Felda Nafi Kenyataan Guan Eng


Wartawan MalaysiaGazetteLim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA adalah tidak benar.

Unit Komunikasi Korporat FELDA berkata, peruntukan khas RM77 juta yang diluluskan oleh kerajaan Pusat pada 20 Disember 2018 adalah bertujuan untuk Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

Majoriti tuntutan BSHPH telah dibayar pada 31 Disember 2018 dan baki peruntukan khas ini telah selesai diagihkan pada 14 Januari 2019.

“Seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Disember 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Januari 2019. Oleh itu, semua tuntutan BSHPH telah selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula.

“Bagaimanapun, peneroka di Sungai Koyan, seramai 851 orang, tidak terlibat dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka.

Pihak FELDA telah menyusuli aduan yang telah dibangkitkan oleh Guan Eng dan mendapati bahawa aduan peneroka adalah berhubung dengan bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar kepada peneroka berdasarkan jualan kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bayaran tersebut dibuat kepada peneroka dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan dan kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan.

“Bayaran hasil ini bukanlah sebahagian daripada BSHPH ataupun peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan oleh kerajaan Pusat yang telah diagihkan kepada peneroka sebelum ini.

“Bayaran hasil kepada peneroka akan dibayar dengan menggunakan sumber kewangan FELDA,” kata kenyataan yang sama.

FELDA, katanya, sentiasa komited untuk membantu menjaga kebajikan peneroka FELDA dan memastikan industri peladangan sawit maju dan mampan dan akan memberi pertimbangan yang positif di atas perkara yang dibangkitkan oleh peneroka.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/felda-nafi-kenyataan-guan-eng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Pahang Selar Kenyataan Guan Eng

Mb Pahang Selar Kenyataan Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 290 hits
Jan 22 2019 0 Comments BIDAS Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail luah rasa pelik dengan kaedah pengeluaran dan olahan kata kata melalui kenyataan media oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Ia jelas sekali benar benar berbaur
Guan Eng Ingat Najib Tak Tau Beza Uiam Najib Lah Tubuh Uim

Guan Eng Ingat Najib Tak Tau Beza Uiam Najib Lah Tubuh Uim

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 396 hits
Guan Eng kata saya tahu beza UIM dengan UIAM Saya tentu tahu tentang Universiti Islam Malaysia kerana ianya ditubuhkan pada tahun 2012 semasa saya Perdana Menteri Seperti yang saya tulis hari itu isu utama sebenarnya ialah peruntukan untuk ...
Peruntukan Kolej Swasta Guan Eng Tidak Jawab Isu Sebenar

Peruntukan Kolej Swasta Guan Eng Tidak Jawab Isu Sebenar

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 417 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak menjawab isu sebenar berhubung peruntukan kepada kolej kolej swasta yang diberikan secara terus oleh kementeriannya Tiga kolej universiti swasta yang diberikan RM6 juta atau RM2 juta setiap satu ialah Kol...
Lim Guan Eng Tak Tahu Pun Kesusahan Golongan B40 Najib

Lim Guan Eng Tak Tahu Pun Kesusahan Golongan B40 Najib

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 533 hits
Dia tidak faham keperitan hidup dan keperluan golongan B40 Keadaan ekonomi juga semakin tidak stabil dan lembab Najib Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak faham dengan keperita...
Najib Bongkar Penipuan Guan Eng Dap Ph Hutang Negara Dijangka Meningkat Ke Rm820b

Najib Bongkar Penipuan Guan Eng Dap Ph Hutang Negara Dijangka Meningkat Ke Rm820b

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 572 hits
15 Jamadilawal 1440H Isnin Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dilihat cuba membongkarkan satu lagi penipuan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Harapan Dalam kenyataan ringkas beliau hari ini Najib memperso...
Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 343 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus meminta maaf atas kesilapan beliau terutamanya ekoran perkembangan terbaharu skandal 1Malaysia Development Berhad kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau dalam kenyataan har...
Guan Eng Ditempelak Tuduh Kerajaan Bn Anak Tirikan Negeri Pembangkang

Guan Eng Ditempelak Tuduh Kerajaan Bn Anak Tirikan Negeri Pembangkang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 254 hits
TANAH RATA 19 Jan 8211 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsuddin menempelak kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya Kerajaan Barisan Nasional selama ini tidak pernah membangunkan negeri negeri yang ditadbir pembangka...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan