Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan



Sebentar tadi Ahli Parlimen Machang Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dengan ini sokongan ke atas kerajaan PN sekarang adalah sebanyak 110 orang ahli Parlimen berbanding yang tidak menyokong juga sebanyak 110 orang, selepas dua orang ahli Parlimen meninggal dunia.
Ini bermakna Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan PN tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Sekiranya undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat pada hari ini maka Tan Sri Muhyiddin tentunya tidak akan menang dan akan ditolak sebagai Perdana Menteri seperti mana yang terjadi kepada Faizal Azumu di Perak.
Seperti mana juga yang berlaku di Perak, untuk mengelakkan pilihanraya semasa COVID-19 dan pada masa yang sama menstabilkan situasi politik,
pilihan yang wajar ialah Tan Sri Muhyiddin perlu meletakkan jawatan dan digantikan dengan Perdana Menteri baru yang dicadang dan diterima oleh majoriti ahli Parlimen.
Lebih cepat politik distabilkan, lebih cepat krisis COVID-19 dan krisis ekonomi di Malaysia dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Perdana Menteri yang baru boleh melaksanakan tiga perkara iaitu:
PERTAMA, mempercepatkan penyampaian vaksin kepada rakyat untuk meredakan penularan COVID-19, memandangkan langkah-langkah lain yang sedia ada dilihat tidak lagi mampu untuk mengekang peningkatan kes jangkitan.
Setakat hari ini lebih kurang 50 negara di dunia termasuk Arab Saudi, Amerika Syarikat, UK dan lain-lain telah memulakan program vaksinasi ke atas rakyat mereka dan berpuluh lagi negara akan memulakannya dalam seminggu dua ini.
Di Malaysia, kerajaan memaklumkan yang rakyat Malaysia dijangka hanya akan mendapat vaksin paling cepat pada bulan depan iaitu Februari 2021.
Saya harap tidak akan ada kelewatan.
KEDUA, menetapkan tarikh pembubaran Parlimen sejajar dengan tarikh program vaksinasi selesai atau hampir selesai, dan/atau apabila kes jangkitan COVID dijangka reda dengan vaksinasi, jika tidak pilihanraya boleh ditangguh sehingga 60 hari selepas pembubaran mengikut Perlembagaan.
Ini (menetapkan tarikh pembubaran Parlimen) penting kerana jika ianya tidak dilakukan, Perdana Menteri tidak akan mempunyai insentif atau motivasi untuk menyelesaikan masalah COVID-19 dengan segera memandangkan selagi COVID-19 berleluasa beliau mempunyai alasan untuk tidak membubarkan Parlimen untuk terus memegang kuasa.
KETIGA, memperkukuh SOP pilihanraya walaupun setelah program vaksinasi dimulakan termasuk mempermudahkan dan memperluaskan undian melalui pos kepada pengundi yang mahu berbuat demikian sekiranya pilihanraya diadakan.
Pada pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat baru-baru ini, sebanyak 46 peratus atau 73 juta daripada 159 juta orang yang mengundi telah memilih untuk melaksanakan undian melalui pos.
Jika undi pos seramai ini boleh dilakukan di Amerika dengan 159 juta pengundi, tidak mustahil ianya boleh dilakukan di Malaysia dengan 15 juta pengundi.
SPR hanya perlu memastikan undian pos ini telus untuk mengelakkan tuduhan undian palsu (voting fraud) seperti yang dilempar oleh President Trump apabila beliau kalah.
Persoalan siapa Perdana Menteri yang baru saya serah kepada ahli-ahli Parlimen untuk bermesyuarah dan membuat keputusan.
Namun ia tentunya bukan dari parti PPBM kerana parti ini telah ditolak oleh dua blok terbesar dalam Dewan Rakyat iaitu BN dan PH.
Wallahu’alam bi’sawab.
ISHAM JALIL
9 Januari 2021

The post Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri Dan Wajar Letak Jawatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/09/muhyiddin-telah-hilang-majoriti-sebagai-perdana-menteri-dan-wajar-letak-jawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 305 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan bukannya mencadangkan pelaksanaan darurat Katanya letak jawatan i...
Perdana Menteri Belanda Dan Kabinet Letak Jawatan

Perdana Menteri Belanda Dan Kabinet Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 294 hits
MALAYSIA TIADA MAJORITI MASIH MAHU BERKUASANORMAN RADZUAN Negara negara Eropah mereka maju kerana pemikiran mereka maju Jadi pemimpin politik tidak akn membuatkan mereka kaya Mereka sgt bertanggungjawab walaupun kes hanya melibatkan kebajik...
Berita Video Pm Hilang Majoriti Tapi Enggan Letak Jawatan

Berita Video Pm Hilang Majoriti Tapi Enggan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 309 hits
Shame on you PM Tebuk Atap tegas bekas Timbalan Menteri Undang Undang itu Sebelum ini Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Razaleigh Hamzah dilaporkan menarik sokongannya terhadap kerajaan PER...
Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

Pentadbiran Pn Gagal Muhyiddin Seharusnya Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 270 hits
AKHMAL NASIRPengisytiharan Darurat yang diumumkan oleh Perdana menteri hari ini telah membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional telah gagal dalam menguruskan negara mendepani cabaran Covid 19 Segala galanya bermula dari lan...
Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 356 hits
Janganlah mengharap dan saran biden mengadap Agong Kerusi PM takkan datang bergolek dan Jangan asyik tuding jari salahkan orang lain kononnya menghalang sedangkan sendiri lembab By the way Zahid dah istihar belum tarik sokongan pd Muhyiddin...
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 502 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Tak Lagi Sokong Muhyiddin Nazri Dakwa Pn Kini Hilang Majoriti

Tak Lagi Sokong Muhyiddin Nazri Dakwa Pn Kini Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 291 hits
Malaysiakini Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala L...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord