15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga
15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga || Salam semua, Entri kali ini nak berkongsi 15 koleksi resepi pilihan menu ayam yang ringkas dan mudah untuk seisi keluarga. Resepi - resepi ini semua yang dah dicuba dan amat ringkas. Memang menyelerakan untuk dihidang untuk keluarga. Walaupun bahan masakan utama adalah ayam tapi rasa yang berbeza ya. Kadang- kadang memang tepu juga nak masak apa dengan ayam kan.
Jemputlah cuba ya, gambar - gambar semua memang sejak dari mula blogging, resepi - resepi ada di setiap gambar. Jenuh mengedit nak cukupkan 15 resepi.hii. Selamat mencuba
Resepi Ayam Gajus Ala Nyonya
Sumber: WATTIES HOMEMADE CAKES
Bahan-Bahan
500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sebab bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seasoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang untuk hiasan
Nota : Saya tambahkan 2 sudu besar cili kisar bagi rasa yang lebih pedas.
Cara - cara
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.
Nota:
- untuk blend bahan kisar, blendkan sekali separuh daun limau purut..sebenarnya lupa nak letak daun limau masa tengah kacau-kacau ayam tu tapi nasib baik dalam bahan kisar tu dah blend sekali daun limau tu, so tak letak tak kisah la jugak kalau nak letak boleh jerr
- tumiskan bahan kisar,cili kisar dan halia dicincang terlebih dahulu ..bila dah nampak separuh masak baru masukkan bunga kantan. Kacau sampailah tumis tu naik minyak, baru lah masukkan sos-sos semua tu dan followlah the next step perasakan dengan gula dan garam. Sekiranya sos pekat tambahlah air untuk senang digaul ya
Resepi Ayam Masak Rempah
Sumber: DENUANZA
Bahan - Bahan
1/2 ekor ayam- potong, cuci dan toskan
Bahan Untuk Tumis
4 biji bwg merah-hiris
3 ulas bwg putih-hiris
2 tangkai daun kari
1 peket kecil serbuk rempah kari ayam- jadikan pes
1 sudu besar serbuk cili- campur ngan pes rempah
4-5 biji cili api- belah x putus
1 biji cili merah- hiris
1 kiub ayam manggi
asam jawa dan garam secukupnya
Cara - cara
1. Tumis bahan tumis hingga garing dan masukkan pes kari
2. Masukkan sedikit air- biarkan hingga rempah masak
3. Masukkan ayam dan semua bahan lain dan masak biar hingga ayam empuk
4. Kemudian masukkan air skit kalau perlu tapi jangan banyak sangat
Nota:
- rempah kari, serbuk cili, bawang merah dan bawang putih ( tumbuk ) di gaul sebati
- lepas tumis masak, baru masuk sos cili dan kicap manis
- kacau sampai naik minyak, baru masuk ayam dan kacau sebati.
Resepi Ayam Bakar Mudah Lemon Bawang
Bahan - Bahan
1 ekor ayam
garam halus secukupnya dan juga serbuk lada hitam
3 labu bawang kuning
2 biji lemon
2 sudu besar mentega dicairkan
Cara - Cara
1. Perap ayam dengan garam dan juga serbuk lada hitam.
2. Kalau nak, boleh hiris bawang besar 2 labu dan susun letak atas loyang pembakar
3. Potong lemon dan letak atas bawang yang disusun tadi
4. Yang selebih nya bawang besar dan lemon boleh potong sumbat dalam ayam
5. Sapukan ayam dengan mentega cair
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 C dalam 50 minit
7. Sekali - sekala pusingkan ayam untuk masak sekata dan sapukan mentega tak nak bagi ayam kering. Tak nak bagi hangus, tutup dengan kertas timah
Resepi Ayam Goreng Nenas
Sumber: KAK AZLITA @ MASAM MANIS
Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
500 gm ayam - basuh bersih dan potong kecil
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong baji
2 biji tomato - dibelah 4
1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
2 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu beras sos ikan
garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Pes Rempah
4 sudu besar udang kering - direndam air hingga lembut kemudian dicuci dan dikisar
1 sudu belacan - dibakar dan dikisar
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 kaki akar ketumbar - yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ....
Cara-cara
Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak masak dlm kuali yg dalam. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.
Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam. Goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.
Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.
Nota : Ada masukkan sedikit air nak bagi lembap dan berkuah.
Resepi Ayam Masak Kuah Bunga Kantan
Sumber:3 hungry tummies
Bahan - bahan
1/2 kg ayam dipotong sederhana besar . perap dengan garam kunyit.
air asam jawa secukupnya
sos plum secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar halus
Separuh bunga kantan di cincang kasar
1 batang serai hiris ambil bahagian putih sahaja
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah atau guna bawang merah besar pun boleh
lengkuas sebesar ibu jari sikit tapi tak lah banyak sangat
halia pun sama jugak tak lah banyak sangat
3 tangkai lada burung
4 - 5 tangkai lada kering , rebus sampai lembut
1 sudu besar belacan
Cara - Cara
1. ayam digoreng separuh masak jangan garing sangat
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sampai wangi dan naik minyak
3. masukkan air asam jawa dan sos plum, kacau rata
4. masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak
5. biarkan mendidih sikit kalau boleh tutup sekejap nak bagi ayam tu masak dan sebati sikit dengan kuah.
6. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
7. siap untuk dihidangkan
Nota
Ayam goreng separuh masak baru sedap.. bila goreng separuh masak ni ayam lembut tak adalah keras sangat
Resepi Ayam Kukus Ikan Masin
Bahan - Bahan
3 peha ayam ( potong jadi ketulan )
50gm ikan masin ( potong jadi ketulan, digoreng )
2 sudu hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
kicap cair dan kicap pekat secukup rasa
1 sudu teh tepung ubi ( wani guna tepung jagung )
3 sudu air
Cara - cara
1. gaulkan ke semua bahan dan perasa , perap selama 30 minit dan boleh kukus
2. kukus tu dalam 20 minit tengoklah rasa macam ayam dah kecut dan masak bolehlah angkat.
Resepi Ayam Kukus Thai Pedas
kredit to Aimmafiaz
Bahan - Bahan :
Ayam sebelah potong kecil
*Cili kecik 5-10biji
*Serai setangkai ( wani tambah )
*Halia sepotong
*Bawang kecik 3-5biji
Lemon ( 4 sudu besar )
Sos ikan secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Air limau kasturi
Daun limau purut
Cara - Cara:
Tumbuk bahan *, ratakan bahan tumbuk serata ayam, letak sos ikan, minyak zaiton dan air limau kasturi kedalam ayam, selitkan lemon dicelah ayam.
Taburkan daun limau purut. Kukus selama 30minit hingga masak. Siap, sedap makan dengan nasi panas2.
Nota
kalau kukus dengan oven, pastikan tutup bekas dengan aluminium foil dan letak dalam loyang yang telah diisi dengan air panas.
Kukus selama 40 minit dengan suhu 150 C.
Resepi Ayam Kicap Mudah Dan Sedap
Sumber : AZIE KITCHEN
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
4 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar ( tak letak )
Sedikit susu pekat manis ( tak letak )
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram
Bahan Tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
Cili padi
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.
Nota:
Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.
Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Resepi Ayam Masak Halia Mudah Dan Sedap
Sumber : iresepi.com
Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
Resepi Ayam Goreng Kicap Taucu Yang Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan
4 ulas bawang putih ditumbuk
2- sudu besar taucu cap tamin
Kicap pekat ABC manis secukupnya
6 ketul ayam yang telah dipotong sederhana besar. Ayam diperap dengan garam kunyit, kemudian goreng garing ( jangan gaul letak garam kunyit banyak sangat )
3 tangkai lada burung merah diketuk
Bawang besar dipotong baji secukupnya
Cara - Cara
1.Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada burung dan bawang besar
2.Kacau mesra sekejap dan masukkan taucu, kacau hingga mesra sampai bagi taucu garing sikit
3.Kacau sekejap terus masukkan ayam goreng dan tuangkan kicap pekat secukupnya
4. Garam tak payah tambah sebab dah masin taucu. Kacau sampai mesra ayam dengan kicap.
5. Boleh tutup api dan hidangkan
Resepi Ayam Madu Halia Blackpepper
Bahan - Bahan
1 ekor ayam atau mana - mana bahagian ayam
Bahan Untuk Perapan
1 1/2 inci halia
5 - 7 ulas ulas bawang putih
5 sudu besar sos tiram
4 sudu besar madu
serbuk lada hitam secukupnya
Cara - Cara
1. Halia dan bawang putih ditumbuk. Ayam diperap dengan ke semua bahan perapan.
2. Perap dalam satu jam atau semalaman untuk perapan yang lebih sedap
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C dalam masa 40 minitatau ikut suhu oven masing - masing
4. Balikkan ayam setelah 20 minit pertama dan bakar sehingga masak
Resepi Ayam Tumis Briyani
Bahan - Bahan
500 gm ayam
3 sudu besar rempah beriani
30ml santan
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak
rempah empat sekawan
daun pandan
Bahan Kisar
2cm halia
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
Cara - Cara :
1. panaskan minyak sapi dan minyak. tumiskan bahan kisar dan rempah empat sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.
2. kemudian masukkan rempah briani dan tumis seketika.tuangkan sedikit santan. kacau perlahan-lahan sehingga agak kering.
3. selepas itu, barulah masukkan ayam dan gaul seketika.
4. angkat dan perapkan ayam semalaman.
5. keesokan harinya panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga garing.
Resepi Ayam Goreng Bunga Kantan
Bahan - Bahan
4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 inci hali dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kuntum bunga kantan di potong kasar
2 biji bawang besar dipotong kasar
1 biji kecil capsicum hijau
1 biji kecil capsicum merah
Cara - Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila naik bau, masukkan ayam. Goreng sehingga airnya kering. Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam. Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.
Resepi Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis
Bahan - Bahan
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Cara - cara
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat
Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit
permukaan ayam tu)
Resepi Ayam Vietnam
Sumber: WATTIE'S HOMEMADE
Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil ( wani guna 1/2 kg ayam )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi ( 2 sudu besar )
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)
3 batang serai
10 tangkai cili padi ( 7 biji lada burung merah + hijau )
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah ( 4 - 5 ulas bawang merah )
3 labu bawang besar - dibelah 8 ( wani guna 1/2 labu je )
4 tangkai daun kari ( wani guna 1 tangkai )
Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan (wani tambah )
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat
Cara Menyediakan:
1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.
Nota: Ada masukkan air sikit ke dalam bahan tumis untuk kuah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/01/15-koleksi-resepi-pilihan-menu-ayam-yang-ringkas-dan-mudah-untuk-seisi-keluarga.html