Ini Semata Mata Rekaan Kata Najib


MALAYSIAKINI 


Najib Razak menafikan dakwaan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis Azilah Hadri bahawa beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas perdana menteri juga mempersoalkan mengapa maklumat itu hanya timbul lebih daripada 10 tahun selepas pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'
Dia mendakwa bahawa ini mungkin komplot oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kelemahan pentadbirannya

"Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung.

"Kenapa maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH berkuasa?" soalnya.

"Saya percaya ini adalah perjanjian antara kerajaan PH Harapan dan Azilah, yang menjanjikan hukuman mati itu akan dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya.
Najib juga mengekalkan pendiriannya bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan Altantuya walaupun Azilah mendakwa sebaliknya dalam akuan berkanunnya (SD).

[Baca SD penuh Azilah di sini]
Selain itu, bekas perdana menteri berkata berkata sesiapa sahaja boleh membuat SD terutamanya jika orang itu menunggu hukuman mati

"Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM kelapan," katanya merujuk dakwaan salah laku seksual terhadap presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Sambil mengekalkan pendiriannya bahawa dia tidak bersalah, bekas perdana menteri itu juga mengalu-alukan polis membuka siasatan semula mengenai tuduhan terbaru itu dan menyatakan bahawa laporan Malaysiakini awal tahun ini juga pernah memetik sumber polis sebagai berkata tidak ada bukti yang menghubungkannya dengan mana-mana pembunuhan berprofil tinggi.

Malaysiakini melaporkan bahawa Azilah, yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang.

Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri atau TPM) dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.

Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”.

Azilah mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

“Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik.

“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.’”

Azilah juga mendakwa bahawa dia melihat Najib dan Razak Baginda bertemu Altantuya di sebuah kondominium di London.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/ini-semata-mata-rekaan-kata-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyasarkan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Keadilan Dapat Ditegakkan

Menyasarkan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Keadilan Dapat Ditegakkan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 262 hits
Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu semalam seluruh negara gempar jadinya dengan ha...
Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

Gaji Minimum Najib Kata Dulu Ph Janji Bulan Bintang

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 291 hits
Melalui hantaran di media sosial bekas perdana menteri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan telah gagal melaksanakan janji gaji minimum yang t...
Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 308 hits
Oleh Sentum selalu Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini Ni CARA kita NAK JAWAB 1 Kalau kita negara komunis KITA BOLEH tangkap NAJI hari ni DAN subuh ESOK JATUH HUKUM tembak Syuk...
Ambank Kata Akan Lawan Habis Habisan Saman Najib

Ambank Kata Akan Lawan Habis Habisan Saman Najib

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 374 hits
Bekas perdana menteri menyaman AmBank dan bekas pengurus perhubungannya kerana menerima arahan daripada Jho Low
Pahang Sudah 30 Tahun Tidak Naik Tarif Air Kata Najib

Pahang Sudah 30 Tahun Tidak Naik Tarif Air Kata Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 343 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Jangan kaitkan Pahang dengan janji rakyat senang Pakatan Harapan kata bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengulas persetujuan semua negeri untuk selaraskan kadar tarif air Menurutnya kos air di negerinya itu...
Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 446 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaharu bekas pegawai polis Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 Memetik laporan Free Malaysia Today Najib menj...
Diperintah Bela Diri Tidak Bermakna Najib Bersalah Kata Kj

Diperintah Bela Diri Tidak Bermakna Najib Bersalah Kata Kj

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 323 hits
11 November 2019 Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membela bekas majikannya Datuk Seri Najib Razak berhubung perintah bela diri membabitkan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC Inter...
Saya Tidak Tahu Jho Low Berkomunikasi Dengan Ambank Mengenai Akaun Saya Kata Najib

Saya Tidak Tahu Jho Low Berkomunikasi Dengan Ambank Mengenai Akaun Saya Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 304 hits
9 Disember 2019 Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini beliau terkejut apabila mendapati AmBank berkomunikasi dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho mengen...
Najib Kata Tak Tahu 46 Kali

Najib Kata Tak Tahu 46 Kali

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 259 hits
Via WhatsApp Dalam kertas pembelaan setebal 243 mukasurat Najib mengaku tidak tahu sebanyak 46 kali Sekiranya Najib dibebaskan oleh mahkamah berasaskan 46 pengakuan ini maka bolehlah persatuan penyamun guna pakai kertas pembelaan Najib ini ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025