Gambar Percutian Ke Padang Bukit Tinggi 2019 Keluarga Sis Fareha
Bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan merupakan satu momen yang paling indah dalam hidup seseorang.Apalagi percutian itu berjaya mengikut apa yang kita rancangkan di itenari,perbelanjaan juga tidak melebihi budget, disertakan pula kenyang perut dengan menu nasi padang yang kena dengan selera.
Walaupun jarak antara padang dan bukit tinggi itu lebih kurang macam Melaka dan Kuala Lumpur ,yelah kalau ke Padang mesti jejak ke Bukit Tinggi kerana banyak tempat wisata di Bukit Tinggi.Rugi kalau tidak singgah ke Bukit Tinggi.Sebab tu kalau ke padang Bukit Tinggi kena tempah dua hotel.Satu di Padang dan satu lagi di Bukit Tinggi.Jadi dengan adanya ground package dan tour package lengkap dengan itenari tersusun akan menjadikan setiap masa percutian itu tidak sia-sia.
Foto percutian di Padang Bukit Tinggi kiriman sis Fareha ketika mereka bercuti february 2019 yang lalu jelas kelihatan begitu menarik dan percutian mereka nampak begitu meriah Setiap foto mereka sekeluarga di tempat wisata di Padang Bukit Tinggi kelihatan begitu indah dengan momen kegembiraan mereka sekeluarga.Menggunakan pakej percutian ground pakej dan juga supir terbaik dari kenalan irda,menjadikan percutian mereka lebih lengkap lagi.
Walaupun kalau dibayangkan antara jarak Melaka atau Seremban dan KL itu tidaklah terasa jauh kerana adanya highway di Malaysia,namun jarak perjalanan antara Padang dan Bukit Tinggi itu sebenarnya terasa lama dan jauh kerana jalan raya di padang bukit tinggi banyak selekoh,gunung ganang dan jalan raya yang tidak rata untuk dilalui.
Namun begitu perjalanan percutian di Padang Bukit Tinggi sis Fareha yang agak adventure ini telah dikelola penuh oleh supir yang mahir,berpengalaman dan pastinya amat peramah.Jadi ini dapat menceriakan lagi mood percutian mereka sekeluarga di Padang Bukit Tinggi.
[Booking supir dengan Irda : 011-23716700]
Cuaca padang bukit tinggi yang terletak di Sumatera Barat Indonesia sungguh nyaman terutama di Bukit Tinggi,tempat shopping yang banyak dan tempat makan juga memainkan peranan menjadikan percutian keluarga ini begitu menyeronokkan.
Begitulah ramalan akak bila melihat setiap foto kiriman sis fareha dari Sungai buloh yang bercuti bersama-sama keluarganya pada Februari 2019 .Walaupun sudah lama foto ini dalam simpanan Gallery hp akak,tetap akak teruja melihat banyak kali.Setiap ukiran senyuman ditata rias pemandangan padang bukit tinggi,akak bagaikan berada bersama mereka menikmati bersama percutian tersebut.Benar kata orang,sekeping gambar mampu melahirkan sejuta kata.
Semua foto kiriman Fareha cantik-cantik belaka,bukan sahaja susun atur yang menarik,kualiti gambar juga nampak hidup.Pasti menggunakan camera yang canggih ni kan.Setiap posisi gambar yang mereka ambil sangat kena dan pandai mereka sekeluarga susun atur dalam bergambar.
Kadang-kadang bukan senang tau nak minta gambar ramai-ramai ni,biasalah bila berjalan sorang ke depan,sorang jauh tertinggal di belakang,tetapi ternyata sis fareha dan family setiap tempat yang mereka lawati di padang bukit tinggi berjaya ada gambar family.
Gambar ini diambil di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) yang terletak di Padang Panjang.Selalunya ia menjadi tempat wisata pertama yang dilawati kerana ia adaaah ditengah perjalanan ke Bukit Tinggi.
Disini akan ada orang yang akan beri penjelasan tentang adat minang dan rumah gadang.Boleh juga pakai pakaian adat minang dan PDIKM.
Gambar ini di Lobang Jepang ,tempat ni kalau masuk dapat keluar lepastu memang memberi keinsafan sangat rasanya.Wajib masuk tau..tapi kalau ada anak kecil tak perlulah masuk,takut jadi lain pula nanti.
Paling akak suka gambar ni,kabus di belakang,suasana dingin di Bukit Tinggi diserikan lagi dengan wajah-wajah gadis manis ni,wow foto diorang ni sangat unik dan menarik.Syabas ,ternyata skill bergambar adik-adik manis ni menceriakan suasana betul.
Ada sahabat akak bertanya,padang apa yang best?Bukan tempat orang tua-tua suka pergi ke.Terbukti gambar ni menunjukkan generasi Y pun ada juga datang ke padang.Bagi akak,cuaca dingin,sukakan nature,makanan khas padang dan tempat shopping padang yang murah dengan pelbagai pilihan selalunya menjadikan padang destinasi pilihan untuk sektor pelancongan di Indonesia.
Ada lagi gambar-gambar menarik sis Fareha di FB akak : Padang Bukit Tinggi Nusantara Travel
Terima kasih sekali lagi buat sis Fareha kerana sudi berkongsi foto percutian mereka di Padang Bukit Tinggi dan menggunakan kak irda sebagi introducer dengan supir disana.Alhamdulilah,percutian mereka disana dijaga penuh oleh kenalan supir Irda yang pastinya memberikan servis terbaik.
Terima kasih daun keladi,nanti jemputlah datang lagi.
Terima kasih bermaaf-maafan,Terkurang terlebih mohon halalkan.
Jumpa lagi :)
Appreciate your time reading this entry.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://irdagarmin.blogspot.com/2020/01/gambar-percutian-ke-padang-bukit-tinggi.html