Fitch Ratings Tengku Zafrul Jawab Dakwaan Anwar


Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan usaha Pakatan Harapan (PH) mempolitikkan isu Fitch Ratings adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau turut mempersoalkan pendirian PH dalam isu penarafan negara itu susulan kenyataan dibuat Majlis Presiden PH dalam reaksi terhadap isu tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuat di dalam Dewan Rakyat.
“Saya sudah menjangka ini akan dijadikan modal politik untuk menyerang kerajaan, tetapi amat mengecewakan apabila pemimpin-pemimpin PH yang menandatangani kenyataan media tersebut, adalah mereka yang selama ini berkata yang sebaliknya.
“Pada 24 Ogos lalu, Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyatakan di Dewan Rakyat bahawa penarafan bukan isu utama yang patut diberatkan kerajaan dan ‘soal defisit tidak menjadi persoalan kerana tumpuan sekarang adalah untuk menjana pertumbuhan’.
“Pada bulan yang sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, pula di dalam Dewan Rakyat menyeru kerajaan untuk berbelanja lebih dalam senario wabak Covid-19 ini walaupun ‘hutang akan naik, fiscal deficit akan naik tetapi ini amat diperlukan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini Fitch Ratings mengumumkan penurunan penarafan ke atas Malaysia daripada ‘A-‘ kepada ‘BBB+’, dengan prospek bertambah baik daripada negatif kepada stabil.
Tengku Zafrul dalam maklum balas beliau berhubung perkara itu menyatakan rasa kecewa kerajaan dan menyifatkan semakan semula penarafan ke atas Malaysia adalah disebabkan impak negatif daripada pandemik Covid-19 ke atas kedudukan fiskal negara dan situasi politik tempatan ketika ini.
Susulan itu, Anwar dalam satu kenyataan mendakwa Tengku Zafrul telah gagal menggarap tanggungjawab dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan susulan pandemik Covid-19.
Majlis Presiden PH pula kemudiannya menggesa kerajaan supaya memberi keutamaan dan menyegerakan usul tidak percaya yang telah dibawa oleh ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 17 Disember ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ahli-ahli Parlimen PH sendiri telah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan kerana peruntukan memerangi Covid-19 tidak mencukupi.
“Oleh itu, berdasarkan pendirian ini, saya berharap ahli-ahli Parlimen tersebut akan konsisten dalam menyokong rang undang-undang yang diusulkan kerajaan untuk menambah peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM20 bilion dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung ini,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menekankan tentang pengiktirafan Fitch terhadap pelbagai usaha kerajaan antaranya unjuran pengurangan defisit fiskal daripada 6 peratus kepada 5.4 peratus untuk tahun 2021 dan seterusnya kepada 4.5 peratus sehingga 2023 dikatakan sasaran yang boleh dicapai.
Selain itu katanya, Fitch sendiri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.7 peratus sejajar dengan unjuran kerajaan iaitu 6.5 peratus hingga 7.5 peratus bagi tahun 2021.
“Pihak PH sering mengatakan unjuran ini terlalu optimistik. Institusi lain seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mengunjurkan pertumbuhan sehingga 7.8 peratus, iaitu lebih tinggi daripada unjuran kerajaan. Ini secara amnya menunjukkan keyakinan kepada kebolehan ekonomi Malaysia untuk melonjak kembali.
“Walaupun penarafan diturunkan, tinjauan atau outlook telah bertukar daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’.
“Namun perlu ditekankan, kesemua ini bergantung kepada beberapa faktor, termasuk penemuan vaksin, pematuhan kepada SOP dan kejayaan berterusan dalam memerangi penularan Covid-19. Kestabilan politik juga penyumbang penting kepada situasi ekonomi ini,” katanya.
Beliau juga membidas tohmahan bahawa usaha-usaha Kementerian Kewangan tidak mendatangkan manfaat.
“Negara telah mencatatkan penguncupan KDNK yang lebih perlahan pada kadar 2.7 peratus pada suku ketiga 2020 – antara terbaik di ASEAN – berbanding 17.1 peratus pada suku kedua.
“Pakej-pakej rangsangan ekonomi juga telah membantu mengekalkan lebih 2.8 juta pekerjaan, yang boleh dilihat melalui penurunan kadar pengangguran kepada 4.6 peratus pada September berbanding 5.3 peratus pada bulan Mei. Sinar
Kerajaan kecewa semakan semula penarafan Fitch – Tengku Zafrul

The post Fitch Ratings : Tengku Zafrul jawab dakwaan Anwar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/09/fitch-ratings-tengku-zafrul-jawab-dakwaan-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Address Issues Raised In Fitch Report Kit Siang Tells Tengku Zafrul

Address Issues Raised In Fitch Report Kit Siang Tells Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 185 hits
Veteran DAP politician Lim Kit Siang said Finance Minister Tengku Zafrul Aziz should address valid and credible criticisms in the Fitch report PETALING JAYA DAP veteran leader Lim Kit Siang has urged Finance Minister Tengku Zafrul Aziz to a...
Govt Disappointed Over Fitch Rating Revision Zafrul

Govt Disappointed Over Fitch Rating Revision Zafrul

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 202 hits
The revision of Malaysia s rating by Fitch Ratings is primarily driven by the negative impact of the Covid 19 pandemic on the country s fiscal position and the ongoing domestic political situation Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz s...
Fitch Ratings Turunkan Penarafan Malaysia Kepada Bbb

Fitch Ratings Turunkan Penarafan Malaysia Kepada Bbb

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 342 hits
Fitch Ratings menyemak turun Penarafan Kemungkiran Penerbit mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada BBB dari A Agensi penarafan antarabangsa dalam satu kenyataan berkata penurunan nilai IDR disebabkan krisis COVID 19 yang telah menje...
Decision To Close Malaysia Airlines Parent Firm Not Finalised Says Tengku Zafrul

Decision To Close Malaysia Airlines Parent Firm Not Finalised Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 176 hits
MAB was established on November 7 2014 to take over the operations assets and liabilities of Malaysian Airline System Bhd and MAB has been placed under MAGB which is wholly owned by Khazanah Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Dec 15 The d...
Kenapa Tengku Zafrul Hanya Bagi 500 Sebulan Duit Kwsp

Kenapa Tengku Zafrul Hanya Bagi 500 Sebulan Duit Kwsp

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 213 hits
Ada sebab tengku zafrul bagi keluar kwsp 500 je sebulan Kalau sekali keluar 10k aku syak MUNGKIN dlm friendlist wa ni akan 1 Beli basikal baru2 Beli kain mop norwex3 Downpayment X504 Beli iphone 125 Beli Playstation 5 Di kala musim virus co...
Dek Syarat I Sinar Kwsp Fb Muhyiddin Tengku Zafrul Diserang Netizen

Dek Syarat I Sinar Kwsp Fb Muhyiddin Tengku Zafrul Diserang Netizen

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 324 hits
FACEBOOK milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diserang netizen Dalam satu kenyataan yang dimuat naik kedua dua pemimpin itu dipenuhi komen oleh netizen yang t...
Tengku Zafrul Main Silap Mata Moratorium Kwsp Mp Umno U Turn

Tengku Zafrul Main Silap Mata Moratorium Kwsp Mp Umno U Turn

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 251 hits
Moratorium pinjaman selama 6 bulan dan pengeluaran RM10 000 Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak sewajarnya diumumkan sebagai perkara utama dalam sesi penggulungan Belanjawan 2021 pada 26 November lalu Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan...
Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 237 hits
Kenyataan menteri kewangan terhadap laporan IDR Fitch membimbangkan kata Anwar Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan p
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven