Garis Panduan Penggunaan Kalimah Allah Akan Diumumkan Kata Kdn


Farhira Farudin Perbincangan dengan wakil-wakil dari kumpulan agama turut diadakan untuk mencapai kata sepakat berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin. Gambar: Bernama Kementerian dalam negeri akan mengumumkan garis panduan penggunaan kalimah “Allah” susulan penghakiman Mahkamah Tinggi yang membatalkan larangan penggunaannya dan Putrajaya turut mengemukakan rayuan untuk semakan semula keputusan tersebut.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata garis panduan tersebut akan didasari undang-undang sedia ada dan boleh diterima oleh semua kumpulan masyarakat.
Beliau berkata perbincangan mengenai perkara tersebut telah diadakan bersama beberapa wakil dari pelbagai kumpulan agama bagi memastikan persetujuan bersama dapat dicapai.
Beliau turut menambah garis panduan yang akan diumumkan secara berperingkat bagi memastikan setiap kumpulan agama dapat memahami isu tersebut dengan lebih baik.
“Kalau boleh secepat mungkin, (kita) tak nak jadi isu (ini berlarutan),” kata beliau dalam sebuah sidang media hari ini.
“Kita tidak mahu isu ini menjadi isu yang boleh ‘divide all of us’.”
Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan bahawa penganut Kristian boleh menggunaan beberapa perkataan termasuk “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah,” dan “solat” dalam penerbitan agama mereka.
Hakim Mahkamah Rayuan Nor Bee Ariffin yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Tinggi membenarkan tindakan undang-undang ke atas permohonan seorang wanita Kristian berketurunan Melanau, Jill Ireland menggunakan kalimah Allah bagi tujuan keagamaan dan pendidikan.
Keputusan itu menghentikan kemelut pertikaian selama 13 tahun sejak Jill membuatkan fail permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 dengan tujuan menuntut pemulangan CD yang dirampas pada pada 11 Mei 2008 serta bayaran ganti rugi.
Pada hari yang sama mahkamah turut memutuskan kerajaan melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.
Dalam penghakimannya, beliau turut berkata, penganut Kristian menggunakan perkataan itu sejak lebih daripada 400 tahun.
Bagaimanapun Putrajaya mengemukakan rayuan, mengatakan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke Sarawak baru-baru ini mengatakan beliau menyerahkan perkara tersebut kepada mahkamah.
Isu ini juga mencetuskan perdebatan mengenai penggunaan kalimah tersebut dan Sultan Selangor turut mengumumkan larangannya masih terpakai di negeri itu.
Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg pula berkata pada awal bulan ini bahawa orang bukan Islam di Sarawak boleh menggunakan perkataan tersebut pada bila-bila masa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/garis-panduan-penggunaan-kalimah-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Allah Dilarang Disamakan Dengan Agama Bukan Islam Mains

Kalimah Allah Dilarang Disamakan Dengan Agama Bukan Islam Mains

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 187 hits
Umat Islam wajib menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik PORT DICKSON Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain kata Pengerusi Majlis A...
Who Terbit Garis Panduan Sempena Perayaan Keagamaan

Who Terbit Garis Panduan Sempena Perayaan Keagamaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 135 hits
WHO terbit garis panduan sempena perayaan keagamaan Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2021 6 33PM
Peja Bakal Kembali Jadi Mb Perak Saya Ikut Skrip Allah Sepenuhnya Kata Saarani

Peja Bakal Kembali Jadi Mb Perak Saya Ikut Skrip Allah Sepenuhnya Kata Saarani

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 192 hits
April 9 2021 Ini kuasa Allah SWT Saya ikut skrip Allah sepenuhnya Demikian ujar Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berhubung kenyataan Ahmad Faizal Azumu yang membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri ini Saarani menjel...
Bukan Islam Bebas Gunakan Allah Bila Bila Masa Di Sarawak Kata Ketua Menteri

Bukan Islam Bebas Gunakan Allah Bila Bila Masa Di Sarawak Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 247 hits
Abang Johari berkata ahli ahli politik seharusnya menumpukan isu besar melibatkan masyarakat awam dan bukannya bergaduh tentang penggunaan kalimah Allah Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg Gambar Bernama Ketua Menteri Sarawak Abang Joh...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 633 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 216 hits
April 9 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik mereka PETALING JAYA Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden U...
Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 263 hits
Hajiji Noor melawat pasar awam Sandakan hari ini SANDAKAN Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid...
Dana Kwap Lesap Tetapi Tiada Laporan Polis Kata Peguam

Dana Kwap Lesap Tetapi Tiada Laporan Polis Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 216 hits
Dana KWAP lesap tetapi tiada laporan polis kata peguam Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Apr 2021 11 42PM
Sop Ibadah Di Surau Masjid Termasuk Tarawih Sepanjang Ramadan Dalam Masa Terdekat Kata Menteri

Sop Ibadah Di Surau Masjid Termasuk Tarawih Sepanjang Ramadan Dalam Masa Terdekat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 513 hits
MKN sebelum ini mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat tarawih di masjid sepanjang Ramadan KUALA LUMPUR Prosedur operasi standard bagi semua aktiviti ibadah di masjid serta surau sepanjang Ramadan termasuk solat tarawih akan diperinci...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah