Gaya Hidup Rasulullah Sebagai Pengetahuan Dan Pengajaran Kepada Kehidupan Diri Sendiri Di Hari Ini 8995



Kadang diri ini berlaku sombong kepada diri sendiri. Tentu telah berlaku tidak adil hamba Nya terhadap Yang Maha Mencipta. Astaghfirullahalazim.


Ada orang yang memasuki aliran kesufian dengan tujuan mendapatkan kebolehan yang luar biasa kerana mereka terpesona melihat kekeramatan yang keluar daripada wali sufi.

Bidang kekeramatan yang paling digemari adalah keramat zahir iaitu kebolehan luar biasa dalam bidang keduniaan. 

Jika sufi beramal kerana mahu menyucikan hati bagi mengabdikan diri kepada Tuhan. 

Kumpulan sufi celup itu pula menggunakan amalan sufi untuk mendapatkan kebolehan yang luar biasa dan ilmu yang mampu menguasai sesuatu perkara bagi kepentingan duniawi. 

Amalan yang dilakukan orang kerana Allah s.w.t diceduk untuk dijadikan amalan kerana kepentingan diri sendiri. 

Pekerjaan ibadat menurut peraturan syariat digubah menjadi khurafat. 

Pengalaman kebatinan pada alam khadam dikatakan alam ketuhanan. 

Apabila memperolehi keramat khadam mereka mendakwa diri mereka sudah menjadi wali yang agung.

Bila sudah menguasai sesuatu kebolehan yang luar biasa mulalah mereka mendakwa ketuhanan diri lalu menanggalkan kehambaan dan mencampakkan syariat. 

Mungkinkah mereka adalah puak yang sesat dan kufur! Kembara Mencari Redha - Siaran

SYEIKH ALI AL-KHAWWAS (RAH)

Wali Allah Yang Memiliki Ilmu Ladunni

Syekh Ali al-Khawwas adalah termasuk salah seorang waliyullah paling terkenal di Kaherah, Mesir. Beliau adalah seorang yang ummi(tak tahu membaca dan menulis).

Lahir untuk zuhud

Syeikh Ali al-Khawwas tumbuh dalam keluarga miskin yang menyebabkan beliau harus menekuni pekerjaan rendahan agar dapat makan pada hari itu. Mula-mula beliau keliling menjual sabun dan kurma. Setelah pindah ke Kairo beliau membuka kedai minyak untuk beberapa tahun. Untuk selanjutnya beliau membuat bakul, kerana inilah beliau disebut dengan al-Khawwas (pembuat bakul) sampai beliau meninggal.

Beliau sama sekali tidak memakan makanan para penguasa yang zalim mahupun kroninya. Beliau tidak menggunakan wang para penguasa untuk kepentingan dirinya dan keluarga. Beliau menerima untuk kemudian memberikannya pada para janda, orang tua dan orang yang tidak mampu bekerja.

Diceritakan suatu ketika mata beliau bengkak agak parah, tapi beliau tetap saja membuat bakul, lalu datanglah seorang kaya dengan memberi wang kepadanya, sambil mengatakan: “Wahai tuanku belanjakanlah wang ini, istirahatlah sampai kedua mata tuan sembuh”, Ali al-Khawwas menjawab: “Demi Allah saya dalam keadaan semacam ini (sakit), saya merasa tidak selesa dengan penghasilan saya, apalagi dari penghasilan orang lain”.

Bahkan dalam kekurangan, Syekh Ali al-Khawwas sangat dermawan dan rendah hati. Setiap hari Jumaat beliau selalu berkhidmah untuk masjid-masjid, menyapu sampah, bersedekah pada orang-orang fakir dan yang memerlukan dengan tanpa memperhitungkan berapa yang beliau keluarkan dan bagaimana beliau nanti makan.

Beliau adalah guru mursyid kepada seorang ulama sufi yang hebat iaitu Imam Abdul Wahhab Sya’rani.

Syeikh Ali Khawwas dan Imam Sya’rani

Sheikh Abdul Wahab Sya’rani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjid yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.

Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani melintasi Ali Khawas yang disebut-sebut manusia sebagai wali Allah itu. Ketika itu terdetik di hati Sheikh Abdul Wahab Sya’rani ;

لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا

“Allah tidak menjadikan orang jahil sebagai wali-Nya”

Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah diri;

جَعَلَ اللهُ لَهُ عَلَّمَ

“Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU”

Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjid. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka.

Akibat terlalu letih Sheikh Abdul Wahab Sya’rani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaannya di Masjid. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Sya’rani bergegas ke tempat mengajar. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan sangkaan didalam ;

“Allah tak lantik orang bodoh menjadi wali”

Jawab Ali Khawas:

“orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas”

Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani kerana tukang susun kasut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani pada ketika itu sudah menjadi ulama’ terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut dan selama 40 hari beliau di tarbiah terus menerus sehingga Allah membukakan pelbagai rahsia di sebalik ilmu syariat yang dimilikinya selama ini. Beliau bukan sahaja memahami zahir ilmu syariat semata2 namun memahami batinnya sekali.

Berkat khidmat

Begitulah keberkatan berkhidmat kepada guru. Pernah juga guruku bercerita bahawa hal yang sama berlaku kepada Syaikh ‘Ali al-Khawwas yang merupakan guru Syaikh ‘Abdul Wahhab asy-Sya’raani. Berkhidmat bukan ertinya bermalas-malas untuk belajar ilmu, tetapi lebih kepada mempelajari ilmu secara praktikal dengan mendapat arahan terus daripada seorang guru yang betul-betul mursyid. Justru menadah kitab di hadapan guru kemudian balik tidur lebih mudah daripada memberikan khidmat kepada guru. Murid yang baik akan memberikan khidmatnya kepada gurunya dan guru yang mursyid tidak akan mengambil kesempatan atas khidmat dan ketaatan muridnya. Perlakuan murid kepada gurunya adalah mencari pelajaran dan perlakuan guru kepada muridnya adalah memberi pelajaran, apa pun bentuk perlakuan tersebut tidaklah terikat dengan membaca kitab atau di dalam halaqah sahaja. Oleh itu sebahagian ulama pernah berpesan: “Sesiapa yang tidak mahu berkhidmat (kepada gurunya), dia akan menyesal.”

Keilmuan Al-Khowwas

Ali al-Khowwas bukanlah orang yang mengenyam bangku sekolah. Dia bahkan tidak bisa baca tulis. Sufi agung ini rupanya seorang yang buta huruf. Kendati demikian para ulama heran dan takjub dengan kealiman beliau. Syekh kita ini sangat mahir dalam mengupas Alquran dan Hadis. Ulasan beliau dapat disaksikan dalam kitab karangan muridnya Syekh Abdul Wahhab asy-Sya’roni. “Banyak sekali kami menulis dalam kitab al-Jawahir wa al-Duror semua jawapan beliau, yang mana para ulama’ besar kesulitan menjawabnya, sehingga membuat kagum para ulama seperti Syekh Syihabuddin al-Futuhi al-Hambali, Syihabuddin bin al-Syalabi al-Hanafi, Syekh Nasiruddin al-Laqoni al-Maliki, Syekh Syihabuddin al-Romli as-Syafi’iy”, demikian cerita Syekh Sya’roni tentang gurunya itu.

Lebih jatuh Syekh al-Futuhi mengatakan: “Saya telah bergelut dengat ilmu selama 70 tahun, tidak terlintas dalam hatiku,- bukan pertanyaan juga bukan jawaban- sesuatu masalah seperti yang ada dalam kitab al-Jawahir wa al-Duror”.

Tentang keilmuan, beliau mempunyai pendapat yang berbeda dengan kebanyakan ulama’. “Seseorang tidak layak dikatakan berilmu kalau ilmunya itu didapatkan dari orang lain. Orang yang berilmu adalah orang yang tidak pernah mengambil ilmu dari orang lain. Ilmunya asli, langsung dari Allah. Orang yang mendapatkan ilmu dari orang lain hakikatnya hanyalah menceritakan pendapat orang tersebut. Namun orang itu akan tetap mendapatkan pahala, yaitu pahala orang yang membawa dan menyebarkan ilmu bukan pahala orang alim. Dan Allah tidak menyia-nyiakan pahalanya orang yang berbuat kebaikan”.

Ilmu Syekh Ali al-Khowwas tidak fokus pada ilmu syariat saja, tetapi beliau juga mahir dalam ilmu kedoktoran, beliau mampu menyembuhkan penyakit sopak, lumpuh dan penyakit yang sukar lainnya, setiap apa yang disarankan untuk dijadikan ubat sangat mujarab hasilnya.

Ali al-Khowwas dan tasawuf

Dalam masalah tasawwuf sufi agung yang buta huruf ini juga mempunyai komentar menarik : “Seseorang tidak akan sampai pada tingkatan ahli Thariqat kecuali dia alim dalam ilmu syariat, mujmal mubayyannya, nasikh mansukhnya, khas dan ammahnya. Orang yang tidak mengetahui salah satu dari hal-hal tersebut dia gugur dari jajaran para tokoh thariqat”. Mendengar pernyataan semacam itu murid kesayangannya, Sya’roni bertanya: “Kalau begitu para syeikh sekarang jatuh dari darjat ini, sebab mereka buta dalam masalah syari’at ?, beliau menjawab: “itu memang benar, mereka mengarahkan manusia pada sebagian jalan agama saja. Padahal mutashawwif adalah orang meskipun sendirian, dia mampu memberikan apa yang diperlukan masyarakat baik masalah syari’at maupun hakikat”.

Kecerdasan tokoh satu ini menyangkut juga dalam masalah al-kholwah. Dalam hal ini beliau mengatakan : “Menyendiri, menyepi dengan Allah SWT saja yang dalam dunia sufi terkenal dengan nama sebutan al-khalwah tidak mungkin dilakukan kecuali oleh wali al-Qutb al-Ghouts pada setiap masa. Ketika badannya berpisah dengan nur-nya dan berpindah ke alam akhirat, Allah SWT mengganti sang wali tersebut dengan wali lainnya. Allah SWT sama sekali tidak menyendiri dengan dua orang dalam satu masa.

Pendapat ini selaras dengan yang terjadi pada diri Syekh Abdul Qadir Jailani yang terkenal dengan munajatnya “Anta wahidun fis sama’ wa ana wahidun fi-al ardh (Engkau sendirian berkuasa di langit-Mu Ya Allah, dan aku sendirian di bumi tanpa penolong selain-Mu Ya Allah).

Dalam hubungan murid dengan guru (sykeh-mursyid) beliau mengutarakan: “Seharusnya para murid itu mengutarakan penyakit hatinya pada gurunya. Kalau dia mempunyai hati yang buruk, gurunya akan menunjukkan jalan kesembuhannya. Kalau dia tidak melakukan hal itu kerana malu, ada kemungkinan dia mati dengan penyakitnya itu”. Beliau juga mengatakan: “Kalau kalian ditanya tentang guru kalian, jawablah: “kami adalah pembantunya” dan jangan menjawab “kami adalah temannya(shohib)” kerana kedudukan suhbah (perdampingan ) itu sangat tinggi”.

Beliau mempunya banyak perkataan yang belum diucapkan oleh siapapun. Suatu ketika beliau berbicara tentang manusia. ” al-Idrok (Ilmu pengetahuan) adalah sifat akal. Pendengaran, penglihatan, perasaan dan penciuman, kesenangan dan marah adalah sifat nafsu. Rindu , gembira, pasrah, dan sabar adalah sifatnya ruh. Fitrah, cahaya, hidayah, keyakinan adalah sifat rahsia (as-sir). Akal, nafsu, ruh, sir, semua itu adalah sifat manusia”.

Masjid Ali al-Khowwash

Masjid Ali al-Khowwash, asalnya adalah Zawiyyah-nya Syekh Barakat al-Khoyyat,yang didirikan oleh muridnya yaitu Syekh Ramadhan, di depan Bab al-Futuh,Kaherah, Mesir tapi ketika Syekh Ali al-Khowwas di semadikan di situ, maka masjid tadi menjadi terkenal dengan sebutan masjid al-Khowwash. Kembara Mencari Redha - Siaran

Belajar Qanaah dari gaya cara kesederhanaan hidup Rasulullah ﷺ . 
Seseorang yang memiliki sikap Qanaah akan menerima dengan ikhlas semua pemberian Allah. Sentiasa yakin dan berprasangka baik bahawa Allah telah memberikan kenikmatan sesuai ukuran keperluan kita. Lantas seseorang itu akan selalu segera bersyukur kepada Allah.

Bersifat qanaah berarti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia. Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesederhanaan itu ditunjukkan dalam sifat qanaahnya.

Mari kita lihat kesederhanaan hidup Rasulullah. Kehidupan Nabi Muhammad ﷺ sangat sederhana. Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang beristirahat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar (kurma). Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang mengunjungi Rasulullah ﷺ . Karena pada saat itu Rasulullah ﷺ tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Rasulullah ﷺ . Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.
Ibn Mas`ud pun berkata: "Ya Rasulullah ﷺ , bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''

Rasulullah ﷺ menjawab, "Wahai Ibn Mas`ud, apalah arti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. "Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rindang untuk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''

Dalam suatu peristiwa lainnya, ketika Rasulullah ﷺ menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Thalib. Pada masa itu Rasulullah ﷺ menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan 'persiapan' Fatimah. Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah ﷺ untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu? Ternyata, Rasulullah ﷺ hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan. Ketika mengetahui hal itu, Abu Bakar menangis.
"Ya, Rasulullah ﷺ , hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan.

"Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah ﷺ menenangkannya. Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tambalan. Tiada perhiasan yang berharga mahal.

Setelah menikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, menafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah. Walimah pernikahan puteri Rasulullah ﷺ itu memang sederhana karena kesederhanaan adalah sebagian kehidupan Rasulullah sendiri. Rasulullah ﷺ ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki. Dan bersikap iffah dari segala kekurangan untuk tidak meminta-minta. 
Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah” 
Seandainya setiap muslim mengaplikasikan sikap qonaah dalam kehidupannya, maka niscaya akan menyelamatkan kehidupannya dari tindak korupsi, terbelit hutang yang tidak berkesudahan dan bersikap mubazir. Juga tidak akan berat dalam beramal shaleh dengan rizki yang dia dapatkan.

Sikap qanaah bukan berarti bersikap putus asa dalam mencari rizki Allah. Manusia harus tetap berusaha mencari rizki Allah dengan cara-cara yang baik sesuai dengan kemampuannya dengan cara-cara yang halal. Apapun hasil dari usaha itu harus diterima dengan lapang dada seraya berserah diri kepada Allah. Wallahu a’lam bish shawab.
—Sumber:
(www.facebook.com)
Kembara Mencari Redha - Siaran



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/gaya-hidup-rasulullah-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 404 hits
Seorang lelaki dari India diselamatkan oleh polis tempatan selepas menguburkan dirinya selama kira kira 8 jam Apabila disoal siasat beliau berkata tindakan itu dilakukan untuk dilahirkan semula sebagai Tuhan Kejadian ini bermula ketika Deer...
Mira Filzah Beli Cincin Untuk Diri Sendiri

Mira Filzah Beli Cincin Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 324 hits
Pastinya impian buat setiap wanita menerima sebentuk cincin dari seseorang yang istimewa sama seperti Mira Filzah Kongsi Mira dalam banyak perhiasan beliau The post appeared first on
8 Beradik Anak Yatim Piatu Hidup Sendiri Dan Tak Mahu Dipisahkan Walau Apapun Yang Berlaku

8 Beradik Anak Yatim Piatu Hidup Sendiri Dan Tak Mahu Dipisahkan Walau Apapun Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 655 hits
Bila saudara kamu dipisahkan dan tinggal di keluarga lain pasti rasanya sangat kesepian dan kehilangan Begitulah 8 bersaudara ini tidak ingin tinggal terpisah orang tua mereka tidak sanggup menghidupi mereka dan membiarkan mereka diadopsi N...
Berat Turun 10kg Hanya Dalam 10 Hari Ibu 3 Anak Ini Buktikan Mampu Cabar Diri

Berat Turun 10kg Hanya Dalam 10 Hari Ibu 3 Anak Ini Buktikan Mampu Cabar Diri

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 330 hits
6869 SHARES Dalam menjaga berat badan untuk sentiasa kekal dan ideal semua orang perempuan tahu bukanlah satu kerja yang mudah Kita perlu sentiasa konsisten dan memerlukan disiplin yang tinggi dalam pengambilan makanan sehari harian disampi...
Lagu Kemarin Nyanyian Ifan Bagai Untuk Diri Sendiri

Lagu Kemarin Nyanyian Ifan Bagai Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 722 hits
Ifan kehilangan tiga ahli kumpulan Seventeen termasuk isterinya Dylan Sahara akibat tsunami yang melanda Selat Sunda Sabtu lalu BENCANA tsunami yang melanda Selat Sunda Indonesia malam Sabtu lalu sehingga mengorbankan tiga ahli kumpulan Sev...
Amalan Dzikir Ini Sering Dibaca Rasulullah Saat Pagi Hari Rileks Media

Amalan Dzikir Ini Sering Dibaca Rasulullah Saat Pagi Hari Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 331 hits
Dzikir pagi adalah amalan yang patut diamalkan Kerana selain membuat lebih bersemangat di pagi hari juga dimudahkan segala urusan oleh Allah Subhanahu Wata ala Dzikir pagi dibaca saat masuk waktu Subuh hingga matahari terbit Planet Merdeka ...
Auta Lim Guan Eng Makan Diri Makin Bingai Setiap Hari

Auta Lim Guan Eng Makan Diri Makin Bingai Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 342 hits
Setelah didedahkan kerajaan menjarah subsidi minyak dari rakyat sejak awal bulan lepas Guan Eng tidak puas hati dan menggunakan kenyataan akhbar rasmi kementerian kewangan mengenai penurunan harga untuk menyerang saya Guan Eng kata saya fit...
Ada Yang Tidak Jujur Kepada Diri Sendiri Maka Inilah Antara Hasilnya 8966

Ada Yang Tidak Jujur Kepada Diri Sendiri Maka Inilah Antara Hasilnya 8966

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 377 hits
Antara hasilnya Anwar Waspada tangan mahu curangi agenda reformasiPeralihan kuasa yang berjalan lancar selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum Mei lalu mencerminkan kematangan rakyat Malaysia termasuk di kalangan penjawat awam k...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik