Gabungan Mana Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Belum Terjawab


 
FMT Reporters -November 20, 2022 
Anwar Ibrahim menggesa media bersabar ketika mereka menunggu di luar rumahnya di Sungai Long, dekat Kuala Lumpur malam ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dilaporkan sibuk hari ini dengan bermulanya rundingan menjalin pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan campuran.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, yang gabungannya membuat kejutan selepas memenangi sejumlah besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), menjadi fokus utama pagi tadi susulan pertemuannya dengan ahli politik dari blok Borneo.
Tumpuan kemudiannya beralih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Umno lain yang mengadakan mesyuarat tergempar Biro Politik tengah hari tadi.
Pada malam pula, media bergegas ke rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, susulan khabar angin berhubung pertemuannya dengan Zahid bagi membincangkan kerjasama antara BN dan PH.
Pemimpin politik mempunyai masa sehingga 2 petang esok untuk memutuskan gabungan bagi membentuk kerajaan campuran dan mengemukakan calon perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Desas-desus tersebar berhubung pakatan antara PN, BN dan ahli politik Blok Borneo Sabah serta Sarawak, selain cakap-cakap berhubung beberapa pemimpin BN yang memilih untuk bekerjasama dengan PH.
Malam ini, Anwar menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk mencapai majoriti di Dewan Rakyat.
Selepas media berkumpul di luar rumahnya malam ini, Anwar menerusi satu klip video merayu pengamal media bersabar. Klip video oleh Astro Awani itu dimuat naik Anwar ke Twitternya.
“Maaf kawan-kawan kerana lama menunggu. Saya harap semua boleh bersabar dan berdoa untuk kepentingan negara,” katanya.
Kediaman Muhyiddin pula dikunjungi beberapa ahli politik, termasuk dari Malaysia Timur, selepas Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg menemui Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pagi tadi.
Abang Johari berkata, GPS setuju bergabung dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan campuran. Tetapi, ia dinafikan Zahid yang berkata, BN tidak berunding dengan PN atau GPS untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Petang tadi, tujuh kenderaan membawa pemimpin PN dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin, lapor Astro Awani. Antaranya termasuk Presiden Parti Progresif Sabah, Yong Teck Lee yang juga timbalan pengerusi GRS.
Hadi dan Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut hadir.
Pada 7 malam, tujuh kenderaan bernombor pendaftaran Sabah yang dipercayai membawa anggota gabungan Sabah itu dilihat keluar dari kediaman berkenaan.
PN memenangi 73 kerusi Parlimen dalam PRU15, kurang 39 kerusi untuk mencapai majoriti mudah di Dewan Rakyat. BN mempunyai 30 kerusi, GPS (22) dan GRS (6). Gabungan empat blok itu menjadikan keseluruhan 131 kerusi, cukup untuk membentuk kerajaan stabil.
PH memenangi 82 kerusi. Kerjasama PH dan BN (30 kerusi) akan menyaksikan mereka memiliki majoriti mudah 112 kerusi, atau 140 kerusi, jika disertai GRS dan GPS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/gabungan-mana-miliki-majoriti-tubuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Lepasi Majoriti 112 Tubuh Kerajaan Mustahil Tidak Konklusif Saifuddin Nasution

Pn Lepasi Majoriti 112 Tubuh Kerajaan Mustahil Tidak Konklusif Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 168 hits
Kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa gabungan itu telah mendapat Surat Akuan Berkanun melebihi 112 dan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu adalah mengelirukan dan bertentangan dengan p...
Bn Akan Kerjasama Dengan Parti Mana Untuk Tubuh Kerajaan Dap

Bn Akan Kerjasama Dengan Parti Mana Untuk Tubuh Kerajaan Dap

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 194 hits
agendaily com12 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada sembang santai bersama penduduk Kundang Ulu Parit Raja Gersik hari ini Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasi...
Anwar Menegaskan Ph Mempunyai Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan

Anwar Menegaskan Ph Mempunyai Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 213 hits
Anwar menegaskan PH mempunyai majoriti tubuh kerajaan Persekutuan PRU ke 15 baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan PH yang mendapat 82 kerusi merupakan parti paling terbanyak yang mendapat kerusi berbanding parti parti lain...
Bn Yakin Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

Bn Yakin Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Sabtu ini Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keyakinan itu berikutan kedudukan BN pa...
Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 224 hits
Semalam setiap orang tidak kira pelusuk kaum dan agama telah turun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menentukan tampuk kepimpinan 5 tahun yang akan datang Hari ...
Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 172 hits
With Gabungan Rakyat Sabah joining the unity government let s take a look at the numbers PH 82 BN 30 GPS 23 GRS 6Warisan 3KDM 1 PBM 1 Independent 2 Total 148 MPsPN has 73 Therefore anwaribrahim has 2 3 support
Rasuah Berapa Kali Tukar Kerajaan Yang Belum Tukar Sistem Korup Anwar

Rasuah Berapa Kali Tukar Kerajaan Yang Belum Tukar Sistem Korup Anwar

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 171 hits
Rakyat yang bakal mengundi pada 19 November ini diingatkan agar berfikir matang sebelum melakukan proses memilih kerajaan selepas berpengalaman diperintah oleh PN dan kerajaan BN PN dalam 3 tahun kebelakangan Menurut Pengerusi Pakatan Harap...
Muhyiddin Tunjuk Dokumen Bukti Miliki Sokongan Bentuk Kerajaan

Muhyiddin Tunjuk Dokumen Bukti Miliki Sokongan Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 181 hits
agendaily com22 11 2022Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di luar rumahnya sebentar tadi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa gabungan itu telah menyerahkan senarai 115 sokongan ahli Parlimen yang...
Ph Bn Dilapor Setuju Tubuh Kerajaan Perpaduan

Ph Bn Dilapor Setuju Tubuh Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dipercayai sudah mencapai kata sepakat berhubung formula bagi pentadbiran negara yang menjanjikan untuk mengembalikan kestabilan dan perpaduan dalam negara Dilihat sebagai formula saling men...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


3d Print Custom Toy Create Unique Designs With R3dprints

Why Bukit Jalil Is The Perfect Place To Call Home

Fungsi Batu Landasan Serap Gegaran

Keropok Ubi Kayu Teluk Intan Rupanya Dipanggil Opak Opak Ubi

Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Singgah Lavender Garden