Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak Simple Pun Dah Buat Anak Seronok


Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi nak gembirakan hati anak-anak tak lah sesusah mana, gurau sikit dan usik-usik anak dah cukup terhibur.
Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih bijak mindanya? Dalam hal ni mama papa kena kenal pasti jenis permainan. Bercerita pada anak, kita nampak macam membosankan tapi sebenarnya kalau pandai olah dan triknya, anak cukup suka.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) ni kongsikan trik bercerita pada anak. Paling penting katanya, cara ni buat anak lebih bijak dan mindanya pun diasah dengan baik.

Kanak-kanak suka bermain, itu memang naluri semulajadi mereka! Malah, tidak salah jika kita membuat tanggapan bahawa antara pengalaman hidup yang paling bermakna semasa usia pendidikan praformal antara 0-6 tahun adalah pengalaman bermain.
Pada masa yang sama, dapatkah kita sebagai papa dan mama juga pendidik prasekolah mengambil peluang agar aktiviti bermain si kecil membawa lebih manfaat kepada dirinya? Jawapannya, sudah pasti! Syaratnya mudah, pastikan anda memberi masa dan ruang dalam jadual seharian untuk ‘bermain’ bersama-sama si kecil anda walaupun sekadar 1 jam setiap hari. Latihan dan ‘permainan minda’ di bawah amat disyorkan untuk si kecil.
1. Selain daripada bermain dan bergerak secara aktif, si kecil pada peringkat usia pendidikan praformal cenderung untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Maka, luangkan sedikit masa dan berikan ruang kepada si kecil anda untuk bercerita, menyanyi dan mungkin juga berjoget untuk memberi gambaran aktiviti hariannya di taman pendidikan prasekolah.
2. Belajar untuk tunjukkan minat dan minta anak bercerita, membuat lakonan semula atau apa sahaja aktiviti di mana dia boleh berkongsi aktiviti pada hari berkenaan. Anda pasti tidak akan kering gusi!
3. Permainan jenis memori bantu anak untuk tingkatkan daya ingatan si kecil. Tak payah tunggu waktu sesuai, di dalam kenderaan ketika balik dari tadika atau di mana-mana sahaja yang selesa. Contoh, suruh anak fokus pada bangunan yang dilihat di luar kereta, misalnya kemudian minta si kecil ceritakan balik rupa bentuk bangunan tu. Simple.
Bila melepasi pasar raya, tanya pada anak, “Adik, kalau kita pergi ke pasar raya, apa 10 benda yang boleh kita beli dekat situ?”
4. Saya amat yakin bahawa minda yang aktif perlu latihan yang lebih tradisional seperti bermain teka-teki. Teka-teki memaksa minda untuk berfikir jauh dan tidak hanya secara logik semata-mata. Terserahlah kepada mama dan papa untuk mencari teka-teki yang sesuai. Di tadika, cikgu prasekolah boleh menggunakan teka-teki sebagai aktiviti kumpulan besar di dalam kelas terutama untuk kanak-kanak yang lebih matang.
5. “Siapa nampak… nampak tak?”. Aktiviti minda klasik ni cukup sesuai dimainkan ketika sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Di Barat, permainan minda seperti ini kita panggil “I spy with my own eyes…” Permainan minda ini dan variasinya membantu si kecil anda untuk mengikuti arahan, meningkatkan tahap fokus, mengembangkan bahasa dan meningkatkan kesedaran ruang (spatial awareness) mereka.

6. Perjalanan dalam kereta sebenarnya memang membosankan. Bukan kita saja, anak-anak pun sama. Buat teknik kira-kira. Minta si kecil congak secepat mungkin setiap plet atau nombor kenderaan yang mereka nampak, seperti ‘AER 987’ (sama dengan 24). Satu lagi variasi ialah meminta si kecil beri satu ayat yang ada makna untuk setiap abjad yang dia lihat, misalnya ‘Ayam Ekor Rosak’ berdasarkan plet atau nombor tersebut. Menarik.
Jadi lepas ni kalau dalam kereta, jangan diam saja layan perasaan masing-masing. Cipta momen sambil asah minda anak-anak. Percayalah bila anak dah besar nanti, inilah momen yang paling diingati.
The post Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak, Simple Pun Dah Buat Anak Seronok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bercerita-pada-anak-macam-bosan-tapi-rupanya-boleh-asah-minda-anak-simple-pun-dah-buat-anak-seronok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 345 hits
Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa Tapi sebab baby masih lagi kecil usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langk...
Anak Banyak Tanya Nak Macam Macam Bukan Menyibuk Tapi Sifat Ingin Tahu Dalam Dirinya

Anak Banyak Tanya Nak Macam Macam Bukan Menyibuk Tapi Sifat Ingin Tahu Dalam Dirinya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 417 hits
Kerja yang kita fikir hendak jadi sekejap jadi lama pula bila kita bawa anak ke pasar atau ke mall atau grocery shop Si ibu hanya ingin beli sayur yang mungkin hanya ambil masa 10 minit sahaja Tapi disebabkan si cilik hendak ikut sama 10 mi...
Diorang Xtaw Yang Lu Macam Ini Rupanya Faizal Hussein Dengan Anak Dekat Rumah

Diorang Xtaw Yang Lu Macam Ini Rupanya Faizal Hussein Dengan Anak Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 645 hits
Penangan filem Gila Gila Remaja pada 1986 berjaya melonjakkan nama pelakon lelaki handalan Faizal Hussein Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati satu persatu jalan cerita filem tersebut dan lebih mengenali Faizal se...
Makan Menyusu Anak Tiada Masalah Tapi Berat Susah Naik Mama Boleh Buat Tip Ini

Makan Menyusu Anak Tiada Masalah Tapi Berat Susah Naik Mama Boleh Buat Tip Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 321 hits
Mesti susah hati kita bila berat badan anak berada di bawah paras normal setiap kali dibawa menjalani pemeriksaan di klinik Doktor dan jururawat juga akan membebel kenapa berat badan anak tak naik mengikut jadual sepatutnya sedangkan anak t...
Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 622 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 339 hits
Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa Ketika ditemui di pelancaran produk Scha Alyahya memberi...
Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 399 hits
Bila sudah ada anak kecil makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu Anak berlari lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa Rimas dengan situasi ini mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya