Gaji Ayah Rm40k Tapi Dia Punya Kedekut Macam Hj Bakhil


Gaji Ayah RM40k Tapi Dia Punya Kedekut Macam Hj Bakhil | 

Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik. Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik2 aku selalu ikut ayah aku.
Sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu. Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van.
Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu. Aku pun seronok lah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van.
Comel juga fikiran masa kecik2. Tapi meh. Tak pernah tengok dah pun van tu lepas tu. Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah2 lapang.
Ada tempat yg aku memang masih ingat. And ayah aku ada lah bincang2 dengan dengan orang yg jual rumah tu. Aku rasa ayah aku beli lah kot. Sebab aku duk main kat taman permainan ngan adik aku so tak tau apa jadi.
Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok2.
Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah. Jadi masa tu ada lah borang yg tanya berapa gaji ibu dan ayah kan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku mcm tak percaya.
Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan. Tu gaji bersih dah tu. Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja. Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang2 lain.
Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yg dia beli cuma handphone nokia yg murah tu je. Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah.
Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua. Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa.
Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali. Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, so aku merajuk ngan ayah aku. Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu and dah boleh drive lah masa tu.
Jadi long short story, aku try siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu. Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok2 ada signboard “Tanah Perkuburan Islam” kat situ.
Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Then aku balik. Next day aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu. Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan.
Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner “Kelas Mengaji Al Quran”. Lepas tu aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu. Dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu.
Tapi ustaz tu yg datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku ngan adik aku. Kami terus balik rumah, then aku bagitau lah ibu aku tentang semua yg dah jadi.
Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji. Free je belajar situ. Upah untuk ustaz2 tu sampai sekarang ayah aku yang bayar.
Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perkuburan Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi kubur tu. Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van2 tu adalah van jenzah yg diagihkan ke 5 buah surau.
Murahnya hati ayah aku. Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri. Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik.
Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar. Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu.
Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung. Dah lah duit seringgit tu semua duit baru.
Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit2 kat bank khas untuk anak2 dia bersedekah. Haha. Mesti korang tertanya2 apa pekerjaan ayah aku kan? Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa. Tu jelah daripada aku. Assalamualaikum.
Assalamualaikum semua. Aku nak share tips2 yang ibu, ayah, ayah saudara dan datuk aku ajar dalam bersedekah. Semoga kita semua juga Allah jadikan orang2 yang pemurah.
1.Sematkan dalam dada anak2 sejak kecil lagi utk belajar dan berusaha bersungguh2 supaya suatu hari nanti boleh tolong orang susah, dan bantu agama Allah. Ibu ayah tak pernah ajar aku untuk mengejar dunia.
2.Ceritakan pada anak2 kisah Umar Al Khattab, Abu Bakar, Khadijah. Mereka ini memang sangat2 kaya dan juga dermawan.
Ada yg menderma seluruh hartanya untuk Islam. Dan sebab tu lah nama aku Umar, sbb ayah aku suka peribadi Umar. Haha.
3.Jangan sesekali rasa duit semakin sikit jika bersedekah. Itu salah sama sekali. Allah dah janji dalam al-Quran, siapa yg bersedekah, rezeki nya akan dilipat gandakan. Sesungguhnya Allah itu Maha Nyata dan Maha Benar.
4.Beri duit untuk anak2 bersedekah. Sedekah lah pada peminta sedekah dan juga masjid. Sikit pun takpe.
Disebabkan itu, anak2 akan rasa pelik tiap kali mereka tidak bersedekah. Dan jangan lupa untuk ajar anak menyembunyikan sedekah.
5.Jangan kalah pada hasutan syaitan. Pernah tak masa nak sedekah certain amount, contoh RM 10, tiba2 terfikir, ehh banyak sangat ni, lepas ni nak kena beli macam2 lagi.
Itu adalah hasutan syaitan yang direjam. Jangan kalah. Double kan jumlah kalau mampu. Sedekah RM 20. Biar syaitan itu kalah.
6.Jangan pernah rasa “aku tak kaya, macam mana nak bersedekah”. Jangan sesekali. Contoh dalam wallet ada RM 10. Sedekah lah seringgit. Dan ada banyak lagi cara bersedekah sebenarnya, bukan hanya pada wang semata2.
7.Beli makanan untuk haiwan. Dan berilah pada mereka di jalanan. Salah satu sedekah yg baik adalah sedekah yg membuatkan makhluk Allah itu kenyang.
8.Anak2 yatim jangan dilupa. Kalau ada buat jamuan, jemputlah mereka, layanlah seperti raja. Atau beri sahaja sumbangan terus pada institusi mereka.
9.Ajar anak2 ayat Quran dan hadis yg berkaitan dengan sedekah. Surah al-Baqarah banyak mengatakan manfaat sedekah. Sedekah memang boleh memanjangkan umur seseorang menurut hadis.
Bayangkan kau sepatutnya mti hari ini, tapi disebabkan sedekah kau semalam, Allah panjangkan umur untuk bertaubat. Nikmat manakah yg kau ingin dustakan?
10.Sedekahlah pada keluarga juga. Nafkah pada isteri dan anak2 jangan diabai. Berilah belanja untuk ibu ayah di kampung. Walaupun ibu ayah itu termasuk kategori terlebih mampu.
Ayah saudara aku tiap bulan akan bank in certain amount pada semua anak2 saudaranya sebagai duit belanja.
11.Last sekali, belanja orang makan. Datuk aku suka belanja orang makan sampai semua orang makan di restoran itu dia yg bayar. Memang contoh yg baik untuk cucunya.
Marilah bersedekah. Jika kau bersedekah, kau akan semakin kaya dan terus kaya. Kaya apa? Kaya jiwa, kaya amalan dan kaya saham akhirat. Kaya harta dunia tu biar Allah yg uruskan. Terima kasih. Assalamualaikum.
The post Gaji Ayah RM40k Tapi Dia Punya Kedekut Macam Hj Bakhil appeared first on masterlatif.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/gaji-ayah-rm40k-tapi-dia-punya-kedekut-macam-hj-bakhil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan Saya Memang Nampak Macam Bapuk Tapi Kamu Jasmin Hamid Beri Amaran Tegas Netizen Keji Anaknya

Anak Perempuan Saya Memang Nampak Macam Bapuk Tapi Kamu Jasmin Hamid Beri Amaran Tegas Netizen Keji Anaknya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 1385 hits
Laman sosial seolah menjadi salah satu cara untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang secara maya Namun ramai yang mengambil kesempatan berselindung disebalik papan kekunci untuk mengkritik sesiapa sahaja sehingga melampaui batas Pelakon ...
Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet Muda

Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet Muda

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 618 hits
7 Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet MudaUntuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten...
Ayah Angkat Jokowi Kalau Enggak Dipilih Enggak Apa Apa Tapi Jangan Difitnah

Ayah Angkat Jokowi Kalau Enggak Dipilih Enggak Apa Apa Tapi Jangan Difitnah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 272 hits
Nurdin menambahkan Jokowi adalah sosok yang selalu ingat orang dalam hidupnya Saat istrinya sekaligus ibu angkat Jokowi Selimah Inem Thursina meninggal pada 15 Februari 2019 lalu Jokowi datang dan membawa karangan bunga serta bantuan untukn...
Kau Kerja Macam Ini Yang Che Ta Dedahkan Selepas Dikecam Netizen Kononnya Gaji Pemandunya Tidak Dibayar

Kau Kerja Macam Ini Yang Che Ta Dedahkan Selepas Dikecam Netizen Kononnya Gaji Pemandunya Tidak Dibayar

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 737 hits
Di Facebook seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru sahaja dua bulan bekerja mendakwa tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan Muhammad Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah ...
Prabowo Memang Saya Tak Punya Gelar Tapi Saya Punya Akal Sehat

Prabowo Memang Saya Tak Punya Gelar Tapi Saya Punya Akal Sehat

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 302 hits
Prabowo heran dirinya justru dicemooh saat meyakinkan para elite bahwa masih banyak kondisi rakyat yang susah di negeri yang memiliki kekayaan melimpah
Pendapatan Pelacur Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Guru Tapi

Pendapatan Pelacur Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Guru Tapi

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1628 hits
Semalam satu sindiket pelacuran yang baru sahaja lima hari beroperasi digempur polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat Judi dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menerusi Op Noda Sekadar gambar hiasanDalam serbuan bermu...
Gaji Puluhan Ribu Tapi Balik Rumah Kena Pukul Siti Fatimah

Gaji Puluhan Ribu Tapi Balik Rumah Kena Pukul Siti Fatimah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 496 hits
Felow Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia Siti Fatimah Abdul Rahman berucap pada Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga sempena Hari Wanita 2019 di Institut Tadbiran Awam Nega...
Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak Simple Pun Dah Buat Anak Seronok

Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak Simple Pun Dah Buat Anak Seronok

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 382 hits
Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak anak dan lebih lebih lagi nak gembirakan hati anak anak tak lah sesusah mana gurau sikit dan usik usik anak dah cukup terhibur Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih ...
Macam Mana Nak Cari Duit Lebih Dengan Bisnes Modal Rendah Tapi Menguntungkan

Macam Mana Nak Cari Duit Lebih Dengan Bisnes Modal Rendah Tapi Menguntungkan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 341 hits
Anda tengah ketuk ketuk butang keyboard ke tadi Kemain lagi khusyuk dok tanya Pakcik Google macam mana nak cari duit lebih dari rumah dengan bisnes yang tak pakai modal besar Kalau betul laa itu yang anda tengah cari saya ada satu bisnes be...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp