Bn Yakin Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keyakinan itu berikutan kedudukan BN pada hari ini jauh lebih baik berbanding PRU14, di samping jentera parti itu sudah memulakan kerja selepas ditewaskan pada 2018.
Bagaimanapun, beliau mahu tempoh yang berbaki empat hari ini dimanfaatkan BN untuk menggerakkan jentera masing-masing supaya dapat mengeluarkan semua pengundi yang dikenal pasti demi memastikan gabungan parti itu dapat membentuk kerajaan.
"Saya juga berharap pola dan corak ini dapat diterjemah dalam PRU15 dan saya sudah mengarahkan 'Comand Centre' mengeluarkan surat pekeliling supaya gerak kerja ini diperkemas dan dipertingkatkan lebih tinggi lagi kerana cuma ada empat hari untuk menyelesaikan kerja yang patut, menyantuni dan menghubungi pengundi," katanya pada sidang media khas di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan calon BN Rembau, berkata laporan yang diperoleh juga positif dengan hanya dua tiga tempat perlu ditangani kerana masalah jentera tempatan.
"Ibu pejabat (BN) mengambil pandangan dan mengambil maklum daripada BN negeri dan mereka melaporkan kempen berjalan dengan baik.
"PRU kali ini berlangsung dalam suasana amat tenang berbanding PRU14 dan bahkan jentera kempen sangat tersusun, kerana pengundi sudah lama membuat keputusan untuk parti mana mereka mahu sokong," katanya.
Mohamad berkata, BN yakin menang sekiranya pengundi yang disifatkannya sebagai 'putih' dapat dibawa keluar pada Sabtu ini dan BN melakukan gerak kerja lebih kuat untuk kawasan 'kelabu putih'.
"Selaku pengarah PRU15, saya menggunakan formula sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang memperlihatkan BN memperoleh kejayaan besar di kedua-dua negeri itu.
"Kita mempunyai semua data, 'head count' dibuat dengan tepat, maka tugas pada Sabtu nanti adalah tugas mengeluarkan pengundi yang sudah dikenalpasti bersama kita.
"Jika kita dapat buat, saya yakin BN 'we cross the bridge' (peroleh majoriti mudah 112 Parlimen) dan yakin kita boleh menubuhkan kerajaan pada sebelah malam (Sabtu) atau sebelah pagi pada 20 haribulan," katanya.
Dalam pada itu, meskipun beliau optimis BN akan memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, namun terbuka kepada parti lain untuk bersama bagi mengukuhkan lagi kerajaan.
"Tetapi untuk mengukuhkan kerajaan supaya mendapat mandat yang lebih besar terpulang kepada sesiapa yang hendak bersama kita," katanya.
Mengulas lanjut, walaupun UMNO ada menghadapi beberapa 'gempa bumi' berikutan ada calon lama tidak dicalonkan semula, BN berjaya menyelesaikannya dan ketika ini banyak kawasan sudah melepasi 50 peratus daripada statistik untuk memperoleh kemenangan pada PRU15.
"Banyak kawasan menunjukkan kita sudah melebihi 50 peratus… untuk memperoleh majoriti mudah penanda aras kami adalah 45 peratus kerana ia dibahagi kepada tiga (gabungan).
"Banyak kawasan kita sudah melepasi 50 peratus. Itu bagaimana saya melihat angka yang diperoleh," katanya lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/bn-yakin-peroleh-majoriti-mudah-bentuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 245 hits
Yang di Pertuan Agong perlu melantik seorang Perdana Menteri walaupun mungkin partinya tidak mempunyai cukup majoriti dalam PRU bagi membentuk sebuah kerajaan minoriti jika tiada penyelesaian kukuh untuk mendapatkan sebuah kerajaan majoriti...
Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 209 hits
PM 10 Anwar yakin bentuk kerajaanPosted By on November 22 2022Spekulasi perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 di antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin bertiup kencang Petang...
Kerajaan Pahang Masih Lagi Tergantung Tiada Parti Yang Dapat Majoriti Mudah

Kerajaan Pahang Masih Lagi Tergantung Tiada Parti Yang Dapat Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Buat pertama kali dalam sejarah tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang sekali gus mewujudkan situasi tergantung Berdasarkan keputusan tidak rasmi d...
Anwar Yakin Ph Kuasai Majoriti Mudah Pada Pru15

Anwar Yakin Ph Kuasai Majoriti Mudah Pada Pru15

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 190 hits
BloombergKUALA LUMPUR Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan yakin menguasai majoriti mudah walaupun berdepan saingan banyak penjuru pada pilihan raya umum ke 15 Saya sudah berada di lapangan dan ia merupakan pertandingan sengit kata Anwar 7...
Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sabtu ini berdasarkan sokongan yang didakwa semakin meningkat selain mood ditunjukkan rakyat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ...
Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 297 hits
November 16 2022Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Presiden PKR yan...
Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 249 hits
Semalam setiap orang tidak kira pelusuk kaum dan agama telah turun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menentukan tampuk kepimpinan 5 tahun yang akan datang Hari ...
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 248 hits
PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya PH mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dengan parti lain Presiden PKR itu berkata sekiranya persefahaman bersama p...
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 216 hits
MalasiakiniPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yakin dia akan berjaya membentuk dan mengetuai kerajaan perpaduan dengan sokongan BN Katanya walaupun BN belum membuat keputusan dia berpuas hati dengan hasil pertemuan kedua dua pihak hari...
Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Zaid Wants Jakim To Expand Its Halal Mission Beyond Plates To Graft Fight Declare Dirty Money Haram

Don T Just Squeeze Petronas Build Buffers

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Wanita Berpakaian Kostume Anime Maut Terjatuh Kondominium

Pn Pledges 40 Revenue Return To Sabah In Upcoming Manifesto

Branding The Heartbeat Of Business

Sun Bear Cub Found In Car In Jb 22 Year Old Man Detained


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sushi Empire Untuk Anak Anak

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Quick Dinner Recipe For 4

Sedekah Kambing Di Makkah Pahala Berganda Di Tanah Suci

Pasta Cedok Tour By Akak Pasta Cedok

Maulidur Rasul Membangun Ummah Madani