Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda



 Polemik atau perbahasan di media, sama ada media cetak mapupun media sosial berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan terbaru bertegas bahawa Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan PN tidak pernah melupuskan hutang FELDA yang bernilai RM8.3 bilion pada tahun 2021.
 

Anwar berkata kerajaan PN hanya sekadar bersetuju, tapi tidak pernah bentang dalam mana-mana belanjawan sama ada tahun 2021 ataupun 2022.
 

Menurut Anwar, keputusan untuk melupuskan hutang RM8.3 bilion itu hanya baru diputuskan pada bulan Jun 2023 yang lalu oleh Kerajaan Perpaduan.
 

Muhyiddin kemudiannya menafikan kenyataan Anwar itu. Muhyiddin petik kenyataan Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Idris Jusoh bertarikh 24 Februari 2023 bahawa hutang peneroka FELDA telah selesai pada tahun 2021.
 

Kenyataan Idris Jusoh itu adalah lanjutan jawatan bertulis Menteri JPM Dato Seri Azalina Othman dalam Parlimen pada 23 Februari 2023, telah menyatakan keputusan pelupusan hutang itu tidak dapat dilaksanakan kerana isu "cash flow" FELDA.
 

Isu hutang peneroka sudah lama menghimpit golongan tersebut. Malah banyak senarai penghutang itu sudah meninggal dunia. Dalam kaedah perakaunan, hutang itu selayaknya disenaraikan dalam “hutang lapuk” atau hutang yang tidak ada kemungkinan untuk dipungut kembali.
 

Maka, pelupusan hutang itu adalah satu langkah yang wajar. Pun begitu, polemik yang tersebar sekarang adalah sama ada ia telah berlaku seperti didakwa oleh Muhyiddin atau belum terlaksana seperti kenyataan Anwar. Hakikatnya boleh difahami dengan mudah jika kita berlapang dada untuk memahaminya.
 

Memang benar Muhyiddin telah mengumumkan tentang persetujuan pelupusan hutang tersebut. Di pihak FELDA pula telah membuat perjanjian dengan peneroka tentang perkara itu.
 

Secara perakaunannya, pelupusan itu tidak boleh dilakukan sekadar memadamkan dalam catatan akaun sahaja. Apa perkara lain yang perlu dibuat.
 

Dengan kata lain, untuk benar-benar ia memberi kebaikan kepada Felda dan penoraka atau mencapai matlamat yang ditetapkan, masih banyak perkara atau proses yang perlu dilakukan.
 

Secara analogi mudah, apa yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah sekadar meletak batu asas. Batu asas semata-mata tidak akan menjadi kenyataan. Seperti banyak projek dibuat batu asas oleh kerajaan Kelantan, hakikatnya ia tidak memberi apa-apa makna jika projek itu tidak diteruskan atau dibina secara fizikalnya.
 

Begitulah dalam isu pelupusan hutang peneroka FELDA ini. Pihak yang berusaha untuk menjadikan batu asas itu benar-benar menjadi kenyataan adalah Kerajaan Perpaduan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2023/07/fth.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 356 hits
freemalaysiatoday com 08 Jul 2023 2 30pmSebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda Muhyiddin Yassin menegaskan dengan pembohongan yang terbaru in...
Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 221 hits
MalaysiakiniLangkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka Ket...
Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 312 hits
Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah ...
Kenyataan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan

Kenyataan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 308 hits
KENYATAAN KETUA PENEROKA FELDA KEBANGSAA Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar 1 Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka yan...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak