Bekas Menteri Saya Bohong Sebab Nak Cover Najib


Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd  
   
KES NAJIB | Bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengaku bahawa dia berbohong ketika berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Husni berkata dia berbuat demikian kerana melindungi perdana menteri ketika itu Najib Razak.

"Saya nak tutup (cover) cerita sebenar. Saya tak mahu beritahu cerita sebenar kepada surat khabar.

"Saya tidak beritahu perkara sebenar. Saya lindungi perdana menteri (I was covering the prime minister)," katanya semasa perbicaraan kes SRC International terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Husni berkata demikian selepas ditanya Shafee berkenaan kenyataannya pada 2016 bahawa peletakan jawatannya tiada kaitan dengan 1MDB.

Walaupun dengan tindakannya itu, Husni mendakwa Najib sebagai pihak di belakang dakwaan dia membuat gangguan seksual.

Dia berkata demikian selepas Shafee merujuk ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 2016 - empat bulan selepas meletakkan jawatan.

"Saya berhenti, tetapi anda lihat di media sosial, dua hari lepas berhenti, mereka serang saya tanpa sebab, dan saya tahu siapa 'ABC' yang serang saya," katanya di Dewan Rakyat pada masa itu.

Shafee bertanya apakah dakwaan itu, dan Husni berkata "wang dan perempuan".

Shafee: Anda kaitkan (dakwaan gangguan seksual) dengan Najib?
Husni: Ya.

Shafee: (Dakwaan) Gangguan seksual oleh pekerja anda sendiri. Anda fikir Najib di belakang laporan gangguan seksual terhadap anda oleh pekerja anda sendiri?
Husni: Ya.

Shafee: Ada laporan polis terhadap anda?
Husni: Ya.

Soalan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

"Saksi marah kerana ada sebab...Integriti tak boleh dipersoal dengan cara menghina apabila ia tiada kaitan dengan isu dalam mahkamah," katanya.

Shafee kemudian berkata kewibawaan saksi adalah penting, tetapi hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersetuju dengan pendakwaan dan tidak membenarkan soalan itu.

Minta digugurkan
Ketika pemeriksaan balas, Husni juga mendedahkan Najib mahu memindahnya ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang menurutnya juga menjadi sebab dia meletakkan jawatan.

Katanya, di pada mulanya tahu kemungkinan perkara itu di media, yang melaporkan dia mungkin akan dipindah untuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Saya kata (kepada PM) 'saya faham anda akan pindahkan saya'. Dia kata 'ya, saya akan pindah anda ke kerajaan tempatan'. Dan saya kata 'saya telah buat pelan rasionalisasi (1MDB)'.

"Tiada orang bantu bila kita ada masalah, tiada bantu anda kecuali saya. Dan saya hanya ada dua tahun lagi sebelum PRU 2018. Biar saya kekal (di Kementerian Kewangan).

"Perdana menteri kata 'saya nak anda ke kementerian baru unuk cabaran baru', dan saya kata ' gugurkan saya, terima kasih'."

Husni juga berkata satu lagi sebab dia meletakkan jawatan ialah "kerana Allah".

Husni menjadi menteri kewangan kedua sejak 2009 sehingga Jun 2016.

Najib berdepan tujuh pendakwaan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dari SRC International.

Dia dituduh menerima wang itu sebagai habuan kerana meluluskan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Najib menafikan sebarang salah laku atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/bekas-menteri-saya-bohong-sebab-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Protokol Bekas Pm Patut Duduk Di Mana Najib Tanya Mujahid

Ikut Protokol Bekas Pm Patut Duduk Di Mana Najib Tanya Mujahid

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 335 hits
Najib Razak PETALING JAYA Najib Razak meminta Mujahid Yusof Rawa menjawab di mana sepatutnya tempat duduk seorang bekas perdana menteri dalam istiadat istana mengikut protokol susunan kekananan selepas menteri itu berkata tempat duduknya di...
Fuziah Bidas Menteri Ph Bekas Bn Pertahan Lynas

Fuziah Bidas Menteri Ph Bekas Bn Pertahan Lynas

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 459 hits
ULASAN Saya mengikuti perkembangan di tanah air berkenaan permasalahan Lynas berkaitan syarat penyambungan lesen kilang Lynas yang sedang hebat di perkatakan oleh pimpinan dan dibahas oleh netizen di seluruh negara baik dari Kuantan mahupun...
Bekas Pembantu Timbalan Menteri Akan Didakwa Kerana Video Intai

Bekas Pembantu Timbalan Menteri Akan Didakwa Kerana Video Intai

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 247 hits
Tangkap layar daripada rakaman CCTV menunjukkan Azis Jamman dan pembantunya di sebuah kedai cermin mata di Kuala Lumpur tahun lalu SEPANG Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman hari ini mengesahkan seorang bekas pembantunya akan didakwa ...
Bekas Pejabat Sebut Peran Staf Menpora Miftahul Ulum Seperti Menteri

Bekas Pejabat Sebut Peran Staf Menpora Miftahul Ulum Seperti Menteri

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 235 hits
Terdakwa penerima suap atas pencairan dana hibah KONI Mulyana mengatakan peran Miftahul Ulum setara dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi Sebagai asisten pribadi Iman Ulum disebut mampu memindahkan jabatan seseorang
Kisah Ibu Tunggal Nak Kahwin Semula Tanya Bekas Suami Kenapa Ceraikan Dirinya 10 Tahun Lalu

Kisah Ibu Tunggal Nak Kahwin Semula Tanya Bekas Suami Kenapa Ceraikan Dirinya 10 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 568 hits
Setiap pasangan bercinta pasti mengimpikan ikatan kasih mereka disimpulkan dengan perkahwinan Umpama pasang surut air di laut begitu juga alam berumahtangga Ada liku liku ada onak duri yang perlu ditempuh nakhoda dan kelasi harus bekerjasam...
Menteri Nafi Tempat Duduk Najib Di Pertabalan Agong Telah Ditukar Saat Akhir

Menteri Nafi Tempat Duduk Najib Di Pertabalan Agong Telah Ditukar Saat Akhir

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 495 hits
Tempat duduk bekas perdana menteri Najib Razak pada Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 pada Selasa lepas telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yu...
Kerana 2 Billion Najib Kata Syed Saddiq Menteri Jahat

Kerana 2 Billion Najib Kata Syed Saddiq Menteri Jahat

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 428 hits
Menteri ini agak jahat Hanya kerana ingin pertahankan kes jual lembu untuk beli laptop mereka dia sanggup berfitnah Dia tuduh UMNO dapat duit RM2 bilion baru baru ini selepas menjual saham mereka dalam 4 syarikat Dia berdasarkan tuduhan ini...
Percikan Darah Basahi Lantai Macam Perang Bekas Wartawan Kongsi Kenangan Cover Kes Rompakan Kedai Emas

Percikan Darah Basahi Lantai Macam Perang Bekas Wartawan Kongsi Kenangan Cover Kes Rompakan Kedai Emas

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 447 hits
Menjadi seorang wartawan jenayah pastinya mendedahkan seseorang kepada risiko keselamatan Ada antara mereka yang perlu menyamar untuk membongkarkan kegiatan jenayah kelompok tertentu dan menyertai serbuan pihak berkuasa Walaubagaimanapun tu...
Mana Janji Kit Siang Nak Buat Blueprint Untuk Orang Asli Najib

Mana Janji Kit Siang Nak Buat Blueprint Untuk Orang Asli Najib

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 462 hits
199 hari telah berlalu Ingat lagi tak Lim Kit Siang semasa PRK Cameron Highlands dia janji nak buat blueprint untuk Orang Asli Katanya dia prihatin dan nak bantu Tapi siapa tak tahu Dia dengan anak dia Menteri Kewayangan sama sahaja Manifes...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi