Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat Kata Najib


FMT Reporters



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mengajak Lim Kit Siang ke masjid untuk sumpah laknat berhubung kes 1MDB selepas perbicaraannya selesai, mengatakan beliau mahu berbual dengan veteran DAP itu.

Bekas presiden Umno itu meminta Lim menunggunya di luar masjid sementara beliau melafaz sumpah, dan kemudian beliau mahu belanja seteru politiknya itu minum kopi.

“Saya ingin mengajak Lim ke masjid di mana saya akan melakukan sumpah laknat untuk 1MDB. Lim boleh tunggu di luar masjid semasa saya bersumpah.

“Selepas itu, saya hendak belanja Lim minum kopi supaya saya boleh tanya soalan-soalan dalam debat yang Lim lari dari awal tahun ini,” katanya di Facebook hari ini.

Lim pada Mei menarik diri daripada perdebatan dengan Najib mengenai kleptokrasi, mendakwa ramai rakyat menasihatkannya tidak meneruskan perdebatan itu kerana bimbang ia akan bertukar menjadi “konflik orang Melayu lawan Cina”.

Najib hari ini mengulas laporan memetik Lim yang tertanya adakah beliau akan membuat sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

Ia selepas Ahli Parlimen Pekan dijadualkan akan mengangkat sumpah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang mengaitkannya dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah, yang disabitkan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh wanita itu.

Najib menepis dakwaan Azilah, mengatakan ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.

Bekas perdana menteri hari ini berkata beliau sedia melafazkan sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

“Tetapi peguam beritahu saya bahawa saya sudahpun mengangkat sumpah dalam kes ini. Sebab itu, saya masih di tengah memberi kenyataan bersumpah di mahkamah,” katanya.

Najib juga bersetuju polis menyiasat semula kes pembunuhan Altantuya, menjawab pertanyaan Lim yang dilaporkan pada 17 Dis.

Namun, Najib mahu Lim berjanji mengenai 2 kes yang dikaitkan dengan anaknya, Guan Eng.
“Adakah Lim berjanji bahawa kes banglo dan kes terowong disiasat semula, memandangkan kertas siasatan kes terowong terbongkar.

“Di mana pemilik konsesi projek mengaku pernah memberi wang kepada DAP dan menawarkan kepentingan 10% dalam projek terowong,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/kit-siang-boleh-tunggu-luar-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Mocks Najib S Sumpah Laknat

Kit Siang Mocks Najib S Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 246 hits
DAP s Lim Kit Siang mocked former prime minister Datuk Seri Najib Razak today over his plan to use a religious oath to deny claims he directly ordered the murder of Altantuya Shaariibuu in 2006 Najib announced his intention yesterday to per...
Kalau Bantah Awal Tak Jadi Sumpah Laknat Kata Najib

Kalau Bantah Awal Tak Jadi Sumpah Laknat Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 304 hits
December 23 2019 11 13 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata jika pihak berkuasa agama membantah keinginannya untuk membuat sumpah laknat beliau pasti menarik balik hasrat itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal...
Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru

Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 432 hits
Najib Sumpah Laknat Di Masjid Jamek Kampung Baru Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam perakuan berkanun Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya ...
Sumpah Laknat Boleh Kalau Tiada Pilihan Kata Mufti Pahang

Sumpah Laknat Boleh Kalau Tiada Pilihan Kata Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 420 hits
HASPAIZI ZAIN Mufti Pahang Dr Abdul Rahman Osman berpandangan sumpah laknat yang dilakukan bekas perdana menteri Najib Razak tidak bercanggah dengan hukum syarak Katanya istilah sumpah laknat dan mubahalah terdapat dalam Islam bagaimanapun ...
Sumpah Laknat Najib Sekadar Gambaran Persepsi Politik

Sumpah Laknat Najib Sekadar Gambaran Persepsi Politik

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 306 hits
Wan Ji Wan Hussin Apabila bekas perdana menteri Najib Razak mengambil pendekatan sumpah laknat yang kononnya dia tidak ada kaitan dengan Altantuya paling tidak pun wacana ilmu berkenaan perkara ini wajar dibuka Apatah lagi sesuatu tindakan ...
Sudah Sumpah Laknat Kenapa Najib Masih Tidak Tenang

Sudah Sumpah Laknat Kenapa Najib Masih Tidak Tenang

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR Dec 22 Datuk Seri Najib Razak today mocked those who questioned his sumpah laknat over the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu that he made last week According to Najib he said many questioned whether the oath h...
Patriot Sumpah Laknat Najib Perlekeh Sumpah Dalam Islam

Patriot Sumpah Laknat Najib Perlekeh Sumpah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 1003 hits
Tuduhan pembunuhan adalah perkara yang sangat serius bukan perkara kecil seperti ayam atau kambing yang hilang di kampung katanya
Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 590 hits
Ini bukan kali pertama DS Najib buat sumpah laknat untuk menafikan pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan sumpah laknat atas isu yang sama Kali pertama pada tahun 2007 di Ijok Selangor ketika ...
Lim Kit Siang Boleh Simpan Buku Harapan Jadi Perkasam

Lim Kit Siang Boleh Simpan Buku Harapan Jadi Perkasam

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 459 hits
Jika ia berkaitan undang menjadi tanggungjawab ahli parlimen PH membawa usul di parlimen untuk mendapat kejayaan dalam perjuangan mereka dan bukannya seperti anjing menyalak di setiap lorong Tugas PDRM melaksanakan sesuatu undang selagi tid...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap