Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air



Presiden FIFA Merasmikan FIFA Arena Pertama di Malaysia Hari ini, Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, telah merasmikan FIFA Arena yang pertama di Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya, Selangor.
Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, serta Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, menandakan langkah penting dalam perkembangan bola sepak negara.
FIFA Arena adalah sebahagian daripada inisiatif global FIFA untuk membina sekurang-kurangnya 1,000 padang mini di seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk memperluas akses bermain kepada kanak-kanak dan menyokong matlamat Pembangunan Lestari PBB.
Inisiatif ini diumumkan rasmi pada 25 Julai 2024, di mana Gianni Infantino berjanji di International Summit on Sports for Sustainable Development di Paris untuk melabur dalam pembangunan bola sepak global melalui pembinaan padang mini.
Projek ini memberi tumpuan kepada komuniti dan sekolah yang kurang akses kepada kemudahan sukan, bertujuan menyediakan ruang permainan yang selamat dan inklusif untuk kanak-kanak agar mereka dapat bermain, belajar, dan membina keyakinan diri.
Dengan penempatan rumput tiruan khas, pagar keselamatan, dan sistem penyelenggaraan yang teratur, FIFA menyediakan pelbagai sokongan teknik kepada kontraktor tempatan. Sistem tempahan yang terstruktur juga membolehkan hasil penggunaan padang digunakan untuk penyelenggaraan dan pembangunan berterusan.
Malaysia, melalui FAM, merupakan salah satu daripada 211 ahli FIFA yang menyokong inisiatif ini.
SK Sri Kelana dipilih sebagai lokasi pertama untuk pembinaan FIFA Arena, dan satu lagi padang mini dirancang untuk dibina di SMK Putrajaya Presint 11 (2) dalam waktu terdekat.
Selain FIFA Arena dan projek pusat latihan kebangsaan, Malaysia juga aktif melaksanakan program Football for Schools (F4S) sebagai kolaborasi antara FIFA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan FAM.
Objektif utama F4S adalah untuk menjadikan bola sepak lebih mudah diakses oleh semua murid, dengan mengintegrasikan aktiviti bola sepak dalam sistem pendidikan negara.
Pada Ogos 2024, FAM dan FIFA telah menganjurkan festival Football for Schools di Pulau Pinang, yang menarik penyertaan lebih dari 200 murid.
Program ini mendapat sambutan positif, membuka peluang untuk pelaksanaan di 237 sekolah lain di seluruh Malaysia.
FAM juga menekankan kepada penyertaan wanita, di mana 50% guru dan murid yang terlibat adalah wanita bagi menyokong objektif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA, yang menekankan kesamarataan dalam sukan.
FAM #HarimauMalaya

Source


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/fifa-arena-malaysia-menandakan-era-baru-untuk-sepak-bola-tanah-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 157 hits
Menyambut Debut Malayan Tigress Pemain pertahanan Malayan Tigress Tegen Butler telah mencatatkan dua penampilan dengan pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong yang berlangsung di Pusat Latihan Bola Se...
Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 213 hits
FFC X TMTG 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air SEPANG 12 Okt Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza selamat tiba di tanah air petang ini Mereka menaiki pesawat Turkish...
Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 185 hits
Jenama kasut antarabangsa Skechers mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia sukan dengan pelancaran Skechers Football CTRL Pack koleksi kasut bola sepak baharu yang menggabungkan teknologi keselesaan dan kawalan maksimum di padang Majlis pe...
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 192 hits
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA PETALING JAYA 25 Okt Malaysia muncul antara negara terawal ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang melancarkan padang mini menerusi projek Arena FIFA in...
Pm Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden Fifa

Pm Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 254 hits
PM Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden FIFA KUALA LUMPUR 25 Okt Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa ber...
Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 274 hits
HarapandailyOctober 27 2025OLEH A ZAHIDPelancaran FIFA Arena di SK Sri Kelana baru baru ini menandakan detik bersejarah buat Malaysia apabila menjadi antara negara pertama dalam kalangan ahli FIFA melancarkan projek mini padang yang dibiaya...
Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 169 hits
Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini Akademi Bolasepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismail Kelab Bola Sepak Sarajevo mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini secara rasmi dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismai...
10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025

10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 167 hits
10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025 Dalam dunia bola sepak moden kejayaan di atas padang bukan lagi satu satunya ukuran kehebatan seseorang pemain Pengaruh di luar padang termasuk populariti di media sosial dan nilai kome...
Dari Formula 1 Ke Bola Sepak Kalendar Acara 2025 2026 Jeddah Yang Penuh Sesak

Dari Formula 1 Ke Bola Sepak Kalendar Acara 2025 2026 Jeddah Yang Penuh Sesak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 219 hits
Jeddah semakin menjadi bandar hiburan dan sukan bertaraf dunia Ia menawarkan kalendar acara yang pelbagai sepanjang tahun termasuk sukan permotoran bola sepak dan tenis menjadikannya destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang mahukan penge...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Drama Bad Cop

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila

Tinggal Isteri Ketika Sakit Fattah Amin Berat Hati Terbang Ke Korea