Lynas Mahu Guna Bekas Kolam Lombong Untuk Lupus Sisa



(FMT) – Lynas Malaysia Sdn Bhd telah mendepositkan wang tunai dan bon bersandarkan tunai sebanyak AS$42.2 juta dengan kerajaan Malaysia bagi membiayai pengurusan sisa jangka panjang di kilangnya di Pahang.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, pengurusan sisa yang terhasil daripada pemprosesan nadir bumi di kilangnya di Gebeng, Kuantan, sentiasa merupakan sebahagian penting daripada perancangan dan operasinya, dan ia sentiasa mematuhi syarat lesen ang menghendaki sisa berkenaan disimpan selamat.
Kenyataan berkenaan, yang ditanda tangani oleh pengurus urusan, Mashal Ahmad dan pengurus besar keselamatan radiasi, kawal selia dan pematuhan, Ismail Bahari berkata, Lynas kini menimbangkan beberapa opsyen untuk menyimpan sisa penulenan air larut lesap (water leach purification) (WLP), termasuk kolam lombong yang tidak digunakan di negeri itu.
Lynas berkata, ia mengalu-alukan isyarat terbaru yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa eksport sisa WLP tidak akan menjadi syarat pembaharuan lesen operasinya.
Katanya, sisa berkenaan disimpan di pusat pembuangan kekal (PDF) yang diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
Menurut kenyataan itu lagi, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Lynas yang ditubuhkan oleh kerajaan mendapati operasi Lynas Malaysia mematuhi peraturan ditetapkan dan kemudahan penyimpanan sisanya dijalankan dengan kaedah yang betul.
“Lynas juga mematuhi syarat lesen supaya menyempurnakan kajian untuk mengenal pasti pilihan penggunaan semula sisanya dengan cara selamat.
“Kajian bebas dan industri sejak beberapa tahun lepas juga menunjukkan sisa WLP, iaitu bahan fosfat besi, mempunyai paras radioaktif yang sangat rendah dan selamat untuk digunakan semula dalam produk pemulih tanah.
“Selain itu, Lynas juga mematuhi syarat lesennya berkait rancangan PDF. Sekiranya kerajaan Malaysia mahu PDF diwujudkan, maka amalan dan kajian pengurusan sisa Lynas sedia ada, selain amalan terbaik antarabangsa, boleh digunakan untuk mengenal pasti pilihan terbaik dalam penggunaan semula bahan itu,” katanya.
Kenyataan itu berkata, sebagai contoh, terdapat banyak bekas kolam lombong yang tidak digunakan di Pahang dan perlu dipulihkan. Justeru sesebuah PDF boleh dibentuk dalam membantu memulihan tanah terbabit, sekali gus memberi manfaat kepada alam sekitar secara mapan.”
Lynas memberi jaminan bahawa ia akan bekerjasama dengan kerajaan pusat dan negeri untuk melaksanakan rancangan tersebut.
Lesen operasi kilang pemprosesan Lynas tamat pada 2 Sept depan.
Pada 2 Ogos lepas, Mahathir dilaporkan berkata bahawa Lynas diarahkan membina sebuah PDF bagi merawat sisa WLP yang terhasil daripada pemprosesan nadir bumi di kilangnya di Gebeng.
tags: lynas malaysia, gebeng, lesen operasi, nadir bumi, pengurusan sisa, fosfat besi, pdf,kolam lombong,lembaga perlesenan tenaga atom.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/08/03/lynas-mahu-guna-bekas-kolam-lombong-untuk-lupus-sisa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Bidas Menteri Ph Bekas Bn Pertahan Lynas

Fuziah Bidas Menteri Ph Bekas Bn Pertahan Lynas

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 507 hits
ULASAN Saya mengikuti perkembangan di tanah air berkenaan permasalahan Lynas berkaitan syarat penyambungan lesen kilang Lynas yang sedang hebat di perkatakan oleh pimpinan dan dibahas oleh netizen di seluruh negara baik dari Kuantan mahupun...
Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 285 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa supaya tidak meluluskan tapak pelupusan bagi tujuan penyimpanan sisa pemprosesan nadir bumi yang dikendalikan oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung berk...
Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 537 hits
Dah dua hari otak kusut dek kerana kereta Allahyarham Abah yang kini menjadi kegunaan Angah Ammar tak bergerak bukan sebab tak de minyak bukan sebab masalah enjin tapi sebab kunci patah sewaktu nak start kereta untuk ke rumah mak pada hari ...
Pbt Kena Tegas Luluskan Taman Perumahan Guna Nama Melayu

Pbt Kena Tegas Luluskan Taman Perumahan Guna Nama Melayu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 400 hits
BANGI 18 Zulkaedah 1440H Ahad Selain bahasa Melayu tulisan jawi juga perlu diperkenalkan semula dalam semua papan tanda yang diluluskan pihak berkuasa tempatan syor Majlis Perundingan Islam Malaysia Saranan itu dibuat selepas Kementer
Pihak Salah Guna Wang Gst Adalah Ph Bukan Bn

Pihak Salah Guna Wang Gst Adalah Ph Bukan Bn

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 285 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata pihak yang menyalahgunakan wang tuntutan cukai barangan dan perkhidmatan adalah kerajaan Pakatan Harapan bukannya Barisan Nasional Beliau bagaimanapun berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebalikny...
Comelnya Biskut Baby Merah Jambu Tak Guna Pewarna Tiruan Gerenti Cair Di Mulut

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu Tak Guna Pewarna Tiruan Gerenti Cair Di Mulut

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 516 hits
Comel sangat biskut ini Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya Iyad yang berusia 10 bulan Katanya ia adalah stok makanan je...
Smartphone Sentiasa Di Tangan Tetapi Tidak Guna Untuk Mencari Info Yang Berguna

Smartphone Sentiasa Di Tangan Tetapi Tidak Guna Untuk Mencari Info Yang Berguna

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 645 hits
BIDADARI MY LAMAN PENUH DENGAN INFO KELUARGA KESIHATAN RESIPI PETUA DAN TIPS TERKINIAssalamualaikum Kita hari ini smartphone sepanjang masa di tangan tetapi tidak guna untuk kebaikan seperti menambah ilmu dan perkara lain Kita hari ini sema...
Mereka Boleh Guna Sesuka Hati Faceapp Miliki 150 Juta Data Muka Dan Nama Pengguna Ini Bahaya Yang Ramai Tak Tahu

Mereka Boleh Guna Sesuka Hati Faceapp Miliki 150 Juta Data Muka Dan Nama Pengguna Ini Bahaya Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 698 hits
Korang perasan tak sekarang ramai yang main FaceApp malah siap share lagi kat media sosial FaceApp ni kira boleh tunjukkan muka korang waktu dah tua lah dalam bahasa mudahnya Memetik aplikasi yang kini viral itu memiliki lebih daripada 150 ...
Abang Polis Sanggup Kutip Sampah Guna Tangan Untuk Bersih Longkang Tersumbat

Abang Polis Sanggup Kutip Sampah Guna Tangan Untuk Bersih Longkang Tersumbat

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 1186 hits
Masyarakat di luar sana sepatutnya meletakkan rasa hormat yang tinggi pada anggota badan beruniform kita seperti abang bomba abang askar dan abang polis kerana dedikasi mereka dalam menjalankan tanpa mengira siang dan malam Baru baru ni vir...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Woiii Dok Merapu Apa Ni

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88