Fdi Merosot 68 Pn Perlu Bertanggungjawab




 1. Kelemahan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara yang sepatutnya sudah memasuki fasa pemulihan ekonomi dilihat semakin memuncak dengan satu demi satu kegagalan yang akhirnya akan menambah derita rakyat. Kerajaan PN seperti kehilangan punca apabila segala perancangan yang dibentangkan tidak menemui hasil bahkan mengundang kemerosotan prestasi ekonomi negara.
2. Tambah membimbangkan apabila kerajaan dilihat lebih gemar bermain politik dengan melakukan pelbagai helah sehinggakan hari ini mereka mula bercakaran sesama sendiri.
3. Proklamasi darurat oleh YAB Perdana Menteri semakin menampakkan langkah politik tempang dan jauh sekali kepada usaha untuk memulihkan ekonomi. Lebih janggal apabila orang kanan YAB Perdana Menteri iaitu YB Dato’ Seri Azmin Ali yang menyatakan bahawa pelaksanaan darurat tidak menjejaskan keyakinan pelabur, hanyalah satu kenyataan yang syok sendiri, tersasar dari realiti dan tidak menjawab persoalan terhadap kegagalan usaha PN pemulihan ekonomi negara.
4. Memetik laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) bagi tahun 2020 baru-baru ini, Malaysia adalah negara di ASEAN yang mengalami kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) amat ketara iaitu penurunan sebanyak 68 peratus dengan hanya mampu menarik pelaburan sekitar US$2.5 bilion.
5. Sudah pasti penularan wabak COVID-19 akan menjadi alasan utama yang akan digunakan PN bagi menjustifikasi kemerosotan ketara ini, namun ia masih tidak dapat menafikan kegagalan pentadbiran kerajaan kerana negara ASEAN lain masih mampu mengawal kemerosotan yang terlalu ketara dan malah Filipina menunjukkan prestasi yang baik dengan peningkatan FDI sebanyak 29 peratus pada tahun lepas.
6. Ini memberi isyarat jelas bahawa pelabur sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang mampu menarik minat mereka.
7. Bukan itu sahaja, pelabur sedia ada juga sudah mula mengangkat kaki. Contohnya, Syarikat Hyundai yang beribu pejabat di Malaysia bagi kawasan Asia Pasifik yang turut menempatkan Hyundai Training Academy juga akan berpindah ke Indonesia dan awal sebelum itu turut telah mengesahkan pelaburan bernilai $1.55 billion untuk pasaran Indonesia sehingga 2030.
8. Ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat Malaysia yang bercita-cita menjadi sebagai hab automotif serantau Asia Tenggara. Kesan terhadap kegagalan menarik pelaburan baru serta mengekalkan pelaburan sedia akan menjurus kepada penyusutan peluang pekerjaan serta peningkatan pembuangan pekerja yang semakin membimbangkan.
9. Selanjutnya, merujuk data melalui Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) sahaja telah merekodkan seramai 99,696 orang pekerja diberhentikan sehingga 27 November 2020 walaupun Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah petunjuk jelas bahawa perancangan yang direncana kerajaan gagal memberi penyelesaian mengakar yang mana keadaan sebenarnya kian membarah terutamanya apabila negara berhadapan PKP2.0 dan darurat.
10. Oleh itu, kerajaan perlu segera mengambil sikap bertanggungjawab terhadap kegagalan menguruskan ekonomi yang terbukti dengan penurunan FDI antara yang terburuk dalam sejarah dan tidak sekadar bersembunyi disebalik proklamasi darurat, tatkala rakyat semakin teruk dihimpit dengan krisis kehilangan kerja serta peniagaan mereka yang amat terkesan.
Sekian.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
26 Januari 2021.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/fdi-merosot-68-pn-perlu-bertanggungjawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fdi Yg Merosot Bagi Malaysia

Fdi Yg Merosot Bagi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 186 hits
JAHANAMLAH FDI ke negara ni kalau KERAT terus dibiarkan bermaharajaGILA kerana sejak Day One mereka mencipta Trust Deficit Kita hanya boleh berdoa mengharap belas ehsan dari Allah Ar Rahim Jangan diharap kepada manusia yg suka berbuat zalim...
Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 303 hits
Pasukan khas pantau SOP Anwar Darurat punca FDI merosot SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ast
Kasus Suap Ekspor Benur Edhy Prabowo Sebagai Komandan Saya Bertanggungjawab Atas Kesalahan Anak Buah

Kasus Suap Ekspor Benur Edhy Prabowo Sebagai Komandan Saya Bertanggungjawab Atas Kesalahan Anak Buah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 173 hits
Mantan Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo mengaku menerima konsekuensi atas perbuatan yang dilakukan anak buahnya di perkara dugaan suap izin ekspor benih lobster Hal itu disampaikan oleh Edhy usai menjalani pemeriksaan di Gedung M...
Hak Asasi Manusia Merosot Di Bawah Pn Laporan

Hak Asasi Manusia Merosot Di Bawah Pn Laporan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 255 hits
Laporan tahunan sebuah NGO antarabangsa yang dikeluarkan semalam berkata bahawa hak asasi manusia di Malaysia merosot di bawah Kerajaan Perikatan Nasional Laporan itu berkata bahawa kerajaan secara agresif melanggar kebebasan bersuara dan b...
Pasaran Saham Di Asia Diperdagangkan Di Kawasan Positif Nikkei Jepun Merosot

Pasaran Saham Di Asia Diperdagangkan Di Kawasan Positif Nikkei Jepun Merosot

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 216 hits
Calon Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen telah mengumumkan niatnya untuk mengusahakan pakej bailout kedua Bercakap dalam sidang Jawatankuasa Kewangan Senat dia meminta penggubal undang undang untuk mengambil tindakan besar besaran untuk...
Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 538 hits
Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia segera berjumpa Tuanku Agong dan menggunakan alasan pandemik Covid19 untuk diisytiharkan da...
Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 220 hits
Dr Nadzmi Airil OsideaMuhyiddin Akan Bertanggungjawab di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet 1 Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia...
Saham Eropah Merosot Dalam Jangkaan Data Pmi

Saham Eropah Merosot Dalam Jangkaan Data Pmi

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 226 hits
Indeks STOXX 600 pan Eropah pada 11 27 GMT 2 jatuh 0 84 indeks DAX Jerman 0 76 indeks CAC Perancis turun 0 92 Saham Lufthansa dan Air France masing masing turun 1 9 dan 4 4 Saham TUI pengendali pelancongan jatuh sebanyak 10 Sebabnya adalah ...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

225 Confesssion In Bahasa Malaysia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba