Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji



Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh, dia segera berjumpa Tuanku Agong dan menggunakan alasan pandemik Covid19 untuk diisytiharkan darurat. Ini dibuat sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 diisytiharkan petang hari yang sama. Rakyat terkejut keesokan harinya, darurat diumumkan.Setelah darurat diumumkan, satu persatu gergasi korporat meninggalkan Malaysia. Contohnya Hyundai memindahkan ibupejabat Asia Pasifiknya dari Malaysia ke Indonesia. Malah Hyundai memilih Indonesia untuk melaburkan RM 6.25 Bilion untuk kilang baru. Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelabur. Muhyiddin telah meranapkan ekonomi Malaysia demi mahu kekal menjadi Perdana Menteri.Diketahui semua bahawa Muhyiddin, dalam mahu berkuasa sebelum ini sudah menyogokkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan saiz kabinet yang teramat besar hinggakan tidak diketahui apa yang Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri Muhyiddin lakukan untuk membangunkan Malaysia. Sebelum ini, di bawah Tun Mahathir, saiz kabinet amat kecil. Gaji mereka ini (malah pencen) akan dibayar oleh rakyat Malaysia hingga mereka mati dan setelah itu, hingga isteri (atau isteri-isteri) mereka mati. Ia adalah bentuk korupsi yang memakan belanja yang besar dan semuanya adalah dari rancangan Muhyiddin dan sekutunya.Saiz kabinet yang besar ini adalah penuh dengan ‘lemak’ dan tidak banyak ‘otot’ Sedangkan semua kementerian sebelum ini berusaha dengan inisiatif ‘lean’ yakni membuag semua lemak, kabinet yang ada ini penuh berlemak dan tidak berguna malah memudaratkan. Kabinet Muhyiddin gemuk dan kenyang tetapi tidak nampak apa-apa usaha hatta kerja untuk negara.’Otot’ langsung diam tidak bekerja. Yang nampak adalah tender-tender terbuka yang ditawarkan kepada kroni atau tukaran kuasa selain mahu memastikan ada duit yang banyak untuk disuap kepada orang bawah bagi mendapat sokongan.Seronok menjadi Menteri atau Timbalan Menteri sekarang ini. Kerja tidak ada. Darurat hingga bulan Ogos. Gaji masuk. Elaun Masuk. Tidak ada orang yang memantau kad perakam waktu. Mesyuarat kabient setiap Rabu yang dijalankan tanpa gagal semasa zaman Tun sudah ke laut. Malah Muhyiddin sendiri hanya beroperasi dengan untuk Malaysia dengan masa yang terhad. Umum mengetahui kerja hanya 4 jam, tiada sidang akhbar, tiada siapa boleh bertanya soalan dan dia hanya perlu buat perutusan demi perutusan umpama dialah Agong.Walaupun Muhyiddin berjanji untuk tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, hakim berprinsip seperti Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib telah diarah bertukar dari Mahkamah Jenayah ke Mahkamah Sivil. Maka bersoraklah penjenayah-penjenayah UMNO. Sebelum ini Musa Aman dan Tengku Adnan sudah dilepaskan dari pertuduhan. Peluang diharap mereka cerah untuk lepas bebas. Ia juga isyarat untuk Hakim-hakim lain ‘berhati-hati’ untuk membuat keputusan. Kita berharap para hakim tidak tergugat dan kekal berprinsip.Kebanyakan Menteri dan Timbalan Menteri kini goyang kaki dengan gaji puluhan ribu dibayar kepada setiap seorang oleh rakyat setiap bulan hinggalah darurat berakhir. Malah sebelum inipun tidak kelihatan apa kerja mereka. Duta Khas ke Timur Tengah, Haji Hadi Awang dan Duta Khas ke China Tiong King Sing tidak pernah ada sebarang laporan media tentang apa yang mereka kerjakan. Begitu juga Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang ramai antara mereka tidak diketahui wujud pun oleh penjawat awam. Cubalah tanya siapa Timbalan Menteri Kesihatan II, Timbalan Menteri Pendidikan II, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Timbalan Menteri Kewangan Ii – semuanya tidak diketahui wujud. TImbalan Menteri hingga dua orang dan semuanya mendapat gaji puluhan ribu tapi tidak ada kerja yang signifian.Semua gaji mereka yang tidak setimpal tidak akan dihalalkan hatta RM1 oleh rakyat. Ia tidak halal dan akan memakan diri serta merosakkan diri mereka dan ahli keluarga mereka yang kenyang dengan duit rakyat. Ingatlah, ada yang kaya dan gemuk dengan rasuah tetapi jika kanser datang, tiada nikmat dari semua kekayaan itu.Semua yang berlaku kini adalah hasil ‘scheme of things’ oleh Muhyiddin dan dia akan menjawab di akhirat bagi semua rasuah ini. Tidak akan dihalalkan oleh rakyat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31340

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 214 hits
Dr Nadzmi Airil OsideaMuhyiddin Akan Bertanggungjawab di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet 1 Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia...
Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Pada 19 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima kecaman daripada warganet selepas beliau menyampaikan perutusan berkenaan bantuan khas sempena pelaksanaan PKP 2 0 semalam Ini selepas rata rata daripada mereka...
Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 384 hits
Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia semalam Syukur Alhamdulillah pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 Tidak terlalu cepat tetapi ...
Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 324 hits
Rombongan Perdana Menteri dan ahli Bersatu dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid 19 Pengabaian prosedur operasi standard paling asas itu dikesan berlaku dalam rombong...
Muhyiddin Buat Sesuka Hati Akan Dihumban Rakyat Pru 15

Muhyiddin Buat Sesuka Hati Akan Dihumban Rakyat Pru 15

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 276 hits
Tamrin Tun Ghafar Rabu 20 01 21 Thomas Sowell seorang Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya berhubung politik Politics Is The ArtOf MakingYour Self DesiresSeem LikeThe National...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat