Felda Hutang Peneroka Diselesai 2021 Pm Tandatangan Fsra Jun Lepas


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jul 20, 2023 6:07 PM
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan bahawa perjanjian bagi Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) antara lain memberi ruang kepada agensi itu untuk menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah dikenakan dan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Felda dalam kenyataan hari ini memaklumkan penghapusan sejumlah hutang peneroka dilaksanakan di peringkat agensi itu tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan pada 2021 serta 2022 dan ia memberikan impak besar kepada aliran tunai serta prestasi Felda.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas menandatangani FSRA bagi penerimaan pertama geran RM990 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk penebusan sukuk Felda.

"Perdana Menteri semasa Sambutan Hari Peneroka Felda pada 7 Julai lalu mengumumkan bermula tahun ini, Kerajaan Perpaduan meluluskan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda, antara lain bagi membiayai hapus kira hutang peneroka agensi berkenaan.

"Secara keseluruhan, inisiatif itu melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun," menurut kenyataan itu.

Menurut Felda, kenyataan Perdana Menteri telah disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan janji kerajaan terdahulu untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Terdahulu, Anwar menerusi kenyataan ringkas hari ini mengotakan janji beliau dengan mengemukakan sebahagian dokumen FSRA yang ditandatanganinya sebagai Menteri Kewangan pada 26 Jun lepas.

Tiga helaian berkaitan FSRA itu menunjukkan ia ditandatangani Anwar bagi pihak kerajaan, dengan Pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Felda Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Pemeteraian dokumen itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Anwar menerusi kenyataan sama turut mendesak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda.

Muhyiddin, dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership, meminta Anwar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis berhubung isu tersebut.

Ia susulan kenyataan Anwar yang mendakwa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/felda-hutang-peneroka-diselesai-2021-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 377 hits
Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah ...
Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya

Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 265 hits
MASYARAKAT Felda sudah pasti boleh menarik nafas lega dan bergembira apabila kerajaan pada 9 Julai lalu telah meluluskan jaminan sehingga RM9 9 bilion untuk menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka Kemente...
Hapus Hutang Peneroka Kerajaan Perlu Tanggung Sukuk Felda

Hapus Hutang Peneroka Kerajaan Perlu Tanggung Sukuk Felda

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 496 hits
Penghapusan hutang peneroka Felda menjadi kontroversi ketika ini kerana sengaja disalahtafsirkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjadi isu besar antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas PM Mahiaddin Yassin yang...
Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 330 hits
Polemik atau perbahasan di media sama ada media cetak mapupun media sosial berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Kelantan Terengganu Kedah Pulau Pinang Selangor dan Neger...
Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 303 hits
Tan Sri Annuar Musa membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apa sebenarnya yang ditandatangannya sehingga membuat dakwaan kononnya hutang peneroka tidak dihapuskan sebelum ini Bekas menteri tersebut berkata PMX yang jug...
Dokumen Tersebut Bukan Perjanjian Pelupusan Hutang Peneroka Felda

Dokumen Tersebut Bukan Perjanjian Pelupusan Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 245 hits
Dr Marzuki Mohamad Baru sekejap tadi Perdana Menteri menyiarkan sebahagian dokumen yang dikatakan perjanjian pelupusan RM8 3 bilion hutang peneroka FELDA Sekali pandang saya sudah tahu Dokumen tersebut bukanlah perjanjian pelupusan hutang p...
Menteri Kewangan Dedah Dokumen Lupus Hutang Peneroka Felda

Menteri Kewangan Dedah Dokumen Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 274 hits
Dokumen skim pengecualian hutang peneroka Felda yang menjadi kontroversi sejak diumumkan ditandangani oleh Menteri Kewangan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebahagiannya didedahkan kepada umum Menurut kenyataan Menteri Kewangan dok...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi