Ph Bn Dilapor Setuju Tubuh Kerajaan Perpaduan



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dipercayai sudah mencapai kata sepakat berhubung formula bagi pentadbiran negara yang menjanjikan untuk mengembalikan kestabilan dan perpaduan dalam negara.
Dilihat sebagai formula saling menguntungkan menerusi pembentukan kerajaan perpaduan yang menjadi pertimbangan kedua-dua pihak, mereka turut membuka pintu bagi parti lain khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk bersama.
Menurut sumber, pendekatan ke arah konsep 'Kerajaan Perpaduan Malaysia' baharu itu ialah mewujudkan kerajaan perpaduan disertai semua parti dan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Berdasarkan dokumen cadangan perjanjian 10 perkara oleh PH dan BN yang dilihat New Straits Times (NST), ia antara lain menyatakan:
* Kedua-dua pihak bersetuju kerajaan PH-BN akan dinamakan sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia
* Komposisi kerajaan mempunyai wakil setiap parti yang akan memegang jawatan kanan selepas rundingan dimuktamadkan.
* Penggal Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum tamat tempoh lima tahun
* Kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi memastikan dasar, program, pendirian dan hala tuju kerajaan, termasuk wakil parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, menjunjung peruntukan Perlembagaan berhubung kedudukan Islam, Melayu/Bumiputera dan Raja-Raja Melayu supaya tidak mengguris atau melanggar soal kepentingan Islam, Melayu/Bumiputera dan monarki.
* Jawatan Perdana Menteri dipegang Ahli Parlimen PH, manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh pemimpin BN
* Portfolio utama iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan akan dirunding oleh Perdana Menteri dan Timbalannya supaya agihan berlaku secara adil dan saksama berdasarkan kesesuaian serta kepakaran masing-masing.
* PH dan BN akan bekerjasama membentuk kerajaan negeri Pahang dan Perak, dengan jawatan Menteri Besar dipegang oleh BN.
* Pengagihan jawatan dalam Kabinet dibuat berdasarkan peratusan Ahli Parlimen parti yang membentuk kerajaan.
* Pelantikan Ahli Parlimen BN dalam Kabinet mesti mendapat kelulusan Dewan Tertinggi gabungan itu.
* Pelantikan Ahli Dewan Negara, jawatan utama dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan penting lain dalam kerajaan mesti dimaklum serta dibincang bersama oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.
Difahamkan, gabungan baharu yang sedang dibentuk itu optimis bahawa parti dalam blok Borneo akan menyertai kerajaan bagi mengukuhkan kehadirannya di Putrajaya, selain membantu pembinaan semula negara.
Sementara itu, sumber lain memberitahu, BN sudah menyatakan pendirian untuk bersama kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Mesej berkenaan disampaikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Seri Paduka ketika sesi menghadap di Istana Negara, pagi semalam.
Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong juga menerima menghadap pemimpin blok Borneo diketuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mendengar sendiri sama ada mereka menyokong PH atau PN.
Kelmarin, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata partinya menyokong pembentukan kerajaan campuran PH dan BN atas faktor memenangi kerusi terbanyak pada PRU15.
"Sokongan ini juga atas pemahaman kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan semua 21 tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963," katanya sambil berharap gabungan itu dapat membentuk kerajaan baharu untuk mengembalikan kestabilan politik dan perpaduan.
Dalam perkembangan terbaharu petang ini, beberapa pemimpin kanan BN dan Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan tertutup di sebuah hotel di sini, dipercayai bagi membincangkan tawaran gabungan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
Antara yang menghadiri pertemuan kira-kira dua jam itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala PN diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber UMNO menyatakan, Dewan Tertinggi BN akan memutuskan sama ada bekerjasama dengan PH atau PN bagi membentuk kerajaan.
BN membentuk jawatankuasa tujuh anggota yang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Mohamad dan Ismail Sabri.
Hasil rundingan BN dengan kedua-dua gabungan itu dijangka dibentang oleh Mohamad pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini, disusuli kepada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pagi esok sebelum pembentangan kepada 30 Ahli Parlimen BN ~ Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/ph-bn-dilapor-setuju-tubuh-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 537 hits
Agong titah tubuh kerajaan perpaduan Anwar tiada masalah tetapi Muhyiddin tak setujuSelesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi Pengerusi Pakatan Harapan Anwar ...
Henti Buat Komen Jejas Kerajaan Perpaduan Pemimpin Ph Diberitahu

Henti Buat Komen Jejas Kerajaan Perpaduan Pemimpin Ph Diberitahu

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 169 hits
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata individu yang dibicarakan harus diadili di mahkamah undang undang bukan oleh pendapat umum PETALING JAYA Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed memberi amaran kepada pemimpin Pakata...
Ph Bn Rangka Perjanjian 10 Perkara Untuk Kerajaan Perpaduan

Ph Bn Rangka Perjanjian 10 Perkara Untuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 196 hits
MalaysiakiniPakatan Harapan dan Barisan Nasional mungkin telah mencapai persetujuan 10 perkara untuk membentuk kerajaan perpaduan di tengah tengah kebuntuan politik berikutan keputusan parlimen tergantung pada PRU15 Perjanjian itu juga meli...
Umno Tolak Kerajaan Perpaduan Dengan Perikatan

Umno Tolak Kerajaan Perpaduan Dengan Perikatan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 158 hits
UMNO tidak akan menyertai kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional umum setiausaha agungnya Ahmad Maslan Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi katanya dalam kenyataan nbsp MKT
Mt Umno Putuskan Sertai Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui Pn

Mt Umno Putuskan Sertai Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui Pn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 156 hits
UMNO menyatakan sokongan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional seperti yang dizahirkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri A...
Peranan Besar Zahid Hamidi Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Peranan Besar Zahid Hamidi Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 178 hits
Oleh Shahbudin EmbunSetinggi tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato Seri Anwar Ibrahim kerana telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh Jalan perjuangan yang penuh berliku akhirnya membuahkan hasil Tahniah juga kepada ya...
Kerajaan Perpaduan Mantapkan Ekonomi Malaysia

Kerajaan Perpaduan Mantapkan Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 179 hits
Kerajaan Perpaduan mantapkan ekonomi MalaysiaPosted By on November 27 2022Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan dialu alukan untuk merancakkan kembali ekonomi MalaysiaMenurut Penyelaras Gabungan Refo...
Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim

Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 718 hits
PUTRAJAYA Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebelum Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpadua...
Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata Yang di Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan Memberitahu hal itu kepada Malaysiakini Ahmad Zahid berkata d...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9