Burger Biru Sekarang Pakai Truck Oiii Maju Dah Burger Keropok Lekor Menu Terbaru
hai assalammualaikum
Burger Biru Semakin Maju, Burger Keropok Lekor Menu Terbaru - Hah ingat tak, dulu nad pernah buat entry pasal Burger Biru ni. Dulu dia buka gerai macam orang lain jual burger tu, tapi bila semakin lama burger dia semakin mendapat sambutan, dah maju sekarang, dia buat truck pulak untuk burger biru ni. Jadi di mana-mana la diaorang jual burger biru ni. Kenapa nama dia burger biru, kelainan burger ni, mayonis dia berwarna biru,itu sahaja..ehehe. Okal kan, takda lagi ornag guna nama Burger Biru, ni lain daripada yang lain.
Kalau sebelum ni gerai burger dia dekat Ampang, berdekatan dengan Restoran mamak Fatimah Ghous, tapi sejak ada truck, dia pindah di Ampang Waterfront 1. Kalau waze Burger Biru boleh je jumpa.
Haritu nad order oblong special, mr mafia punya lupa daa..hahaha..
Tengok la burger dia, besar, isi padat, memang kalau makan ni, terus kenyang ler.
Burger Keropok lekor Menu Terbaru Burger BiruOh, haritu nad diperkenalkan dengan menu baru mereka. Biasa makan keropok lekor kan. Selalu kita makan keropok lekor dengan sos je, hah yang ni dibuat burger. Keropok lekor bukan kecik, jenis yang ebsar, lepas tu dipotong dua.
Terfikir la, selalu kita goreng keropok lekor, yang ni dimasak macam daging dengan ayam tu atas tempat masak burger tu. Tak keras, lembut je rasa keropok lekor dia. Nor bad juga la. biasalah, orang mesti nak buat pembaharuan dan kelainan kan.
Korang mesti cuba burger biru ni. Sekarang and tengok diaorang macam jual merata. Kalau nak tau dekat mana diaorang jual, korang boleh contact owner burger biru ni di facebooknya.. https://www.facebook.com/saadkuidam.khan ..apa-apa contact dia dulu. Takut korang pergi Ampang nad pergi tu dia takda..hah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/burger-biru-sekarang-pakai-truck.html