Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing



PETALING JAYA: Kerajaan diminta berusaha lebih keras bagi mengembalikan kestabilan politik negara, sekali gus member impak yang lebih positif terhadap ekonomi.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ketidakstabilan politik negara telah memburukkan lagi impak terhadap prestasi Bursa Malaysia yang sudah dihambat sentimen negatif serantau, ketidaktentuan pasaran dan perkembangan varian baharu Covid-19.

Kata beliau, ketika ini pelabur bimbang dengan kegiatan ekonomi dan mereka memerlukan petanda jelas mengenai kekangan atau kelonggaran yang bakal dikenakan dalam negara ini sementara ketidakstabilan politik menggusarkan pelabur, menyebabkan mereka melambakkan jualan ekuiti tempatan.
“Kerajaan ketika ini telah melaksanakan program vaksinasi dengan cemerlang walaupun bermula dengan agak perlahan.
“Namun lebih daripada itu, kerajaan harus berusaha dengan lebih keras untuk mengembalikan kestabilan politik dan menunjukkan kepada pelabur luar bahawa kita bersatu padu dalam mengatasi masalah ini,” katanya.
Indeks FBM KLCI jatuh ke bawah paras 1,500 mata Jumaat lalu apabila ditutup pada 1,494.60 mata berbanding 1,512.93 mata hari sebelumnya.
Kali terakhir indeks Bursa Malaysia mencatatkan mata bawah 1,500 adalah pada 4 November lalu iaitu sekitar 1,464.61 mata.
Semalam, FBM KLCI terus ditutup rendah pada 1,493.00 mata, jatuh 1.60 mata berbanding Jumaat.
Menurut Baharom, kemerosotan prestasi Bursa Malaysia memberikan kesan kepada keyakinan pelabur luar yang berbelanja dengan lebih berhati-hati disebabkan situasi itu.
Menurut MIDF Research, pelabur asing kekal sebagai penjual bersih ekuiti di Burs Malaysia pada minggu berakhir 30 Julai dengan aliran keluar dana berjumlah RM579.73 juta, menjadikannya minggu keenam berturut-turut penjualan bersih oleh pelabur asing.
Menurut nota kajiannya semalam, pelabur asing merupakan penjual bersih untuk setiap hari dalam minggu tersebut dengan aliran keluar dana terbesar dicatatkan pada Jumaat sebanyak RM325.13 juta.
“Untuk pelabur runcit, mereka merupakan pembeli bersih untuk setiap hari minggu lalu. Pembelian bersih terbesar oleh pelabur runcit adalah pada Isnin pada RM90.88 juta dan pembelian bersih terkecil pada Khamis dengan RM32.69 juta.
“Secara terkumpul untuk minggu itu, pembelian bersih pelabur runcit adalah sebanyak RM258.80 juta,” katanya.
Menurut MIDF Research, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih sepanjang tahun ini dengan pembelian bersih terkumpul sebanyak RM8.97 bilion manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur asing merupakan penjual bersih dengan jumlah masing-masing RM3.43 bilion dan RM5.54 bilion. – UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/ketidaktentuan-politik-negara-gusarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia ketika ini memberikan kesan negatif kepada pasaran khususnya terhadap aliran keluar dana dari asing dari pasaran ekuiti yang mengalami penurunan sejak Mac 2018 CGS CIMB berkata ked...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Pesanan Imam Besar Masjid Negara Buat Semua Pemimpin Politik

Pesanan Imam Besar Masjid Negara Buat Semua Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 297 hits
Pagi 10 Zulhijah lalu Imam Besar Masjid Negara Haji Ehsan Mohd Hosni kedengaran sebak pada minit minit terakhir ketika membacakan Khutbah Solat Sunat Aidiladha bertajuk Cabaran dan Pengorbanan Perasaan khatib berkenaan dapat dikesan ketika ...
Hanya Kestabilan Politik Dapat Kembalikan Keyakinan Pelabur

Hanya Kestabilan Politik Dapat Kembalikan Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 131 hits
Hanya kestabilan politik dapat kembalikan keyakinan pelabur TANYALAH kepada sesiapa pun semua daripada kita sudah muak dengan krisis politik yang berlaku di dalam negara Perbalahan yang berlaku perebutan jawatan dan perpecahan dalam kalanga...
Kes Syed Sadiq Pelabur Lari Pendakwaan Berasaskan Politik

Kes Syed Sadiq Pelabur Lari Pendakwaan Berasaskan Politik

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 333 hits
Pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Sadiq Abdul Rahman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini merupakan satu ancaman politik yang akan menjauhkan pelabur asing dari Malaysia Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ib...
Kemelut Politik Akan Burukkan Krisis Pandemik Negara

Kemelut Politik Akan Burukkan Krisis Pandemik Negara

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Percaturan politik dan perebutan kuasa yang berlaku ketika kes harian dan kematian terus melonjak dikhuatiri mendorong krisis pandemik negara terjerumus ke tahap lebih buruk Pakar kesihatan dan badan bukan kerajaan berpandangan...
Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 1077 hits
Cara Mudah Transfer Duit Guna Western UnionSebelum aku explain lebih panjang aku nak kongsikan dulu informasi perlu korang tahu tentang western Union Perkhidmatan Western Union adalah untuk sesiapa sahaja yang perlu menghantar atau menerima...
Lebih Baik Fokus Tilawah Al Quran Kenyataan Lelaki Ini Terhadap Pelari Wanita Negara

Lebih Baik Fokus Tilawah Al Quran Kenyataan Lelaki Ini Terhadap Pelari Wanita Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 242 hits
Nama Azreen Nabila Alias selaku pelari wanita negara telah berjaya menjadi sebutan orang ramai berikutan pencapaian beliau melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekaligus memecah rekod peribadi beliau dengan catatan masa 11 77 saat Be...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad