Saya Tidak Tahu Jho Low Berkomunikasi Dengan Ambank Mengenai Akaun Saya Kata Najib



[9 Disember 2019]
Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC International) hari ini, beliau terkejut apabila mendapati AmBank berkomunikasi dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho mengenai perkara berkaitan akaun bank miliknya
Beliau berkata Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak pernah diberi kuasa untuk berurusan dengan AmBank bagi pihaknya, sebaliknya hanya bekas ketua pegawai eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil yang diberi kuasa untuk menguruskan akaunnya.“Jho Low memilih untuk tidak memberitahu saya tentang penglibatannya dalam akaun saya. Saya hanya tahu mengenainya semasa perbicaraan saya,” katanya, sambil menambah bahawa ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu mengambil “langkah aktif” menyembunyikan perkara tersebut daripadanya
Najib berkata demikian ketika ditanya oleh peguamnya, Rahmat Hazlan mengenai testimoni bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu yang mengatakan Low memberi arahan melalui aplikasi perbualan Blackberry Messenger
Yu juga berkata beliau akan menghubungi Low jika tidak dapat menghubungi Nik Faisal
Najib, yang juga ahli Parlimen Pekan berkata, beliau juga tidak mengetahui apa-apa mengenai status pengeluaran berlebihan daripada akaun AmBank itu, serta mengenai tindakan Yu memberitahu Low tentang situasi yang menyaksikan ahli perniagaan itu mendepositkan wang supaya akaun berkenaan dapat beroperasi seperti biasa
“Saya faham situasi terlebih keluar adalah disebabkan banyak cek dikeluarkan daripada akaun saya
“Azlin memberitahu saya bahawa terdapat wang yang cukup untuk cek tersebut,” katanya, merujuk kepada bekas ketua setiausaha sulitnya, Azlin Alias
“Saya tidak akan membiarkan cek dikeluarkan sekiranya saya tahu situasi sebenar,” katanya
Najib juga berkata beliau tidak menyedari Low, dengan bantuan Yu, telah mendepositkan lebih RM12 juta ke dalam akaunnya secara berperingkat, atau amaran yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia mengenai perkara itu
“Sekiranya cerita mengenai akaun itu pecah, pembangkang pada masa itu akan menjadikannya isu untuk menyerang saya,” katanya, sambil menambah bahawa bank pusat berkenaan tidak memaklumkan kepadanya mengenai keadaan berkaitan akaunnya
Apabila ditanya mengapa Nik Faisal diberi kuasa untuk menguruskan semua 5 akaunnya, Najib berkata ia adalah keputusan Azlin
“Dia (Azlin) mengambil tanggungjawab untuk mencari orang yang boleh dipercayai, dan saya membiarkannya,” katanya
Sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) pada masa itu, kata Najib, beliau sibuk dengan tugas lain dan tidak dapat mengurus sendiri akaun banknya
Najib juga berkata beliau tidak melihat akaunnya di bank lain kerana Azlin yang sepatutnya mengendalikan urusan tersebut
“Dia (Azlin) akan memberitahu saya berapa banyak ada dalam akaun jika saya mahu membuat apa-apa bayaran.”R Uma Devi, pengurus cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Nik Faisal dilantik untuk menguruskan 5 akaun Najib di situ
Beliau berkata Najib membuka 2 akaun antara 13 dan 18 Jan 2011 dan menutupnya pada 30 Ogos 2015.Tiga lagi akaun dibuka pada 31 Julai 2013 dan ditutup pada 9 Mac 2015.Perbicaraan diteruskan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali
Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International
Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2019/12/saya-tidak-tahu-jho-low-berkomunikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sues Ambank Joanna Yu For Taking Instructions From Jho Low

Najib Sues Ambank Joanna Yu For Taking Instructions From Jho Low

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 307 hits
Najib Abdul Razak is suing Ambank and its former relationship manager Joanna Yu for taking instructions from and revealing his banking information to 1MDB linked businessperson Low Taek Jho also known as Jho Low The former prime minister wh...
Najib Begitu Mahir Siapa Jho Low

Najib Begitu Mahir Siapa Jho Low

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 309 hits
The former prime minister says he retained the businessman in 1MDB as he portrayed himself as an individual of influence in the Middle East
Ambank Kata Akan Lawan Habis Habisan Saman Najib

Ambank Kata Akan Lawan Habis Habisan Saman Najib

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 328 hits
Bekas perdana menteri menyaman AmBank dan bekas pengurus perhubungannya kerana menerima arahan daripada Jho Low
Najib Mangsa Konspirasi Jho Low

Najib Mangsa Konspirasi Jho Low

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 388 hits
Najib Razak merupakan mangsa kepada ahli perniagaan Low Taek Jho empat lelaki misteri Arab kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri hari ini Peguam belas utama Muhammad Shafee Abdullah berkata Low yang dikenali sebagai Jho Low ialah ket...
Najib Mangsa Tipu Jho Low 4 Lelaki Arab Pembelaan

Najib Mangsa Tipu Jho Low 4 Lelaki Arab Pembelaan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 356 hits
Diterbitkan Hari ini 7 05 malamBERITAKES SRC NAJIB Najib Razak merupakan mangsa kepada ahli perniagaan Low Taek Jho empat lelaki misteri Arab kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri hari ini Peguam belas utama Muhammad Shafee Abdullah ...
Sultan Mizan Lantik Jho Low Jadi Penasihat Tia Najib

Sultan Mizan Lantik Jho Low Jadi Penasihat Tia Najib

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 231 hits
3 Disember 2019 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bagaimana Low Taek Jho atau Jho Low yang merupakan kenalan rapat kepada Yang di Pertuan Agong ketika itu Sultan Mizan Zainal Abidin memainkan peranan Lembaga Pelab...
Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 310 hits
Negara luar enggan bantu bawa pulang Jho Low kata KPN nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Dec 2019 12 25P
Yoursay The Buck Should Stop With Najib Not Jho Low

Yoursay The Buck Should Stop With Najib Not Jho Low

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 276 hits
YOURSAY Najib s defence an insult to the intelligence of the rakyat Sarawak4Malaysian The perfect strategy blame someone in absentia and four other fictitious characters It would have worked except that there is now the rule of law in our n...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad