Suka Duka 2019 Dan Hai 2020


Assalamualaikum semua. Belum terlewat lagi untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kan. Better late than never. Alhamdulillah… Masih berpeluang dipertemukan dengan tahun 2020. Apa yang saya bayangkan masa zaman sekolah dulu bila tiba tahun 2020 ni tak lain tak bukan adalah ‘kereta terbang’. Nyata sekali ianya hanya ilusi semata-mata. Bukan lah realiti. Macam biasa, sambutan tahun baru saya dan keluarga hanya di rumah sahaja. Tak kuasa lah nak bersesak bagai dengan orang ramai. Baik duduk rumah, tengok tv dan tidur


Azam pula… hurmmmm… Konon nak menabung. Tak sampai sebulan dua dah korek tabung. Acaner tu. Tak apa lah, kita cuba lagi tahun ni. Tak dapat banyak, sikit pon tak apa kan. Memang susah nak istiqomah dan konsisten untuk menabung ni bila ada saja benda yang datang secara tiba-tiba dan benda yang datang tu memerlukan duit. Azam nak membuang lemak-lemak yang makin membiak ni pon hanya tinggal angan-angan je. Berat dah naik. Seluar dan baju pon dah mula mengetat. Nak nangis rasa nya. Kena buat sesuatu juga untuk tahun 2020 ni. 
Banyak perkara suka duka pada tahun 2019 sebenarnya. Kita mula kan dengan kisah duka dulu lah yer

Kisah Duka 2019BlogMacam biasa, sebagai seorang blogger separuh masa, rasa sedih juga sebab tak dapat nak bagi komitmen penuh dekat blog tahun 2019. Memang jarang sangat update entry. Sebulan pon tak sampai 10 entry je kot. Paling tinggi pon bulan May. Dapat lah 15 entry. Memang merudum betul. Job blogging pon jarang ambil sebab takut tak boleh nak catch up. Nak pergi event apa tah lagi. Untuk tahun 2019, hanya 2 event saja yang saya join. Seronok tengok kawan-kawan pergi event. Dapat juga luaskan network dan tambah kenalan kan


Tahun ni pon tak tahu lah boleh commit ke tak dengan blog. Penambahan kerja dan kekangan masa yang sangat membataskan. Rasa macam nak active balik menulis. Just follow the flow saja ni. Sayang rasanya kalau nak stop terus dari duni blogging sebab blog antara sumber pendapatan sampingan saya. Kisah duka juga lah walaupon pasal blog saja pon. Sekarang ni saya banyak active dekat IG sebab IG juga antara penyumbang kewangan… hehehe… Task pon mudah kan. Tak ada nak mengarang ayat panjang-panjang macam blog. 
Masalah Kereta Dan Accident
Iye… Selepas 7 tahun peristiwa tu berulang lagi. Muncul balik fobia. Tak tahu macam mana nak describe. Terjadi dengan terlalu pantas. Saya secara tak sengaja terlanggar kereta orang. Syukur sangat orang yang saya terlanggar kereta dia tu tak claim apa-apa sebab kereta dia tak cedera atau calar pon. Kereta 4-wheel drive, mana boleh lawan dengan kereta saga kan. Memang kemek lah depan saga tu. Menangis juga lah sebab dalam pada nak pakai duit untuk benda lain, kau terpaksa keluar duit untuk perkara yang disebabkan kecuaian sendiri. 

Selain dari accident, Mr. Black saya tu dah laluai pelbagai masalah. Iyer lah… Kereta dah berusia 10 tahun dah. Antaranya masalah bateri, tayar kereta asyik pancit dan radiator bocor. 1st time kena bila tiba-tiba enjin berasap-asap. Menggelabah jangan cakap lah, cepat-cepat bawa anak keluar. Dah lah kena dekat Nilai. Dengan anak-anak saja tu… huhuhu… Alhamdulillah… Ada hamba allah yang sudi membantu. Pergi Niai naik kereta. Balik Bangi naik Komuter. Kesian kan. Boleh tahan juga duit-duit berterbangan disebabkan masalah Mr. Black ni

Mutual Separation Scheme
Tak tahu lah puncanya disebabkan masalah ekonomi sebelum kerajaan baru ambil alih atau pon selepas kerajaan baru ambil alih, masalah ekonomi makin teruk. Kesan nya terkena juga kepada Syarikat tempat saya bekerja. Walau pon Syarikat di bawah GLC, tapi tak terlepas juga yer dari tempias MSS/VSS ni. Memang agak terkejut juga bila dapat tahu pasal berita ni. Semua pekerja di beri pilihan sama ada nak VSS atau pon tidak. Kita boleh request HR kira kan berapa duit yang akan kita dapat dengan VSS ni


Kalau ada yang masih belum jelas apai tu Mutul Separation Scheme (MSS) ni, knsepnya sama macam VSS (Voluntary Separation Scheme). Perbezaannya VSS merupakan pemberhentian kerja secara wajib akibat perubahaan besar yang berlaku kepada Syarikat/majikan dan jawatan itu tidak diperlukan lagi. VSS pula adalah pemberhentian kerja secara sukarela. Memang dilema juga dibuatnya. Nak kerja atau VSS. Banyak faktor yang perlu di ambil kira terutamanya sekali bila kau masih ada hutang yang perlu dilagsaikan setiap bulan

Duit VSS pon tak lama pon tahan nya. Faktor usia lagi. Bukan senang nak dapat kerja dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat ni kan. Kalau nak kekal bekerja, kami semua perlu update, hantar resume dan apply jawatan yang sedia ada ni dalam job street. Mana yang nekad untuk ambil VSS, perlu isi form. Lulus atau tidak, management yang tentukan. Alhamdulillah… Dapat kerja tapi… haaa ada tapi tu. Workload akan bertambah sebab dah kurang staff kan. Sedih lagi… Bila berpisah dengan colleague yang tak dapat kerja/dapat VSS. Ramai orang-orang lama dari zaman UEM Land dulu dah tak ada

Kisah Suka 2019Dapat Jemputan Ke Legoland
Siapa yang tak teringin nak ke Legoland kan. Bukan saja wish list anak-anak, malah ibu sendiri beragan dan teringin nak ke Legoland. Kalau keluar saja iklan Legoland, mula lah anak-anak ajak pergi. Diorang ingat tiket murah agaknya. Selalu juga pesan dekat anak-anak, doa lah banyak-banyak kita semua dapat pergi Legoland. Alhamdulillah… Allah makbul kan doa anak-anak. Rasa speechless juga bila dalam email jemputan untuk ke Legoland. Bukan sorang tapi satu keluarga. 

Paling best, bukan saja dapat masuk Legoland, tapi dapat menginap dekat Hotel Legoland. Dan semuanya fully sponsored. Allahu… “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah  yang Kamu Dustakan’?. Memang rezeki sangat. Bukan sekali jemputan ke Legoland, tapi dua kali. Yang 2nd time tu terpaksa menolak jemputan sebab date tu clash dengan trial UPSR Iman Hakimi. Rasa ralat juga sebenarnya. Tapi kalau dah bukan rezeki, nak buat macam mana kan. Mungkin akan dapat lagi jemputan lepas ni. Tapi Legoland memang best ☺
From Apartment to Landed
Alhamdulillah… Impian dan angan-angan nak duduk rumah landed jadi kenyataan. Semuanya macam mimpi juga ni. Kami pon tak sangka loan lulus masa apply dulu. Kisahnya… Kami saja pergi launching projek baru untuk Apartment. Lepas tu sales staff tu recommend landed house. Siap bawa pergi tengok rumah contoh. Saja try our luck. Memang kami orang terakhir yang balik dari sale gallery tu.. Hahaha.. Dan tak sangka, submit application dekat 2 bank dan dua-dua bank tu lulus


Dilema juga pada mulanya. Nak terima atau tak sebab bukan senang loan nak lulus. Ikut kata hati.. Proceed. Alhamdulillah syukur. Dah selamat duduk rumah baru awal bulan December 2019. Memang berat hati nak pindah sebenarnya. Sebab dah seronok duduk Bangi, Kesian juga dekat anak-anak. Tapi tu lah, hijrah itu pengorbanan kan. Terima kasih juga buat suami sebab menyediakan ruang ‘OFIS @ DAPUR’ yang cantik. Merialisasikan impian saya nak Kitchen Cabinet ☺

Proses nak cari penyewa pon sangat mudah. Pada mulanya rasa macam nak jual rumah Apartment dekat Bangi tu. Tapi bila fikir balik, sayang sangat sebab mana nak cari harga sq feet besar dengan harga masa kami beli dulu. RM91k untuk keluasan 1018. Environment pon best sebab banyak kedai, dekat dengan sekolah dan surau. Kemudahan pon banyak. Ada MRT dan dekat dengan Komuter. Dah iklan kan dekat mudah. Tapi tu lah… Mungkin ada hikmah kot DIA tak bagi jual. Nak suruh buat investment. Tu yang kami sewa kan. Alhamdulillah… Dah ada 2 aset


Sekian kisah suka duka 2019 saya. Ini pon dah panjang berjela. Harapan saya untuk tahun 2020 ni, semoga semuanya baik-baik saja. Baik deri segi ekonomi, kesihatan dan pekerjaan. Nak jadi juga Ibu yang lebih penyabar dengan karenah anak-anak. Ini yang paling mencabar sebenarnya. Selalu sangat jadi ‘mak singa’… hahaha… Bukan elok pon kan selalu marah-marah. Cepat tua dan cepat dapat penyakit. Tapi tu lah, bila dah marah tu… Memang semua lupa. Termasuk cita-cita nak jadi ‘PENYABAR’… hurmmmm… ☺
Note: Bila sekali menulis, l




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fizarahman.com/2020/01/suka-duka-2019-dan-hai-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Best Eight In 2019 What About 2020

Best Eight In 2019 What About 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 407 hits
Haha I was excited to follow the crowd to do this bestnine thingy yet to find that I don t even have 9 pictures to complete it DBut it was okayy as all pictures in Instagram for 2019 are the selected one to remind myself how good my life ha...
Bye Bye Tahun 2019 Welcoming 2020

Bye Bye Tahun 2019 Welcoming 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 524 hits
BYE BYE TAHUN 2019 WELCOMING 2020 SELAMAT TAHUN BARU 2020 Apa azam korang tahun ni Dah ada azam ke tu Mummy ini kalau nak ikutkan banyak je lists azam tahun 2020 Ada yang boleh mummy ceritakan di sini dan ada yang hanya boleh simpan sendiri...
Panduan Pelepasan Cukai 2019 Untuk E Filing 2020

Panduan Pelepasan Cukai 2019 Untuk E Filing 2020

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1149 hits
20 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019Kini sudah sampai ke penghujung tahun 2019 kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimumkan pelepasan yang diberi oleh LHDN baik guna sepenuhnya Terdapat 20 pelepasan cukai i...
Tarikh Keputusan Stam 2019 Diumumkan Pada 22 Januari 2020

Tarikh Keputusan Stam 2019 Diumumkan Pada 22 Januari 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 552 hits
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh keputusan STAM 2019 yang akan diumumkan pada 22 Januari 2020 KPM mengeluarkan kenyataan ini di laman facebook rasmi mereka Sebelum ini peperiksaan Sijil Tinggi Agama Agama telah...
10 Lagu K Pop 2019 Paling Team Wanista Suka Dengar

10 Lagu K Pop 2019 Paling Team Wanista Suka Dengar

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 262 hits
Pejam celik pejam celik tahun 2019 bakal melabuhkan tirai dan tahun 2020 menjelma Wanista nak tanya siapa suka dengar lagu K Pop Tarian bertenaga muzik yang ketagih rupa paras cantik comel dan kacak serta suara yang mampu memikat ditambah p...
Kisah Ramly Burger Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu

Kisah Ramly Burger Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 770 hits
Kisah Ramly Burger bermula tahun 1978 Ramly Mokni mula menjual burger walau ketika tu burger bukanlah pilihan santapan masyarakat Inikan pulak kempen BMF Namun usaha tak pernah jemu akhirnya membawa kepada kejayaan jenama Ramly Burger waktu...
Proton 2019 Sales Highest In 5 Years Eyes Better Figures In 2020

Proton 2019 Sales Highest In 5 Years Eyes Better Figures In 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 281 hits
Proton Holdings Bhd the 50 1 owned unit of DRB Hicom Bhd sold 100 821 units of vehicles in 2019 the first time it breached the 100 000 mark since 2015 In a statement today the group said it eyes an even better 2020 by improving sales reach ...
Janji Salahuddin Hari Ini Adalah Salahuddin 2020 Bukan Lagi Salahuddin 2019

Janji Salahuddin Hari Ini Adalah Salahuddin 2020 Bukan Lagi Salahuddin 2019

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 417 hits
Salahuddin menanamkan azam 2020 SEMALAM Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub telah memberi dan menyampaikan amanat tahun baru 2020 kepada para pegawai dan pengerusi semua agensi di bawah kementeriannya Kejayaan majlis se...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi