Fish Prosperity Burger Menu Terbaru Dalam Keluarga Prosperity Daripada Mcdonald S



Bermula daripada pengalaman pertama kali merasai sendiri Beef Prosperity Burger semasa belajar di UiTM Shah Alam dahulu, sehinggalah kini telah berkahwin dan beranak pinak, saya tidak pernah gagal untuk menjamah sajian ini menjelang tiba musim perayaan Chinese New Year setiap tahun


Setiap kali hampir tiba sambutan Chinese New Year, pasti akan terbayang dalam kepala saya hidangan Beef Prosperity dengan kelembutan daging yang disaluti sos blackpaper dan hirisan bawang serta diapit bun bijan masuk ke dalam mulut. Setiap gigitan, meskipun pedas hingga berair hidung namun sentiasa berjaya memberi kepuasan kepada perut dan hati saya. Aroma sos blackpapernya sahaja sudah bisa bikin saya penasaran. Jadi memang sinonim dalam minda saya, jika Chinese New Year tiba, saya harus ke McDonald's untuk dapatkan Beef Prosperity Burger


Pada tahun ini, saya memang bernasib baik kerana seawal hari kedua sajian Prosperity dikeluarkan, suami telah tapaukan set Double Beef Prosperity bersama Twister Fries dan minuman McFizz untuk isterinya ini setelah pulang daripada kerja. Seronok bukan mainlah saya. Hidangan kedua pula saya nikmati ketika menghantar suami ke tempat kerja, jadi saya singgah sebentar di McDonald's untuk take away Beef Prosperity. Siapa sangka hidangan saya yang ketiga dengan hidangan Prosperity kali ini adalah IKAN! Ya, IKAN! Awak tak salah baca, Fish Prosperity Burger


Kebetulan pada hari kedua pelancaran Fish Prosperity, saya sedang mengopi di McDonald's bersama blogger otai Terengganu iaitu sis Gee dan sis Husniey. Pertemuan di luar urusan kerja ini merupakan pertemuan pertama kami setelah semua rancangan untuk berjumpa pada tahun lepas menemui kegagalan. Akhirnya bertemu juga kami untuk mengopi pada awal bulan ini! Lokasi pertemuan tentulah di restoran panas Kuala Terengganu iaitu di McDonald's.


Disebabkan rancak berbual sehingga kami tidak sedar masa berlalu dan hidangan menu breakfast di kaunter telah bertukar ganti kepada menu lunch. Perut kembali lapar dan makanan yang dibeli seawal masuk ke restoran pula telah habis. Kebetulan kami disapa oleh Nurul Wahida, salah seorang kakitangan McDonald's yang kami kenali sewaktu mengikuti >> Program Rumah Ronald di HUSM Kelantan. Beliau sedang melakukan proses audit restoran dan kami mengambil kesempatan untuk berbual seketika bersama Wahida yang cukup terkenal dengan keramahannya.

"Dah cuba ke menu Fish Prosperity yang baru?".


Pertanyaaan Wahida membuatkan kami berpandangan sesama sendiri buat seketika. Baru kami tahu rupanya ada menu baru yang dikeluarkan iaitu FISH PROSPERITY dan kami semua belum pernah merasainya. Jadi Wahida arahkan Siti iaitu salah seorang kakitangan McDonald's menghidangkan tiga set Fish Prosperity bersama Twister Fries dan McFizz untuk kami mencubanya. Langkah kanan kami pada hari tersebut. Alhamdulillah..tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Pengurus McDonald's Terengganu untuk hidangan ini


FISH PROSPERITY BURGER - MENU BARU KELUARGA PROSPERITY

Selain chicken dan beef, McDonald's memperkenalkan pula hidangan fish sebagai menu baru dalam keluarga Prosperity. Masih kekal sama seperti hidangan Prosperity yang lain, hidangan fish filet yang digoreng garing ini dicelup ke dalam sos blackpaper sebelum ditabur bersama hirisan bawang dan diapit bun bijan pasti menarik perhatian para peminat hidangan filet ikan untuk mencubanya.


Menurut Siti, berbeza dengan hidangan Prosperity yang lain kerana dicelup terlebih dahulu ke dalam sos blackpaper sebelum tempahan diterima, fish filet pula hanya akan dicelup ke dalam sos blackpaper sebaik sahaja tempahan diterima. Ini kerana struktur filetnya yang lebih lembut dan rapuh membolehkan ia mudah menyerap sos walaupun direndam seketika. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan filet menjadi terlalu lembik. Ikan yang digunakan pula adalah jenis ikan dory. 

Bagi satu hidangan set Prosperity, pelanggan akan menikmati burger bersama Twister Fries dan minuman McFizz. Jika hidangan kecil tidak mencukupi, anda boleh mendapatkan Double Prosperity Burger untuk menikmati dua kali ganda keriangan. Walaubagaimanapun, hidangan ini tidak akan kekal lama di kaunter McDonald's. Berakhirnya musim CNY bermakna hidangan Prosperity juga akan berakhir. Jadi jangan ketinggalan untuk menikmatinya hari ini!


BEEF PROSPERITY vs FISH PROSPERITY

Ramai di kalangan rakan yang bertanya tentang rasa Fish Prosperity sebaik sahaja saya memuatnaik gambar di media sosial. Kebanyakannya merasa pelik kerana pada fikiran mereka gabungan ikan dan roti dimakan bersama sos blackpaper adalah sesuatu yang tidak sesuai. Seolah-olah menikmati ikan celup tepung yang direndam ke dalam sos blackpaper dan dimakan bersama roti..erm, memang macam tak masuk kan?


Walaubagaimanapun, hidangan Fish Prosperity ini sedap dan langsung tidak menghasilkan rasa yang pelik apatah lagi berbau hanyir apabila masuk ke dalam mulut saya. Hirisan filet ikan yang lembut namun rangup apabila digigit menghasilkan rasa yang serasi apabila dimakan bersama roti ditambah dengan kehadiran rasa pedas daripada sos blackpaper serta rasa rangup hirisan bawang holand, menjadikan ianya sempurna.


Saya percaya golongan yang gemar menikmati sajian filet ikan pasti akan menggemari hidangan ini. Mengapa tidak? Saya yang kurang gemar hidangan filet ikan pun boleh menghabiskan satu hidangan Fish Prosperity tanpa rasa muak, apatah lagi bagi peminatnya bukan? Ianya lembut, tiada bau hanyir dan serasi dimakan bersama roti dan sos blackpaper!


Seperti yang saya nyatakan, saya merupakan peminat Beef Prosperity Burger. Seingat saya hanya sekali dua sahaja saya pernah makan Chicken Prosperity Burger, selebihnya adalah beef. Jadi apabila mencuba Fish Prosperity, adakah hati saya mula berubah? Jawapannya, tentulah tidak! Saya masih kekal setia pada Beef Prosperity. Bukan kerana rasa Fish Prosperity tidak sedap, percayalah ia sedap dan menyelerakan namun sejak dahulu lagi saya kurang gemar hidangan filet ikan. Jadi itulah sebabnya mengapa Beef Prosperity masih tetap kekal berada pada carta pertama perut saya.


Nikmati Fish Prosperity di McDonald's Sebelum Terlepas

Hidangan ini tidak akan kekal lama berada di kaunter, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri kelazatan Fish Prosperity Burger hari ini. Bagi yang berada di sekitar Terengganu, anda boleh ke cawangan McDonald's Kuala Terengganu yang terletak bersebelahan Mydin Mall untuk merasai sendiri pengalaman menikmati Fish Prosperity Burger sebelum terlambat.

McDonald's Kuala Terengganu DT
Lot 3540, Jalan Sultan Mohammad,
Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu.
Facebook Page : McDonald's Kuala Terengganu DT

Jangan lupa untuk menggunakan aplikasi McDonald's di telefon bimbit anda sewaktu membuat pesanan bagi mendapatkan harga belian yang lebih jimat!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/01/fish-prosperity-burger-menu-terbaru-dalam-keluarga-prosperity-daripada-mcdonalds.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Cuba Menu Baru Mcdonald S Fish Propsperity Burger

Jom Cuba Menu Baru Mcdonald S Fish Propsperity Burger

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 394 hits
Jom Cuba Menu Baru di McDonald s Baru baru ni Gee keluar lepaking bersama geng blogger Terengganu iaitu dan Tempat lepak yang paling selesa untuk pakej sekali anak bermain haruslah McDonald s Mak mak boleh melepak bersembang sambil anak ana...
Burger Biru Sekarang Pakai Truck Oiii Maju Dah Burger Keropok Lekor Menu Terbaru

Burger Biru Sekarang Pakai Truck Oiii Maju Dah Burger Keropok Lekor Menu Terbaru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1144 hits
hai assalammualaikumBurger Biru Semakin Maju Burger Keropok Lekor Menu Terbaru Hah ingat tak dulu nad pernah buat entry pasal ni Dulu dia buka gerai macam orang lain jual burger tu tapi bila semakin lama burger dia semakin mendapat sambutan...
Cuba Rasai Fish Prosperity Burger Mcdonalds

Cuba Rasai Fish Prosperity Burger Mcdonalds

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 1296 hits
hai assalammualaikumReview Food Fish Prosperity Burger Mcdonalds Sempena Chinese New Year Bakal Tiba Rasai Fish Prosperity Burger Mcdonalds Haritu mr mafia bawa balik burger Mcdonalds Tak tau pulak dia nak bawak balik burger prosperity ni D...
Rasai Keenakan The Prosperity Burger At Mcd Kl Bandar Bestari Klang

Rasai Keenakan The Prosperity Burger At Mcd Kl Bandar Bestari Klang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 582 hits
Baru seminggu tak balik kampung tup tup minggu ini balik dah ada McD baru buka dekat area kampung aku Bertambah maju dulu boleh katakan kampung sekarang dah macam bandar Jalan ke depan sikit dah ada kawasan perumahan pesat membangun tambah ...
Nasi Goreng Strawberry Ini Dosa Besar Dalam Masakan Reaksi Netizen Terhadap Menu Terbaru Ahmad Maslan

Nasi Goreng Strawberry Ini Dosa Besar Dalam Masakan Reaksi Netizen Terhadap Menu Terbaru Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 880 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan kembali trending di media sosial apabila beliau berkongsi menu nasi goreng terbarunya iaitu Nasi Goreng Strawberry Nasi Goreng Strawberry Asyik asyik nasi goreng tak reti masak yang lain ke Reti...
Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1082 hits
Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina hidangan Burger Prosperity ni antara yang ditunggu tunggu Bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni di rumah saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya Mudah je Jom cuba RESIPI BURG...
Mcdonald S Malaysia Berkongsi Erti Sebenar Prosperity

Mcdonald S Malaysia Berkongsi Erti Sebenar Prosperity

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 301 hits
McDonald s melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baru Cina McDonald s Malaysia berkongsi erti sebenar Prosperity dengan melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara sempena sambutan Ta...
Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1690 hits
Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini
Percutian Ala Kampung 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan Bersama Keluarga

Percutian Ala Kampung 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1279 hits
Tahun 2019 saya mulakan misi eksplorasi bumi tuhan dan percutian ke salah satu destinasi yang agak popular di Selangor iaitu Sekinchan Sekinchan terkenal dengan kawasan sawah padinya yang terbentang luas Keadaan dan bentuk muka bumi yang ke...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage