Fuziah Bidas Menteri Ph Bekas Bn Pertahan Lynas


Fuziah Salleh  
   
ULASAN | Saya mengikuti perkembangan di tanah air berkenaan permasalahan Lynas berkaitan syarat penyambungan lesen kilang Lynas, yang sedang hebat di perkatakan oleh pimpinan dan dibahas oleh netizen di seluruh negara baik dari Kuantan mahupun dari luar

Pemerhatian saya dari jauh di Makkah, saya di selubungi dengan perasaan yang amat ralat terhadap perbahasan dan kecaman di media sosial, serta emosi yang di luar kawalan.

Tidak kurang juga pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Sedangkan ini persoalan kemaslahatan serta keselamatan rakyat dan tidak sepatutnya di politikkan.

Saya di Makkah menjalankan tugas yang diamanahkan ke atas bahu saya di tanah suci ini sebagai mewakili pimpinan negara untuk menyantuni para Dhuyufur Rahman - rakyat Malaysia yang menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun ini, 1440 H/ 2019M.

Pengecualian cukai 12 tahun
Lebih 10 tahun lalu di bulan Oktober 2008, hanya beberapa bulan setelah saya diangkat menjadi ahli parlimen Kuantan, saya telah membawa perbahasan di Dewan Rakyat buat pertama kalinya berkenaan dengan isu kilang Lynas yang memproses bahan nadir bumi dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif hasil dari pemprosesan tersebut.

Pendirian saya dari sejak waktu tersebut sehingga ke hari ini, tidak pernah berganjak. Saya konsisten di dalam ratusan kenyataan media yang telah saya keluarkan dan juga setiap kali saya bangun untuk perbahasan isu Lynas di Dewan Rakyat sepanjang tempoh tersebut.

Pendirian saya bahawa negara kita Malaysia telah terpedaya dan mungkin juga tertipu di dalam keputusan untuk menerima Lynas untuk beroperasi di Malaysia dengan mempercayai bahawa ianya satu industri strategik yang membawa manfaat dan kebaikan kepada negara.
Hakikatnya jauh menyeleweng sekali dari apa yg di nyatakan oleh Lynas di dalam maklumat-maklumat berkaitan operasi mereka yang di keluarkan oleh Lynas sendiri.

Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 sewaktu membawa Lynas masuk ke Malaysia telah terpedaya dengan mempercayai bahawa Lynas merupakan satu industri strategik, lantasmenganugerahkan Lynas dengan pengiktirafan ‘Strategic Pioneer Status’ yang memberikan Lynas kemudahan bebas cukai selama 12 tahun.

Hakikatnya apa yang sebenarnya berlaku dari awal sehingga kini ialah:
Lynas membawa masuk@ mengimport 100 peratus bahan mentah REO ( rare earth oxide) mereka dari Australia.Lynas mengeksport 100 peratus produk terhasil REE (rare earth elements) mereka ke negara Jepun.Lynas Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Australia yang berdaftar di Bursa Saham Australia.Lynas tidak membayar cukai satu sen pun kepada negara Malaysia selama 12 tahun bermula dari 2012.Apakah yang Malaysia dapat sehingga kini dari mula Lynas beroperasi pada tahun 2012?

Lebih satu juta metrik ton sisa terjadual dan 500,000 metrik ton sisa buangan radioaktif yang di simpan di Gebeng di kawasan kilang Lynas sehingga kini diatas tanah gambut di dalam RSF (residue storage facility) yang bukan merupakan struktur penyimpanan kekal.

Sisa radioaktif Lynas mengandungi bahan bernama thorium (bahan radioaktif yang bersifat carcinogenic) yang mempunyai separuh jangka hayat selama 14 billion tahun.

Jumlah Pekerjaan yang dapat di manfaatkan oleh warga tempatan ialah sebanyak lebih kurang 600 pekerjaan sahaja.

Adakah ini satu urusan perniagaan yang berbaloi?

Tentu sekali tidak kerana negara kita tidak mendapat manfaat atau hasil secara langsung dari kilang Lynas.
Yang kita dapat hanyalah sisa toksik dan radioaktif di mana thorium merupakan bahan penyebab kanser (known carcinogen) dan akan mudah masuk ke dalam ekosistem alam sekitar kita.

Kesan dari radiasi yang bertahap rendah akan tetapi jangka hayat yang begitu panjang tentu sekali akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan awam dan juga alam sekitar didalam jangka masa panjang.

Tatkala netizen pada hari ini mengecam kerajaan PH yang di lihat seolah-olah kaku dan tidak berupaya menangani isu ini dengan baik, serta dilihat mungkir janji, di atas janji-janji yang terdahulu, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tetap konsisten di dalam menyatakan bahawa Lynas tidak harus di benarkan untuk:
Menjana lebih banyak sisa buangan radioaktif hasil dari pemrosesan yang berterusan dan juga;sisa terjadual dan sisa radioaktif (WLP- water leach purification) yang sedia ada tidak boleh di benarkan untuk terus di simpan kekal di Gebeng dan mesti di urus dengan cara terbaik.Amalan terbaik ialah menghantar sisa radioaktif tersebut (WLP) balik ke negara asal mereka iaitu Australia.

Namun, syarat ini tidak di letakkan sebagai syarat no1 oleh kerajaan terdahulu sewaktu menganugerahkan lesen beroperasi kepada Lynas.

Malah kerajaan terdahulu membenarkan Lynas membuat kajian dengan tujuan untuk mengkomersialkan sisa tersebut dan kemudian membolehkan Lynas menabur sisa radioaktif mereka serta membawa keuntungan buat Lynas sambil itu membenarkan rakyat Malaysia menjadi mangsa kesan radiasi berpanjangan darisisa yg di tabur dalam bentuk bahan yang telah di komersialkan oleh Lynas tadi, dimana Lynas lah akan mengaut keuntungan dari pengkomersialan produk sisa tersebut.
Kerajaan terdahulu juga meletakkan syarat kedua kepada Lynas untuk membina tapak pelupusan kekal sekiranya initiatif yang pertama tadi tidak berjaya.

Dan syarat ketiga barulah untuk menghantar sisa tersebut pulang ke Australia sekiranya kedua-dua usaha yang pertama dan kedua gagal.

Malangnya buat Malaysia apabila kerajaan terdahulu tidak meletakkan syarat untuk menghantar pulang sisa tersebut ke Australia sebagai syarat utama atau syarat nombor satu untuk penganugerahan lesen operasi buat Lynas, akan tetapi meletakkannya sebagai syarat ketiga mengikut urutan.

Malang juga buat Malaysia kerana kerajaan terdahulu tidak berunding dengan kerajaan Australia untuk menghantar sisa radioaktif tersebut pulang ke negara asal.

Lebih malang apabila kerajaan terdahulu terpedaya dengan helah Lynas dan terus memberikan taraf ‘Strategic Pioneer Status' kepada kilang tersebut.

Ramai mengatakan pada hari ini bahawa kini PH sudah jadi kerajaan, maka tidak bolehkah diubah syarat untuk tidak benarkan Lynas beroperasi, tambahan pula pada 2 September 2019 ini merupakan tempoh tamat lesen pengoperasian Lynas.
Kita kini sudah sampai ke persimpangan jalan. Di mana kabinet akan membuat keputusan berkaitan lesen pengoperasian Lynas.

Adakah kerajaan hari ini mampu menamatkan lesen pengoperasian Lynas serta bersedia mengambil risiko tindakan undang-udang dari pihak Lynas?

Saya masih berpendirian bahawa Lynas tidak wajar di benarkan beroperasi dan terus menerus menjana sisa buangan radioaktif yang akan memberi akibat negatif jangka masa panjang.

Namun ada sekelompok ahli kabinet yang tatkala kita menentang Lynas di awal dahulu, mereka masih ketika itu berada bersama BN.

Maka pada hari ini mereka masih terus terpedaya dengan helah Lynas kerana ketika itu mereka bersama dengan kerajaan terdahulu serta mereka memahami isu Lynas dari kaca penilaian kerajaan terdahulu dan gagal memahami isu sebenar tentang Lynas yang diperjuangkan oleh saya dan rakan-rakan.

Mereka menganggap bahawa isu ini isu politik ketika itu dan mereka kekal dalam kefahaman tersebut. Tambahan pula isu Lynas ini agak teknikal yang sukar difahami dan mungkin itu juga sebab mereka gagal memahaminya

Sungguh-sungguh pertahan Lynas
Mereka ini jugalah yang pada hari ini bersungguh-sungguh mempertahankan Lynas untuk terus beroperasi. Walaupun alasan yang mereka kemukakan kadang kala berbunyi tidak munasabah.

Tambahan pula kerajaan terdahulu yang menjadi penyebab kepada hutang negara terlalutinggi sehingga negara Malaysia terpaksa berhutang dengan negara Jepun dalam bentuk Samurai Bond.
Saya ingin maklumkan di sini bahawa negara Jepun merupakan benefisiari mutlak daripada hasil REE nadir bumi kilang Lynas.

Dan mungkinkah pelabur-pelabur di Jepun akan berdiam diri sekiranya Lynas tidak dapat meneruskan bekalan REE kepada mereka?

Tentu sekali keadaan ini akan melumpuhkan industri hiliran berpengkalan di Jepun yang melibatkan REE nadir bumi yang di hasilkan dari kilang Lynas.

Bayangkan keadaan tersepit yang kita berada kini.

Bagi rakan-rakan ahli- ahli kabinet yang terus terpedaya dengan Lynas, pesanan saya jangan sekali-kali kita meletakkan keuntungan pelaburan melebihi keselamatan dan kemaslahatan rakyat.

Inikan pula negara tidak menerima cukai satu sen pun dari Lynas. Industri hiliran yang mendapat manfaat pula bukan industri dalam negara. Ianya cukup tidak berbaloi.

Sebaliknya kita terperangkap dengan isu pengurusan sisa buangan radioaktif yang bertimbun seperti gunung dan generasi masa depan serta anak cucu kita akan menyumpah kita kelak di kemudian hari, kerana tidak menjaga keselamatan mereka serta gagal menjaga kelestarian alam.

Saya akhiri dengan doa dari tanah suci semoga negara Malaysia dan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara dari keputusan-keputusan yang tidak memihak kepada rakyat serta memudharatkan rakyat.

Saya amat jelas bahawa isu sebenar ialah isu sisa radioaktif yang tidak di uruskan dan dibiarkan di Gebeng malah mahu di komersialkan. Maka isu ini lah yang wajib di berikan tumpuan.

Semoga kabinet di beri petunjuk dan hidayah untuk membuat keputusan terbaik 15 Ogos 2019 nanti.

*FUZIAH SALLEH ialah MP Kuantan dan timbalan menteri hal ehwal agama.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/fuziah-bidas-menteri-ph-bekas-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pembantu Timbalan Menteri Akan Didakwa Kerana Video Intai

Bekas Pembantu Timbalan Menteri Akan Didakwa Kerana Video Intai

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 241 hits
Tangkap layar daripada rakaman CCTV menunjukkan Azis Jamman dan pembantunya di sebuah kedai cermin mata di Kuala Lumpur tahun lalu SEPANG Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman hari ini mengesahkan seorang bekas pembantunya akan didakwa ...
Bekas Menteri Saya Bohong Sebab Nak Cover Najib

Bekas Menteri Saya Bohong Sebab Nak Cover Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 243 hits
KES NAJIB Bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengaku bahawa dia berbohong ketika berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah...
Lynas Mahu Guna Bekas Kolam Lombong Untuk Lupus Sisa

Lynas Mahu Guna Bekas Kolam Lombong Untuk Lupus Sisa

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 402 hits
Lynas Malaysia Sdn Bhd telah mendepositkan wang tunai dan bon bersandarkan tunai sebanyak AS 42 2 juta dengan kerajaan Malaysia bagi membiayai pengurusan sisa jangka panjang di kilangnya di Pahang Dalam satu kenyataan hari ini syarikat itu ...
Bekas Menteri Pendidikan Tolak Langkah Kaji Wujudkan Smjk Tamil

Bekas Menteri Pendidikan Tolak Langkah Kaji Wujudkan Smjk Tamil

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 233 hits
Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid berkata Dasar Pendidikan Negara memperuntukkan SRJK Cina dan Tamil di peringkat rendah kemudian pergi ke SMK di peringkat menengah PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid menolak keputus...
Bekas Pejabat Sebut Peran Staf Menpora Miftahul Ulum Seperti Menteri

Bekas Pejabat Sebut Peran Staf Menpora Miftahul Ulum Seperti Menteri

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 220 hits
Terdakwa penerima suap atas pencairan dana hibah KONI Mulyana mengatakan peran Miftahul Ulum setara dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi Sebagai asisten pribadi Iman Ulum disebut mampu memindahkan jabatan seseorang
Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 326 hits
ISU LYNAS KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS BIAR FUZIAH WANITA BESI PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKASemalam sekali lagi Tun M bercakap dengan menyatakan sokongan kepada Lynas iaitu satu projek yang diluluskan oleh kerajaan Najib dahulu tanpa cuk...
Kes Rasuah Libatkan Bekas Menteri Wilayah Persekutaan

Kes Rasuah Libatkan Bekas Menteri Wilayah Persekutaan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 235 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 385 hits
Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berhenti berpusing pusing berhubung isu Lynas dan sebaliknya meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat berhubung kenyataan y...
Lynas Pemuda Umno Pahang Pelawa Fuziah Bahas Terbuka

Lynas Pemuda Umno Pahang Pelawa Fuziah Bahas Terbuka

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 309 hits
KUANTAN Pergerakan Pemuda UMNO negeri mempelawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh untuk berdebat secara terbuka bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam surat terbukanya berhubung isu Lynas Corporation Ltd Ketuany...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip