Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya Tapi Masih Perlu Dirawat Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang


Rawat Fibroid Rahim Meskipun Bukan Semuanya Bahaya! || Selalu jugak dengar tentang penyakit ni. Seram tahu tak?? Sekali dah datang, agak susah nak mengawalnya..Tapi kita boleh cegah dan buang dari awal. Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya, ketumbuhan ini tidak berbahaya atau bersifat kanser. Pun begitu, sesetengah kes fibroid yang bersaiz besar mungkin berisiko kepada kesihatan.
Jenis-jenis fibroid rahimFibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan bersifat kanser pada tisu otot rahim. Terdapat 4 jenis fibroid. 
Fibroid intramural, yang paling sering terjadi dalam kalangan wanita dan tumbuh di dinding rahimFibroid subserosal, tumbuh di bahagian luar dinding rahim. Apabila bertambah besar, ia boleh menyebabkan tekanan terhadap organ berdekatan atau rasa sakit kerana ukurannyaFibroid submucosal, tumbuh tepat di bawah lapisan rahim dan boleh memasuki rongga rahim, menyebabkan pendarahan berat dan komplikasi lain yang lebih serius. Pun begitu, ia jarang berlakuFibroid pedunculated, boleh tumbuh sama ada di luar rahim atau di dalam rongga rahimAntara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun.
Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.
Ia disebabkan oleh hormon estrogen yang cenderung merangsang pertumbuhan fibroid dalam kebanyakan kes.
Sebenarnya, semasa trimester pertama kehamilan, kira-kira satu pertiga daripada fibroid akan tumbuh membesar, tetapi kemudian ia akan mengecut selepas kelahiran.
Secara umumnya, fibroid rahim mampu mengecut selepas tamatnya fasa menopaus, tetapi terapi hormon pasca menopaus boleh menyebabkan gejalanya berterusan.
Adakah fibroid besar berbahaya?Fibroid yang bersaiz besar dan sederhana dapat mempengaruhi organ sekitar dengan menyebabkan kawasan perut tampil lebih besar, kerap membuang air kecil, kesukaran mengosongkan pundi kencing, serta sembelit.
Ini kerana kedudukan rahim adalah sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, fibroid yang bersaiz sederhana sehingga besar boleh memberi tekanan terhadap organ-organ ini.
Ia sememangnya tidak berbahaya, bagaimanapun ia boleh menyebabkan gejala yang kurang menyelesakan atau menyakitkan.
Sekiranya tidak dirawat, simptom-simptom fibroid boleh menjadi lebih agresif!
Justeru, amat penting untuk merawat fibroid sejak awal agar anda dapat menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.
Gejala-gejala fibroid seperti pendarahan berat, kencing yang kerap, sakit ketika melakukan hubungan seks, keletihan disebabkan oleh anemia, sakit pelvis, dan lain-lain boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan.
Penting untuk diingat bahawa masalah fibroid mampu mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal anda.
Sekiranya fibroid yang besar dibiarkan tidak dirawat, ia boleh tumbuh dengan lebih besar dan berpotensi untuk pecah!
Ini ukuran saiz fibroid uyang perlu dibuangUkuran fibroid adalah berbeza-beza, seperti:
Kecil (kurang daripada 1 cm sehingga 5 cm)Sederhana (5 cm sehingga 10 cm)Besar (10 cm atau lebih)Para wanita dengan masalah saiz fibroid yang besar mungkin perlu melakukan imaging study untuk menilai ukurannya dan menentukan sama ada perlu melakukan pembuangan (pembedahan).
Sekiranya fibroid submucosal dijumpai di bahagian dalam rahim dan cukup besar untuk membentuk lapisan rahim, ia harus dikeluarkan untuk mengelakkan masalah pembiakan.
Selain itu, jika saiz fibroid menjadi lebih besar daripada saiz kehamilan seakan 12 sehingga 14 minggu (kira-kira ukuran limau gedang besar), risiko komplikasi semasa pembedahan, seperti kecederaan pada ureter atau pundi kencing, akan meningkat.
Jika tidak dirawat, fibroid yang sangat besar mampu merosot atau pecah, walaupun tidak menyebabkan sebarang gejala.
Fibroid besar yang berkembang pesat mungkin merupakan tanda fibroid bersifat kanser yang jarang berlaku, disebut leiomyosarcoma.
Jenis tumor ini tidak dapat dibezakan dengan fibroid tidak bersifat barah (jinak) menggunakan ultrasound, MRI, atau kajian pencitraan lain.
Walau bagaimanapun, jenis tumor ini hanya berlaku pada kurang daripada 1% fibroid rahim, dan kanser biasanya tidak terjadi daripada fibroid yang jinak.
Pilihan-pilihan rawatan
Terdapat beberapa pilihan rawatan fibroid rahim yang boleh dilakukan:
Embolisasi fibroid rahim (UFE)Menggunakan zarah-zarah kecil berukuran kristal gula yang disuntik ke dalam saluran darah yang menuju ke rahim.
Zarah-zarah tersebut akan menyekat aliran darah ke fibroid, menyebabkannya mengecut dan mati.
Selain itu, prosedur invasif minimum ini dapat dilakukan oleh ahli radiologi intervensi.
Ia tidak memerlukan sebarang pembedahan terbuka dan menawarkan kelegaan simptom dengan risiko yang lebih sedikit, kurang kesakitan, dan pemulihan yang lebih cepat berbanding prosedur pembedahan.
Magnetic resonance imaging (MRI)MRI berfungsi dengan menggunakan gelombang ultrabunyi untuk memusnahkan ketumbuhan fibroid.
Gelombang diarahkan pada fibroid melalui kulit dengan bantuan pengimejan resonans magnetik.
Ablasi endometrium mampu merosakkan lapisan rahim. Prosedur ini paling sesuai untuk fibroid bersaiz kecil yang berdiameter kurang daripada 3 sentimeter.
HisterektomiHisterektomi adalah pembedahan untuk membuang rahim. Oleh itu, pesakit yang menjalaninya sudah tidak boleh hamil.
MyomectomyIa merupakan pilihan pembedahan untuk membuang semua jenis fibroid. Terdapat 3 pendekatan untuk melakukan myomectomy iaitu histeroskopi, laparotomi, dan laparoskopi.
Berundinglah dengan doktor mengenai pelbagai pilihan rawatan fibroid rahim agar anda faham risiko yang berkaitan dengan pembedahan, serta faedah rawatan alternatif yang sedikit invasif seperti embolisasi fibroid rahim.










Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/11/fibroid-rahim-bukan-semuanya-bahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Darurat Manifestasi Muhyiddin Lebih Sayang Azmin Masih Berdendam Dengan Umno

Idea Darurat Manifestasi Muhyiddin Lebih Sayang Azmin Masih Berdendam Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 235 hits
Walaupun isu darurat boleh dikira sudah selesai berikutan Agong telah menolak cadangan tersebut tetapi masih ramai yang memperkatakan tentangnya Yang paling banyak ditanya ialah mengapa dan bagaimana Muhyiddin Yassin boleh tergerak hati kep...
Resipi Ayam Percik Simple Tapi Rasa Padu Patutlah Lebih 10k Perkongsian

Resipi Ayam Percik Simple Tapi Rasa Padu Patutlah Lebih 10k Perkongsian

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 327 hits
Ayam Percik jika dilihat ia hanyalah satu hidangan yang ringkas malah mudah disediakan namun jika seseorang itu tiada kepakaran hasilnya kurang memuaskan Resepi Ayam Percik Simple Bahan bahanya Seekor Ayam 5 ulas Bawang putih 2 biji Bawang ...
Kempiskan Perut Buncit Agar Badan Besar Anda Tampak Lebih Sihat

Kempiskan Perut Buncit Agar Badan Besar Anda Tampak Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 1231 hits
Sebelum ini perut saya sangat buncit Buat kerja harian pun cepat letih dan mengah sebab badan besar Dah habis ratusan ringgit cuba macam macam produk tapi berat tak turun turun jugak Malah badan makin naik gemuk Perut makin buncit pulak Tap...
Berbaloi Tanam Kailan Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

Berbaloi Tanam Kailan Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 260 hits
Memang berbaloi tanam kailan selain mudah bercambah ia juga senang dijaga Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu polibeg atau terus atas tanah Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga
Smpc Jauh Lebih Mewah Masih Mahu Peruntukan

Smpc Jauh Lebih Mewah Masih Mahu Peruntukan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 248 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Biarlah mereka ugut kerajaan jangan tunduk dengan tekanan BANGI Pertikaian beberapa pihak terutama DAP dan MIC susulan tiada peruntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dan penjelasan khas mengenai pe...
Video Penlpu Ngaku Jand4 Tapi Masih Ada Suaml Amp 3 Ank Pengantin Perempvan Dihalau Bakal Mentua

Video Penlpu Ngaku Jand4 Tapi Masih Ada Suaml Amp 3 Ank Pengantin Perempvan Dihalau Bakal Mentua

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 270 hits
Gara gara mengaku janda padahal masih mempunyai suami pengantin baru ini dihalau oleh mertuanya sendiri dari pelaminan sehingga menelefon polis untuk datang ke tempat kejadian Suasana majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu