Idea Darurat Manifestasi Muhyiddin Lebih Sayang Azmin Masih Berdendam Dengan Umno


 


Walaupun isu darurat boleh dikira sudah selesai berikutan Agong telah menolak cadangan tersebut, tetapi masih ramai yang memperkatakan tentangnya.Yang paling banyak ditanya ialah mengapa dan bagaimana Muhyiddin Yassin boleh tergerak hati kepada cadangan itu, walhal untuk meraih lebih sokongan untuk mengelakkan dijatuhkan di Parlimen, beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai banyak pilihan lain untuk dipertimbangkan.Seterusnya, yang lebih mengecewakan, jika penguatkuasaan darurat berjaya dilaksanakan, ia akan meletakkan Agong sebagai beban bersama yang tidak sepatutnya diletakkan di bahu Istana.Lantaran itu, mengapa Muhyiddin begitu tergamak mahu melaksanakan darurat itu?Kalau diperhalusi, ada dua sebab darurat menjadi pilihan dan kedua-duanya adalah salah Muhyiddin belaka.Pertama, sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu, beliau tidak pernah berani mahu mengesahkan kedudukannya di Parlimen, walaupun ada usul percaya dan tidak percaya dikemukakan terhadapnya.Sepatutnya, selepas dilantik oleh Agong dengan kepercayaan beliau mempunyai sokongan majoriti, Muhyiddin terus membawa isu keabsahan jawatannya untuk disahkan oleh Parlimen.Selain itu, demi untuk mengelak pengundian, beliau turut menangguh dan menukar tarikh Sidang Parlimen, bahkan pembukaan Sidang Parlimen juga hanya diadakan selama setengah hari saja.Jika daripada awal, beliau berani bersikap jantan dan membawa pertikaian mengenai kedudukannya ke Parlimen, pasti ribut-ribut mengenai kedudukannya tidak berbangkit sampai ke hari ini.Malah, beliau juga tidak perlu takut lagi sama ada Belanjawan 2021 dilulus atau ditolak ketika pengundian.Tentunya juga tidak perlu lagi sampai ke tahap mahu mengisytiharkan darurat yang perkara utama di sebaliknya ialah menggantung Parlimen dan mengelakkan pengundian bagi belanjawan tahun depan.Kedua, cadangan darurat adalah manifestasi sayangnya Muhyiddin kepada Azmin berbanding kepada UMNO yang memiliki 39 kerusi Parlimen.Melalui pembentukan kabinetnya, Muhyiddin mengumumkan Azmin bukan saja salah seorang menteri kanan bersama Ismail Sabri Yaakob, Dr. Radzi Jidin dan Fadillah Yusof, malah sebagai menteri kanan yang terkanan sekali.Ia berikutan, Muhyiddin mengatakan jika semasa ketiadaan beliau, Azminlah yang akan mempengerusikan mesyuarat kabinet.Dengan jawatan menteri kanan paling kanan dan diberi kuasa mempengerusikan mesyuarat kabinet, secara tidak langsungnya beliaulah Timbalan Perdana Menteri.Selain itu, dengan taraf yang dirasakan sebagai orang nombor dua selepas Muhyiddin, Azmin juga dikatakan turut menggunakan pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya sebagai kegunaannya, selain pejabatnya sebagai menteri MITI di Jalan Duta.Kalau daripada awal lagi Muhyiddin mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebaiknya memberikan jawatan tersebut kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi, sesuai dengan jumlah 39 kerusi Parlimen yang dimiliki UMNO berbanding Geng Azmin yang hanya ada 10 kerusi, kekeruhan hubungan dan konflik dalam PN sebagaimana yang berlaku sekarang pasti tidak terjadi.Ini tidak, sudahlah UMNO tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kementerian-kementerian kanan turut lebih banyak diserahkan kepada Bersatu yang hanya memiliki enam kerusi asal, manakala selebihnya sebanyak 25 adalah kerusi-kerusi pelompat katak bekas UMNO (Geng Hamzah Zainuddin) dan 10 daripada bekas PKR (Geng Azmin).Mengapa Muhyiddin tidak mahu memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada pemimpin UMNO sejak awal adalah kerana beliau amat sayangkan Azmin.Jika ada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tidaklah Azmin dapat diburung-merakkan seolah-olah dia adalah pemimpin nombor dua dalam negara dan bakal Perdana Menteri.Jika diteliti, cadangan darurat yang dicadangkan kabinet kepada Agong andai berjaya dilaksanakan, dengan jelas bertujuan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diberikan kepada Azmin sebagai pemimpin paling kanan kepada Muhyiddin.Hanya setelah cadangan darurat itu ditolak Agong, barulah Muhyiddin ternampak sedia memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, itu pun dengan syarat bukan Zahid Hamidi orangnya.Ternampak di sini bahawa Muhyiddin masih berdendam kepada UMNO dan punya niat untuk terus memecah-belahkan UMNO melalui pendekatan pecah dan perintah.Jika Timbalan Perdana Menteri yang bakal dilantik bukan Presiden UMNO itu sendiri, malah Hishammuddin Hussein yang tiada kedudukan dalam hireaki parti dijadikan pilihan, selain memperlihatkan Muhyiddin terus mahu membuli UMNO, lebih penting ia juga menunjukkan rasa sayangnya kepada masa depan Azmin tidak pernah berkurangan, meski dilanda pelbagai badai dan rintangan.Makna kata, selepas ini Hishammuddin dan Azmin adalah gandingan yang sedang diprojekkan untuk mengambil alih kepimpinan negara.
(Shahbudindotcom 28/10/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/idea-darurat-manifestasi-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Muhyiddin Tersalah Baca Dengan Idea Darurat

Apakah Muhyiddin Tersalah Baca Dengan Idea Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 396 hits
Sejak Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengadap Yang di Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020 pelbagai cendekiawan penganalisa politik wartawan pakar perundangan dan lain lain mengulas sama ada perdana menteri mempunyai kuasa untuk me...
Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 273 hits
Angkatan Muda Keadilan Gombak menempelak tindakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco utamanya Azmin Ali yang mempergunakan darurat untuk terus kekal berkuasa Ketua AMK Gombak Arie Yudisti...
Muhyiddin Jelas Desperade Masih Ungkit Isu Darurat Kadir Jasin

Muhyiddin Jelas Desperade Masih Ungkit Isu Darurat Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 353 hits
Adalah tidak wajar malah nampak sangat ke desperado an Muhyiddin apabila dia terus mengungkit mengenai darurat Cukuplah Yang di Pertuan Agong sudah tolak Lagipun kalau kita tengok reaksi di media sosial majoriti tidak setuju darurat diisyti...
Muhyiddin Masih Tak Puas Hati Darurat Tidak Diperkenankan

Muhyiddin Masih Tak Puas Hati Darurat Tidak Diperkenankan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 266 hits
Daripada apa yang disebut Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya petang tadi jelas ternampak beliau masih tidak puas hati kerana cadangan darurat yang diusulkan kerajaan tidak dapat dilaksanakan Dalam erti kata lain Muhyiddin seolah olah ...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 503 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Guan Eng Dakwa Muhyiddin Masih Berusaha Untuk Dapat Darurat

Guan Eng Dakwa Muhyiddin Masih Berusaha Untuk Dapat Darurat

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 264 hits
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi alasan perlunya mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah dan kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memburukkan penularan Covid 19 adal...
Henti Aniaya Pembangkang Muhyiddin Mesti Pecat Hamzah Azmin

Henti Aniaya Pembangkang Muhyiddin Mesti Pecat Hamzah Azmin

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 369 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Dewan Negara Liew Chin Tong menegaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyingkirkan dua pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional yang telah mengundang pelbagai huru hara politik di negara ini Pengeru...
Baru Semalam Umno Kata Sokong Pn Muhyiddin Kemudian Buat Hal Pulak Celaru Umno Ni Pun

Baru Semalam Umno Kata Sokong Pn Muhyiddin Kemudian Buat Hal Pulak Celaru Umno Ni Pun

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 303 hits
Tiada jaminan Umno sokong Belanjawan 2021 jika Muhyiddin abai permintaan kata orang dalam October 27 2020 Seorang orang dalam Umno berkata kerjasama antara Umno dan PPBM bergantung kepada Muhyiddin Yassin sama ada beliau memenuhi permintaan...
Muhyiddin Cari Helah Tak Mahu Lantik Umno Sebagai Tpm

Muhyiddin Cari Helah Tak Mahu Lantik Umno Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 397 hits
Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri lapor sebuah laporan media hari ini Memetik sumber yang tidak didedahkan Sin Chew Dail...
The Future Of Green Energy

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Buffet Ramadan Johor Di Bara Stulang Jb Dengan Menu Ala Carte

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aiken Bha Pha Bright Pore Refining Exfoliating Gel

Gula Dan Kanser Memahami Hubungannya

2025 Predictions Future Of Domains

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

Perlu Kajian Mendalam Menyeluruh Sebelum Laksana Caj Kesesakan Ppim Sinar Harian 28 02 2025

10 Jenis Status Update Yang Selalu Kita Lihat Menjelang Bulan Puasa Ramadan