Gaji Puluhan Ribu Tapi Balik Rumah Kena Pukul Siti Fatimah
Shawaliah Hadir
Felow Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman berucap pada Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga sempena Hari Wanita 2019 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Stigma masyarakat yang malu untuk mempertahankan hak sendiri daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga perlu diubah.
Felo Kanan Pusat Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman berkata, masyarakat di negara ini tidak terdidik untuk tidak berjuang demi diri sendiri mengakibatkan ada yang terus menjadi mangsa dalam rumah tangga sendiri.
Malah ada yang dipukul dan didera hampir setiap hari, katanya.
“Masyarakat kita ini terlalu terdidik dengan malu untuk mempertahankan diri, jadi itu yang perlu diubah. Perlu bersedia mempertahankan apa yang pasangan kita lakukan terhadap kita dipukul, dalam rumah tangga kita tidak patut dipukul, bukan itu suasana yang sepatutnya dijalani dalam rumah tangga,” katanya.
Siti Fatimah berkata demikian dalam Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga Sempena Hari Wanita 2019 di sini hari ini.
Malah katanya, mangsa kes keganasan rumah tangga kebanyakannya wanita yang berkerjaya.
“Mereka ini (wanita yang bekerjaya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga) tidak mahu tampil kerana bimbang tidak akan dipercayai, gaji puluhan ribu tapi di rumah dipukul, jadi mangsa.
“Sebab itu ramai yang di antara mereka ini sanggup berdiam diri,” ujarnya lagi.
Selain Siti Fatimah turut menjadi panel adalah Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Choo Lily dan Presiden dan Pengasas Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor Nor Fadilah Mohamed Nizar.
Lily pula berpendapat, pelaku keganasan rumah tangga pula berpendirian kekasaran terhadap pasangan merupakan cara terbaik mendidik.
Ketua Penolong Pengarah (D11) JSJ Bukit Aman, ACP Choo Lily berucap pada Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga sempena Hari Wanita 2019 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRIMangsa juga akan didoktrin sebagai individu yang ‘layak’ didera, dipukul.
“Bukan sahaja didera fizikal, malah mangsa dari sudut psikologi akan diterapkan sebab mereka dipukul kerana diri sendiri bersalah.
“Jadi, itu suami rasa ada tanggungjawab mendidik dengan cara begini (keganasan),” ujarnya.
Sehubungan itu, menurut peneraju NGO yang aktif membantu mangsa keganasan rumah tangga, Nor Fadilah Mohamed Nizar, isteri seringkali terlibat dalam kes sedemikian perlu bijak memilih persekitaran dan rakan-rakan.
Presiden Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (JEIWA), Nor Fadilah Mohamed Nizar berucap pada Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga sempena Hari Wanita 2019 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRIDengan cara ini jelas beliau, mangsa pada masa depan tidak akan malu berkongsi cerita yang sepatutnya malah berani untuk tampil meminta bantuan.
“Wanita perlu ada persekitaran sosial yang sihat, sebab kalau pendam sendiri akhirnya jalannya buntu,” tambah beliau. -MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/gaji-puluhan-ribu-tapi-balik-rumah-kena.html