidak mengambil dos penggalak adalah lebih berbahaya.
“Mengambil apa sahaja dos penggalak adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung. Ini bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac, lambat laun mungkin perlu mendapatkan dos penggalak lebih awal,” ujarnya.
Apakah ada orang yang tidak boleh menerima suntikan dos penggalak? Tidak, kata Dr James, kerana setiap orang yang dibenarkan mengambil dua dos pertama boleh mengambil dos penggalak.
Bagi mereka yang mempunyai sistem imuniti badan yang lemah seperti pesakit HIV/AIDS, mereka yang menjalani pemindahan organ atau pesakit barah, dos penggalak barangkali menjadi suntikan dos keempat.

Masih ramai skeptikal dengan pengambilan dos penggalak.
“Sesetengah daripada mereka pada mulanya mungkin perlu mendapatkan tiga dos bagi merangsang sistem imuniti badan untuk menghasilkan antibodi. Bagi mereka ini, dos penggalak adalah dos keempat mereka,” ujarnya sambil memberitahu dos penggalak adalah selamat dalam kes-kes tersebut.
Perubahan wabak dan kehadiran varian baharu Landskap terus mengalami perubahan dengan kemunculan varian-varian baharu seperti Omicron.
“Masih banyak yang perlu diketahui mengenai strain baharu ini. Dapatan awal mencadangkan bahawa varian Omicron lima kali ganda lebih mudah menular berbanding virus asal, manakala varian Delta pula dua kali lebih mudah berjangkit berbanding virus asal.
“Ini bermakna, seorang yang dijangkiti varian Delta boleh menjangkiti dua orang lain, manakala seorang yang dijangkiti varian Omicron boleh menjangkiti lima orang lain,” jelasnya.
Omicron juga tiga kali lebih tinggi berkebolehan mengjangkiti semula dan ini bermakna seseorang boleh dijangkiti berulang kali. Namun begitu, data setakat ini menunjukkan gejala bagi mereka yang dijangkiti varian ini adalah ringan dalam kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak mengalami gejala yang lebih berat.
“Ini berkemungkinan disebabkan kanak-kanak di bawah 12 tahun belum divaksinasi,” katanya.
Apa yang penting kata Dr James adalah kadar kematian masih belum meningkat biarpun kita belum ada data mencukupi untuk membuat sebarang kesimpulan.
Beberapa berita yang membawa petanda baik adalah kenyataan daripada Pfizer dan BioNTech yang mengatakan tiga dos vaksin Pfizer masih memberikan perlindungan terhadap varian Omicron daripada mendapat sakit yang teruk.
“Vaksin akan terus dipertingkatkan. Sekiranya anda tidak mengambil dos penggalak sekarang, anda masih perlu mendapatkannya pada masa hadapan. Mahu mengambil dos penggalak atau tidak – buatlah pilihan yang betul,” ujarnya.
Selamatkah Suntik Booster Covid-19? Disaran Ambil Dos Penggalak, Boleh ‘Campur’ Vaksin Pula Tu..
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery Fitnah PM: SetPol buat laporan polis Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’ Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu? Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’? Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

The post Selamatkah Suntik Booster Covid-19? Disaran Ambil Dos Penggalak, Boleh ‘Campur’ Vaksin Pula Tu.. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/01/selamatkah-suntik-booster-covid-19-disaran-ambil-dos-penggalak-boleh-campur-vaksin-pula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 190 hits
Pastikan sijil vaksinasi digital lengkap dalam MySejahtera BANGI Kementerian Kesihatan menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara walk in kepada warga emas membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin Integrasi di Lembah Klang mulai 19 Januari in...
Pemkot Jaksel Wajibkan Jajarannya Ikut Vaksin Booster Covid 19

Pemkot Jaksel Wajibkan Jajarannya Ikut Vaksin Booster Covid 19

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 220 hits
Ali mengatakan pihaknya juga gencar menggelar edukasi vaksin guna menangkal informasi hoaks yang beredar seputar COVID 19
Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 166 hits
Oleh Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat Foto hiasan BAGAN SERAI Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat seperti yang dicadangka...
Perlu Atau Tak Ambil Suntikan Booster Vaksin Covid 19

Perlu Atau Tak Ambil Suntikan Booster Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 227 hits
Siapa nak ambil suntikan booster vaksin covid 19 ambillah Siapa yang tak nak ambil suntikan booster vaksin covid 19 sukatilah Yang penting saya sekeluarga dah ambil booster Rakan rakan saya pun dah ramai dah ambil booster Sebagai persediaan...
Bermula 1 Mac Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Bermula 1 Mac Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
Penduduk berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022
Selesai Vaksin Dos Booster

Selesai Vaksin Dos Booster

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 208 hits
Alhamdulillah dah selesai dapat dos booster Lega tu tak lega sangat ada la sikit sikit takut juga Lebih lebih lagi banyak kisah kematian selepas vaksin booster Bila check ooo ada masalah kesihatan ada sakit kronik semua Dan MY antara salah ...
Suntikan Dos Keempat Vaksin Covid 19 Juga Kurang Berkesan Cegah Omicron

Suntikan Dos Keempat Vaksin Covid 19 Juga Kurang Berkesan Cegah Omicron

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 219 hits
BAITULMUQADDIS Suntikan dos keempat yang diberikan kepada sejumlah penduduk Israel dilihat kurang berkesan mencegah penularan varian Omicron Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Sheba suntikan vaksin dos keempat menin...
Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Ini

Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022 Menteri Kesihatan Kha...
Kesan Aefi Dos Penggalak Guru Tadika Bakal Kehilangan Jari

Kesan Aefi Dos Penggalak Guru Tadika Bakal Kehilangan Jari

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 171 hits
Seorang penerima vaksin Covid 19 mengharapkan bantuan bagi mendapatkan pandangan kedua daripada hospital swasta selepas diberitahu jarinya mungkin perlu dipotong susulan disyaki cedera akibat vaksin Ibu tunggal Christina Selvamoney 50 berka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash