Gandingan Mantap Kabinet Anwar Yang Bakal Menyelamatkan Negara


agendadaily.com31/7/2021

Impian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu semakin hampir menjadi kenyataan dan pemimpin utama Pakatan Harapan nampaknya semakin geli-geli untuk memegang tampuk pemerintahan sekali lagi.

Ketika ini, Anwar mungkin sudah merencana barisan Kabinet yang mantap ke arah untuk menyelamatkan negara dengan membariskan tokoh-tokoh yang disegani dalam blok pembangkang seperti Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Selain itu, nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku anak murid Anwar yang setia dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pelobi utama dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pasti akan menjadi pertimbangan Presiden PKR tersebut.

Agenda Daily memberi gambaran awal ‘Kabinet Anwar’ yang akan dibentuk melibatkan pemimpin utama blok pembangkang termasuk Zahid dan Najib, gandingan mantap yang disebut-sebut bakal menyelamatkan negara dalam krisis pandemik ketika ini.

Perdana Menteri, portfolio Menteri Kewangan – Anwar

Jawatan nombor satu yang selama ini menjadi idaman Anwar, ia mustahil akan diberikan kepada individu lain yang lebih layak selain Anwar dan dikatakan bakal mengekalkan portfolio lamanya semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Kewangan.

Portfolio tersebut paling penting memandangkan Menteri Kewangan akan menguruskan segala urusan berkaitan keluar dan masuk wang kerajaan, ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) umum mengetahui bagaimana Najib mengekalkan kuasanya semasa memegang portfolio tersebut.

Anwar pasti memilih untuk memegang portfolio tersebut bagi memastikan pengaruh dan kuasa berada dibawah telunjuknya.

Timbalan Perdana Menteri 1, portfolio Menteri Undang-Undang dan Parlimen – Zahid

Bagi membalas jasa dan tanda penghargaan kepada Zahid yang setia serta dilihat pencatur utama dalam menjatuhkan kerajaan PN, jawatan kedua tertinggi ini perlu diberikan kepada anak muridnya.

Walaupun umum mengetahui pelbagai skandal serta kontroversi salah guna kuasa terpalit dengan Presiden UMNO tersebut, tiada pilihan lain selain Anwar perlu melantik anak muridnya itu sebagai Menteri Undang-Undang dan Parlimen.

Portofolio yang dijangka diberikan kepada Zahid pastinya berkaitan Undang-Undang dan Parlimen memandangkan ia dapat membantunya dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya disamping dapat mengelak berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah.

Sebagai Menteri Undang-Undang dan Parlimen, Zahid akan dapat mengawal badan perundangan negara dan boleh menjadi ‘gate keeper’ atau penjaga kepada kerajaan Anwar sekiranya diserang atau dipersoalkan keabsahannya.

Timbalan Perdana Menteri 2, portfolio Menteri Ekonomi – Guan Eng

Anwar perlu memberikan jawatan kedua tertinggi kerajaan kepada Setiausaha Agung DAP tersebut ia memandangkan parti tersebut memiliki 42 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, komposisi terbanyak dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh Anwar.

Ia perkara wajib dilakukan Anwar sekiranya mahu kekal mendapat sokongan DAP, tawaran jawatan tersebut akan mengekalkan kesetiaan parti tersebut kepada Anwar, malah Guan Eng juga mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum ini semasa era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai pengalaman dalam menarik pelaburan, ia terbukti dengan projek terowong yang berjaya menarik pelabur dari China ke negeri Pulau Pinang.

Cuma, projek tersebut tidak diteruskan dan sebaliknya Guan Eng kini sedang berdepan kes mahkamah berkaitan projek tersebut.

Menteri Senior, portfolio Menteri Pendidikan – Mat Sabu

Walaupun kurang menyerlah semasa menerajui Kementerian Pertahanan sebelum ini, Mat Sabu mungkin akan diangkat Anwar sebagai Menteri Pendidikan sebagai balasan terhadap kesetiaannya untuk kekal bersama dan sanggup meninggalkan Dr Mahathir yang kini tidak lagi memiliki sokongan AMANAH dan DAP.

Anwar yakin dengan kemampuan Mat Sabu untuk membawa era baharu dalam pendidikan negara semasa era pandemik, ia walaupun tidak habis belajar selepas dibuang daripada ITM.

Namun, kejayaannya dalam pentas politik tidak boleh dinafikan dan Mat Sabu pastinya dapat menaikkan motivasi para pelajar untuk mengikut jejaknya, gagal dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam hidup.

Paling tidak pun, kemungkinan ramai pelajar jurusan kulinari yang bertaraf dunia dapat dilahirkan memandangkan kehebatannya dalam bidang masakan. Pasti ramai mengetahui kehebatan kari Mat Sabu.

Cuma pesan Agenda Daily, Mat Sabu perlu mengelak ada skandal dengan pelajar sekolah kerana sebelum ini pernah tersebar klip audio seksi beliau dengan seorang wanita muda.

Menteri Senior, portfolio Menteri Pertahanan – Shafie Apdal

Anwar tidak boleh meminggirkan Presiden Warisan tersebut dalam barisan Kabinetnya jika mahu mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan jawatan Menteri Pertahanan perlu diberikan kepada Shafie.

Bekas Ketua Menteri Sabah tersebut juga memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan PN dan bagi memastikan kestabilan kerajaan, Anwar perlu memberi jawatan yang dianggap penting kepada Shafie.

Jawatan Menteri Pertahanan paling sesuai diberikan kepada Shafie memandangkan negara sedang berdepan isu pencerobohan perairan negara di Laut Cina Selatan dan sebagai seorang anak Bajau Laut, pastinya Shafie lebih memahami isu tersebut serta memahami cara untuk mengatasinya.

Dan terakhir, Penasihat Khas Perdana Menteri (PM) – Najib

Dalam memastikan sokongan berterusan dan ampuh terhadap Kabinetnya, peranan Najib tidak boleh dipandang ringan Anwar kerana tanpa sokongan bekas Presiden UMNO itu mustahil langkah menyingkirkan kerajaan PN berjaya direalisasikan.

Situasi kali ini berbeza dengan perjanjian yang pernah dimerterai Anwar dan Najib semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu yang orang tengahnya ketika itu adalah bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Mengapa kali ini berbeza, kali ini Najib memerlukan bantuan Anwar untuk menyelamatkan dirinya dan sama seperti Zahid juga, kedua-dua mereka tidak mahu hidup meringkuk dalam penjara.

Jalan terakhir yang Najib dan Zahid ada sekarang ini hanya bekerjasama dengan Anwar, tiada jalan lain lagi. Apa jadi sekali pun, kepentingan peribadi lebih penting sekarang.

Sebagai balasan, Anwar perlu meletak Najib pada kedudukan selamat atas bantuan yang diberikan dan Penasihat Khas adalah tawaran terbaik yang tidak akan ditolak.

Maka, terbentuklah Kabinet Anwar yang baharu. Tahniah………

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/gandingan-mantap-kabinet-anwar-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 714 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Anwar Sudah Sedia Tiga Senarai Kabinet Bayangan

Anwar Sudah Sedia Tiga Senarai Kabinet Bayangan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 171 hits
agendadaily com29 7 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sudah menyusun senarai Kabinet bayangan untuk mengambil alih Putrajaya jika kerajaan Perikatan Nasional melepaskan tugas...
Pemisahan Fungsi Peguam Negara Dan Pendakwa Raya Bakal Ditambah Baik Melalui Kajian Perbandingan

Pemisahan Fungsi Peguam Negara Dan Pendakwa Raya Bakal Ditambah Baik Melalui Kajian Perbandingan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 373 hits
Pemisahan fungsi Peguam Negara dan pendakwa raya bakal ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara negara lain namun akan disesuaikan sistem perundangan di negara ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hass...
Bukan Tugas Bank Negara Jaga Tabung Th Anwar

Bukan Tugas Bank Negara Jaga Tabung Th Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 336 hits
Tindakan Kementerian Kewangan meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia amat menggusarkan kerana akan berlaku salah bidang tugas di dalam praktik sedemikian Mantan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim be...
Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 1 50 pmDikemaskini 2 15 pmKEMAS KINI Laporan ini dikemas kini dengan penafian dari sumber Istana Negara Sumber Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diberi perkenan un...
Mpm Tolak Keputusan Kabinet Letakkan Th Bawah Bank Negara

Mpm Tolak Keputusan Kabinet Letakkan Th Bawah Bank Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 259 hits
MAJLIS Perundingan Melayu dengan ini mengeluarkan kenyataan berikut 1 Keputusan Kabinet meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah BNM ditolak Maka dengan ini keputusan Jemaah Menteri mengenainya hendaklah ditangguh dengan segera 2 Kami terkej...
Giliran Ahli Dewan Negara Pula Bakal Berhimpun Pagi Nanti

Giliran Ahli Dewan Negara Pula Bakal Berhimpun Pagi Nanti

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh FAZLI RADZI August 3 2021Ahli Ahli Dewan Negara akan ke Parlimen dalam jam 9 30 pagi nanti selepas 107 Ahli Parlimen Pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka siang tadi Menerusi satu makluman diperoleh media tindakan mereka itu susulan...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kabinet Kata Mahkamah Persekutuan Tolak Saman Anwar

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kabinet Kata Mahkamah Persekutuan Tolak Saman Anwar

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 213 hits
AGENDA DAILY Mahkamah Persekutuan menolak saman dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan Malaysia Mahkamah tertinggi negara ini hari ini menolak saman yang dikemukakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menuntut perisytiharan Akt...
Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing

Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Kerajaan diminta berusaha lebih keras bagi mengembalikan kestabilan politik negara sekali gus member impak yang lebih positif terhadap ekonomi Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global Prof Madya ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki