Flashback Perang Duit Antara Mahathir Anwar Dan Kisah Wang Note Rm1000 Dan Rm500



Maka DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya menangani masalah kegawatan masa itu dengan segera. DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik

Antara Pakej IMF :
a. Menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) hingga 10% bagi bank dan 12% bagi syarikat kewangan
b. Bank-bank di arah mengurangkan pinjaman (credit sqeeze)
c. Menggurangkan tempoh hutang lapuk (NPL) dari 6 bulan dipendekkan kepada 3 bulan
d. Menaikkan bayaran minima bulanan kad kredit
e. BSKL diarah bekukan penyenaraian saham baru, penerbitan saham terbitan hak dan penyusunan semula syarikat
f. Di sektor kerajaan pemotongan gaji dan elaun para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, pembekuan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, pemotongan belanjawan 1998 sebanyak 18% yang bernilai RM12B dan menggantikan projek-projek mega

Semua langkah kewangan dan fisikal ini secara langsung mengejutkan kepada sektor kerajaan dan swasta yang selama ini boleh dikatakan telah selesa dalam ekonomi yang berkembang purata 8% sejak 10 tahun lalu. Masyarakat peniaga kini terhimpit dua penjuru, sudahlah dikejar bank dan projek kerajaan pula terjejas. Selama 6 bulan ekonomi Malaysia tidak bergerak

Justifikasi Tun Mahathir ialah jika kerajaan tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kepada pasaran dalam ekonomi gawat (cara DSAI) sudah tentu syarikat-syarikat besar yang bermasalah ini akan bankrap, beribu-ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan kerajaan akan hilang punca pendapatan dan cukai

Sebaliknya DSAI berpendapat usaha menyelamat syarikat-syarikat besar menggunakan khazanah negara adalah tidak wajar. Nampaknya DSAI selaku Menteri Kewangan masih kabur tentang falsafah pentadbiran kerajaan Dr. Mahathir yang menggangap pihak swasta adalah rakan kongsi yang strategik dalam memajukan ekonomi negara

Bagi maksud ini Tun Mahathir menubuhkan Danamodal dan Danaharta khusus bagi membantu pihak swasta menyusun semula modal dan hutang akibat kemelesetan ekonomi
  
Pencanggahan falsafah dan cara pendekatan menyelamatkan ekonomi Negara yang diambil oleh Tun Mahathir dan DSAI ini menimbulkan bibit-bibit pertentangan pendapat antara dua pemimpin ini
Di masa kegawatan ekonomi ini, Singapura telah melancarkan satu program kewangan yang menawarkan kepada sesiapa sahaja dari negara-negara serantau, orang perseorangan, pihak swasta untuk menyimpan wang dalam instrument kewangan; simpanan tetap (fix deposit) dan kerajaan Singapura akan membayar kadar faedah sebanyak 36%

Dalam bulan Ogos 1998, BSKL mencatat kejatuhan paling rendah dengan indeks di bawah 300 mata. Nilai saham merosot hampir 80% dan matawang ringgit melebihi paras RM4.00 = USD$1.00

Akibatnya jumlah syarikat yang bankrap meningkat hampir 300% dari 163 buah kepada 435 buah dan hampir 10 syarikat awam menghadapi masalah besar dengan bank

Melihat suasana ekonomi yang sudah masuk peringkat “DEPRESSION” dari ‘RECESSION” Tun Mahathir bertindak tegas menubuhkan MTEN (Majis Tindakan Ekonomi Negara) dan Tun Daim sebagai Pengarahnya

MTEN berfungsi mencari formula bagaimana kaedah yang boleh digunakan pakai untuk keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia dan dalam masa yang sama Malaysia tidak sesekali akan meminjam dari IMF

Segala proposal dari MTEN mesti dihantar ke Kementerian Kewangan dahulu untuk disemak dan baru dibentangkan di Kabinet. Proposal pertama dihantar ke Kementerian Kewangan tetapi tak sampai ke Kabinet. Tun M meminta Tun Daim menghantar proposal kali kedua ke Kementerian Kewangan tetapi masih juga tidak sampai ke Kabinet

Masa terlalu singkat dan ekonomi Negara perlu diselamatkan. Akhirnya Tun Mahathir bertindak tegas dengan melantik Tun Daim sebagai Menteri penuh dengan tugas-tugas khas supaya proposal di MTEN itu tidak perlu melalui Kementerian Kewangan lagi

Melalui laporan dan semakan MTEN, duit hampir RM200B telah mengalir keluar ke Singapura melalui bank-bank persisir di Labuan. Duit-duit ini milik orang perseorangan dan syarikat yang mendapat kebenaran dari DSAI untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura yang menjadi pusat kewangan Asia Pasifik

Tun Mahathir menemui rakan sejawatnya di Singapura iaitu Goh Chok Tong dan mohon jasa baik utuk melepaskan kembali duit yang hampir RM200B itu ke dalam Malaysia. Respon Singapura sangat negatif kerana ini urusan business dan bukanya faktor simpati

Dalam masa yang sama Indonesia juga menghantar RM340B ke Singapura untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura

Tun Mahathir begitu marah dengan sikap pemimpin Singapura yang tidak bertanggungjawab kerana program kewangan yang ditawarkan itu boleh memiskinkan negara-negara jiran dan Tun Mahathir mula mengatur strategi untuk bertindak melalui nasihat MTEN

Pada 1 September 1998, Malaysia telah melancarkan sistem kewangan Kawalan Modal dan Penetapan Nilai Ringgit: RM3.80 = USD$1.00. Melalui sistem ini Tun Mahathir begitu berani membuat keputusan keluar dari sistem kewangan dunia. Melalui sistem ini Ringgit tidak boleh diniagakan dan Ringgit tidak laku di pasaran wang antarabangsa sebaliknya hanya laku dan sah di dalam Malaysia sahaja

Sistem ini adalah untuk memberi pengajaran kepada DSAI dan Singapura. Duit yang hampir RM200B di bank-bank Singapura itu tidak laku dan tidak boleh diniagakan serta tiada nilai sebab sistem kewangan di Malaysia tidak mempraktiskan lagi sistem kewangan apungan (floating exchange)

Sebab itu Tun Mahathir memberi masa sebulan untuk duit-duit itu dibawa balik semula ke Malaysia. Dalam masa sebulan duit yang masuk hanyalah RM38B sahaja dan Tun Mahathir tidak berpuas hati dan bertindak selanjutnya dengan menghapuskan note-note (nilai matawang Ringgit) 1000, 500 dan 20

Tun Mahathir memberi tempoh tertentu untuk nilai matawang 1000, 500 dan 20 itu dibawa masuk ke Malaysia untuk dibayar nilai yang sama (one to one) dan jika tidak, pemilik wang tersebut tidak akan dibayar dengan nilai yang sama

Maka pada 2 September 1998, DSAI telah dipecat dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Pada 3 September 1998 pula DSAI di pecat dari menjadi ahli UMNO

Kesan dari peristiwa ini, Gabenor Bank Negara, Timbalan Gabenor Bank Negara dan Penolong Bank Negara meletakkan jawatan serta merta. Mereka semua adalah penyokong DSAI dan bertujuan untuk menggagalkan sistem ini

Kegawatan ekonomi dan peranan DSAI memindahkan wang sejumlah hampir RM200B dari Malaysia ke Singapura itu secara rahsia tidak dapat diterima oleh Tun Mahathir dan beliau menggangap DSAI sebagai pengkhianat negara dan hukumannya adalah pemecatannya

Sistem kawalan modal ini sangat berjaya dan ringgit yang terdapat di negara-negara seluruh dunia dipindahkan kembali ke dalam Malaysia dan jumlahnya melebihi RM200B dan dengan wang inilah dapat menjana kembali ekonomi Negara. Namun baki duit tersebut yang gagal dibawa pulang masih lagi berada di Singapura.
Malang pula bagi Indonesia, setelah bertahun-tahun merayu kepada kerajaan Singapura untuk mendapatkan kembali RM340B itu namun tidak berjaya. Sehinggakan akhirnya ada pemilik-pemilik wang tersebut yang menukar kewarganegaraan mereka menjadi rakyat Singapura kerana wang berjumlah RM340B itu tetap tersimpan dan menjadi milik Singapura. Malang bagi Indonesia, mereka terpaksa pula meminjam dari IMF

Copy from Ahmad Baharom
MR : Dua-dua prompak wang rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/flashback-perang-duit-antara-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Antara Anwar Muhyiddin Mahathir Dan Najib Dari Segi Ketokohan Politik Akademik Dan Gerakan Agama Islam

Perbandingan Antara Anwar Muhyiddin Mahathir Dan Najib Dari Segi Ketokohan Politik Akademik Dan Gerakan Agama Islam

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 324 hits
IBRAHIM MAT ISA 1 Muhyiddin Yasin seorang pemimpin politik yang berfahaman Autokratik a Tokoh Politik Sahaja b Tiada kepakaran dalam hal ekonomi 2 Najib seorang Autokrat yang mempraktikkan POLITIK KOTOR untuk mempertahakan kuasa menurut pen...
Beza Antara Anwar Dan Mahathir

Beza Antara Anwar Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 365 hits
1 Beza Anwar dan Mahathir dari sudut politik 2 Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK yang menggunakan pendekatan tidak mencari musuh dalam politik Anwar seorang demokrat tidak menggunakan pendekatan membunuh kawa...
Ku Li Kuda Hitam Ketika Anwar Mencelah Antara Umno Dan Muhyiddin

Ku Li Kuda Hitam Ketika Anwar Mencelah Antara Umno Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 351 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dianggap sedang memanfaatkan pertembungan antara Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak pula dilihat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Menerusi ruangan ko...
Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 444 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga pihak sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan Dia lain dari yang lain Dia mahu bunuh Umno Muhyi...
Pemuda Pkr Desak Mahathir Sokong Anwar Untuk Tepati Janji

Pemuda Pkr Desak Mahathir Sokong Anwar Untuk Tepati Janji

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 541 hits
Janji Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan kerusi perdana menteri kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang dipersetujui menjelang PRU14 gagal selepas tumbangnya kerajaan PH Bagaimanapun bagi Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman jan...
Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 344 hits
Ketika spekulasi mengenai perubahan kerajaan terus diperkatakan sekurang kurangnya tiga ahli parlimen Umno dan dua pemimpin parti menyatakan pendirian mereka menentang sebarang rancangan yang melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP H...
Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 204 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan beberapa pihak yang menggesanya supaya mendedahkan bilangan dan nama ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai perdana menteri merupakan satu tekanan politik semata mata Mala...
Anwar Ibrahim Yang Masalah Paling Besar Ialah Wang Negara Dirompak

Anwar Ibrahim Yang Masalah Paling Besar Ialah Wang Negara Dirompak

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 278 hits
Kenapa Anwar Anwar itu pintar bicaranya enak di dengar petah berkata kata dan terkenal seantero dunia Ilmu agamanya dan pengetahuan amnya luar biasa Dia bukan sahaja pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik Asia tapi pernah diminta pandangan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah