Gagal Tarik Pelabur Muhyiddin Perlu Letak Jawatan



Sungguhpun hampir setahun memerintah, namun terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan minoriti Perikatan Nasional (PN). Dari segi tadbir urus ekonomi, pentadbiran kerajaan persekutuan dan pembanterasan wabak Covid-19, kerajaan PN yang merangkumi 3 parti Melayu iaitu Bersatu, UMNO dan PAS telah gagal memuaskan jangkaan rakyat dan pelabur. Amat memalukan apabila Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul dan kerajaan PN dikritik secara terbuka oleh pemain industri mengenai kelemahan negara menarik pelaburan asing.Negara masih bergelut dengan kadar pengangguran yang tinggi. Setakat Oktober 2020, seramai 748,200 individu di mana sebilangan besar adalah anak muda terus menganggur berbanding hanya 512,100 penganggur setahun lepas. Pada masa yang sama, banyak syarikat besar sedang lari meninggalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terutama ke Indonesia melibatkan pelaburan Hyundai sebanyak RM4.02 bilion, Toyota sebanyak RM8.04 bilion dan kilang bateri China CATL sebanyak RM20.09 bilion.
Trend membimbangkan ini terus menyukarkan proses penciptaan pekerjaan baharu pada ketika rakyat Malaysia terutama golongan muda amat memerlukan peluang pekerjaan.Hari ini, Malaysia bukan sahaja terkebelakang dari aspek menarik pelabur asing tetapi juga pembelian vaksin Covid-19. Proses vaksinasi untuk majoriti rakyat hanya akan bermula pada suku ke-3 2021 ataupun lebih lama. Lagi lama proses vaksinasi dilanjutkan, semakin lama masa akan diambil untuk mencapai pemulihan ekonomi. Sudahlah moratorium pinjaman tidak dilanjutkan, kuasa beli rakyat Malaysia pula akan terus dihimpit sentimen yang lemah dan ini akan menyebabkan lebih ramai hidup susah dan mengancam sosio-ekonomi rakyat negara ini.Ternyata kerajaan PN gagal melonjakkan ekonomi negara. Tiada perancangan konkrit dibentangkan bagi merangsang ekonomi dan tiada jalan keluar direncanakan bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat. Sekadar mengumumkan pakej bantuan tunai bukan penyelesaian berkesan umpama semangkuk cendol yang boleh ditambah apa sahaja bahan mengikut selera. Ia memenuhi selera tetapi tidak mengenyangkan. Keadaan ekonomi bertambah kronik dengan pengumuman darurat yang bermotifkan politik yang sudah pasti mengundang tangapan negatif pelabur asing. Jelas, Tan Sri Muhyiddin lebih memikirkan legitimasi kerusi Perdana Menteri berbanding kepentingan negara.Apakah langkah kerajaan PN untuk menggalakkan syarikat-syarikat menaikkan gaji pekerja tahun ini? Apakah perancangan untuk menarik pelaburan syarikat-syarikat asing dan memulihkan persepsi terhadap negara yang terjejas sejak skandal 1MDB? Bagaimanakah cara merangsang rakyat untuk berbelanja yang seterusnya mengukuhkan permintaan tempatan? Kerajaan PN juga masih gagal untuk memperkenalkan insentif cukai baharu yang benar-benar efektif. Apa yang diberikan hanya adalah pengecualian cukai jualan kereta di mana kereta mahal juga menikmati pengecualian cukai jualan 50% atau 100%, sedangkan cukai ini tidak mensasarkan golongan marhain yang cukup kritikal.Walaupun Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI semalam, ia hanyalah satu pelan “kitar semula” idea-idea lama, sekadar menunjukkan kerajaan kononnya prihatin. Dalam kita melalui impak PKP 2.0, kerajaan minoriti PN sekali lagi gagal melancarkan satu pelan strategik untuk membantu rakyat dan industri tempatan. Meskipun terus wujud desakan daripada pelbagai pihak, kerajaan PN masih gagal untuk memperkenalkan moratorium pinjaman untuk semua pihak. Selain itu, tiada bantuan khas untuk industri perhotelan yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.Setakat ini, tiada apa-apa perancangan dan visi konkrit dan efektif dibuat kerajaan PN bagi melonjak ekonomi negara. Yang ada hanyalah dasar flip-flop pelaksanaan PKP dan pengumuman darurat. Sepatutnya, pada hari yang sama PKP diumumkan, strategi membantu rakyat dan perniagaan tempatan menghadapi impak PKP juga turut diumumkan. Barulah sentimen tempatan dapat terus disokong dan ekonomi rakyat boleh distabilkan. Namun, semua ini tidak berlaku. Malahan, walaupun di waktu pandemik ini, kerajaan PN masih meneruskan dasar pembaziran dan gagal mengutamakan prinsip integriti dalam pengurusan ekonomi negara. 8.Justeru, tidak hairanlah Malaysia terus jatuh ke belakang bawah pentadbiran kerajaan minoriti PN. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Maka, Tan Sri Muhyiddin seharusnya berundur dan melepaskan jawatan Perdana Menteri secara bermaruah. Ekonomi negara hanya dapat dipulihkan jika negara mempunyai kepimpinan yang jitu dan ikhlas untuk memastikan kestabilan politik terjamin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31285

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 477 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 246 hits
AKHMAL NASIRPengisytiharan Darurat yang diumumkan oleh Perdana menteri hari ini telah membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional telah gagal dalam menguruskan negara mendepani cabaran Covid 19 Segala galanya bermula dari lan...
Tun Mahathir Nasihat Muhyiddin Letak Jawatan

Tun Mahathir Nasihat Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 320 hits
472 total views 472 views today PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan selepas berlakunya pergeseran antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan UMNO Bekas Perdana Menteri itu berkata pe...
Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan

Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 391 hits
Sebentar tadi Ahli Parlimen Machang Dato Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dengan ini sokongan ke atas kerajaan PN sekarang adalah sebanyak 110 orang ahli Pa...
Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Bukan Usul Darurat Anwar

Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Bukan Usul Darurat Anwar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 265 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepatutnya meletakkan jawatan dan bukannya mengusulkan perisytiharan darurat Kata Anwar itu adalah langkah yang perlu diambil oleh seorang perdana menteri yang...
Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 274 hits
Muhyiddin ngaku je la dah tak mampu Covid semakin tinggi sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM Sbb itu Islam ajar nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat segar selain dari berilmu Sedang...
Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 283 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan bukannya mencadangkan pelaksanaan darurat Katanya letak jawatan i...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan

Resipi Kuih Puteri Mandi Mudah Sedap