Muhyiddin Tunjuk Dokumen Bukti Miliki Sokongan Bentuk Kerajaan


agendaily.com22/11/2022
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di luar rumahnya sebentar tadi (22 November 2022).Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa gabungan itu telah menyerahkan senarai 115 sokongan ahli Parlimen yang diterima PN kepada pihak Istana Negara semalam, secara online.

“Saya nak menjelaskan bahawa semalam kita (PN) telah pun pergi menyerahkan secara online dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak Istana Negara iaitu untuk membuktikan bahawa kami daripada Perikatan Nasional dengan gabungan banyak parti-parti dan ahli-ahli Parlimen parti-parti yang lain berjumlah 115 dengan disokong oleh SD (akuan berkanun).

“Dan di sini telah pun ada surat akuan penerimaan daripada Datuk Nazim bin Mohd Alim Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong mengesahkan menerima dokumen ini,” katanya pada sidang media hari ini sambil menunjukkan dokumen berkenaan kepada wartawan.

Terdahulu, Muhyiddin bersama Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara setelah dipanggil berbuat demikian.

Katanya ketika majlis menghadap itu mereka dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong tentang perkembangan muktahir berhubung dengan status penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penyerahan dokumen – seperti diminta pihak Istana Negara sebelum ini – bertujuan menunjukkan bukti bahawa ketika serahan dilakukan yang dihantar melalui e-mel, PN memperoleh lebih daripada 112 sokongan ahli Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Saya nak menunjukkan bukti bahawa waktu saya menyerahkan ataupun kami menghantarnya menerusi e-mel… ini bukti bahawa kami waktu kita serah mempunyai sejumlah bilangan ahli Parlimen melebihi daripada 112. Sebagaimana yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara.

“Jadi sebab itu kami yakin kami sewajarnya boleh membentuk kerajaan. Tapi maklumlah bila saya menghadap tadi ada yang dikatakan yang ini tidak mencukupi. Saya tidak tahu apakah sebab-sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini,” katanya.

Muhyiddin juga berkata disebabkan tidak ada satu pun parti yang mempunyai jumlah bilangan yang mencukupi, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Tetapi kami telah membincang perkara itu sejak awal lagi… kami tidak akan bekerjasama dengan PH. Pendirian itu adalah pendirian parti kita (PN) sejak dulu sampai ke hari ini.

“Atas tujuan apa sekalipun… semua sekali kita tetap tidak bersetuju. Jadi tadi saya diminta untuk menandatangani dokumen yang minta kalau kami bersetuju.

“Saya sain (tandatangan) tapi jawab atas (di bahagian atas) ‘tidak bersetuju’. Tok Guru (Abdul Hadi) pun ada sama. Memang kita dah sepakat atas sebab-sebab yang kita tahu kenapa kita tak boleh bekerjasama dengan PH… ini umum orang tahu apa sebabnya,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muhyiddin-tunjuk-dokumen-bukti-miliki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Pn Bekerjasama Dengan Bn Untuk Bentuk Kerajaan Selepas Pru15 Muhyiddin Bengang Amp Minta Bukti

Anwar Dakwa Pn Bekerjasama Dengan Bn Untuk Bentuk Kerajaan Selepas Pru15 Muhyiddin Bengang Amp Minta Bukti

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 97 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin BN dan PN sudah memulakan rundingan untuk bekerjasama membentuk kerajaan selepas PRU15 nbsp Jelas Anwar rundingan itu dibuat selepas masing masing ketinggalan dalam persaingan nbsp A...
Muhyiddin Tuntut Anwar Kemuka Bukti Sokongan Mp

Muhyiddin Tuntut Anwar Kemuka Bukti Sokongan Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 65 hits
MalaysiakiniPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri Muhyiddin berkata beliau yakin telah mendap...
Anwar Ulangi Sokongan Untuk Ph Bentuk Kerajaan Mencukupi

Anwar Ulangi Sokongan Untuk Ph Bentuk Kerajaan Mencukupi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 216 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 20 2022 10 10 PMAnwar Ibrahim sekali lagi menegaskan dia mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan persekutuan ketika saingan mereka Perikatan Nasional terus menggambarkan sebaliknya Pe...
Sokongan Melonjak Peluang Cerah Pn Bentuk Kerajaan Pusat Kajian

Sokongan Melonjak Peluang Cerah Pn Bentuk Kerajaan Pusat Kajian

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 75 hits
agendaily com10 11 2022Barisan kepemimpinan Perikatan Nasional dilihat bersih dan tidak tercemar dengan kes kes jenayah serta salah laku Perikatan Nasional mempunyai peluang cerah dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 19 November ini kerana gabunga...
Wujud Persefahaman Ahmad Zahid Anwar Bentuk Kerajaan Selepas Pru 15 Muhyiddin

Wujud Persefahaman Ahmad Zahid Anwar Bentuk Kerajaan Selepas Pru 15 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 100 hits
satuberita myBy November 11 2022WUJUD persefahaman antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 kali ini Pengerusi Perik...
Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 85 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sabtu ini berdasarkan sokongan yang didakwa semakin meningkat selain mood ditunjukkan rakyat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ...
Pemimpin Pas Bersatu Ada Jumpa Umno Runding Bentuk Kerajaan Gabungan

Pemimpin Pas Bersatu Ada Jumpa Umno Runding Bentuk Kerajaan Gabungan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 156 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sudah memulakan rundingan untuk membentuk gabungan bagi mendirikan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Anwar mendakwa kedua du...
Gabungan Mana Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Belum Terjawab

Gabungan Mana Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Belum Terjawab

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 54 hits
November 20 2022 Anwar Ibrahim menggesa media bersabar ketika mereka menunggu di luar rumahnya di Sungai Long dekat Kuala Lumpur malam ini KUALA LUMPUR Pemimpin politik dilaporkan sibuk hari ini dengan bermulanya rundingan menjalin pakatan ...
Muhyiddin Besar Kemungkinan Tak Dapat Sokongan Majoriti Istana Perlu Lantik Anwar Jadi Pm Ke 10

Muhyiddin Besar Kemungkinan Tak Dapat Sokongan Majoriti Istana Perlu Lantik Anwar Jadi Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 94 hits
Dengan majoriti ahli Parlimen BN mencapai keputusan untuk menjadi sebuah blok Muhyiddin Yassin dari PN mungkin tidak mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri Hanya tiga ahli parlimen BN tidak hadir dalam sidang media Zahid hati ini t...
Adira Suhaimi Failkan Cerai Untuk Kali Kedua Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lambatkan Kes

Dapat Voucher Rm200 Dari Cosway

Kereta Habis Bateri

15 Diy Organization Projects To Keep Your Home Neat And Tidy

Enhancing Commercial Spaces With High Bay Led Lighting

Keputusan Prk Kemaman Tunjukkan Bn Ditolak Pengundi

Pas Youth Slammed Over Remarks On Sale Of Liquor

Beyond Securing Jobs The Lasting Value Of Higher Education



5 Penyakit Yang Sering Berlaku Kepada Jenis Pekerjaan Tertentu

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Final Minggu 12 Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Separuh Akhir Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10

5 Haiwan Yang Hidup Dalam Sistem Masyarakat atau Keluarga

Biodata Kieda Crepe Usahawan Penang Yang Viral


Good Morning

Komugi Japanese Bakery Melawati Mall

Cara Claim Tebus Emadani Rm100 Touch N Go Ewallet

T17i19 Tukar Minyak Gear Dan Suis Tingkap Auto Saga Blm

T21k28 Menunggang Haiwan Di Nilai 3

Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri