Hak Asasi Manusia Merosot Di Bawah Pn Laporan



Laporan tahunan sebuah NGO antarabangsa yang dikeluarkan semalam berkata bahawa hak asasi manusia di Malaysia merosot di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Laporan itu berkata bahawa kerajaan secara agresif melanggar kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman serta melakukan serangan terhadap media.
“Gabungan kerajaan ini menghentikan gerakan reformasi hak asasi manusia yang diusahakan oleh Pakatan Harapan (PH),” kata Human Right Watch (HRW) dalam laporan tahun 2021 itu.
“Kebebasan bersuara dan kebebasan media menjadi terancam setelah perubahan kerajaan ketika pihak berkuasa membuka siasatan hasutan terhadap aktivis Fadiah Nadwa Fikri kerana menganjurkan protes terhadap cara PN mengambil alih kuasa,” kata laporan itu.
“Sejak itu, pihak berkuasa telah membuka siasatan ke atas banyak aktivis dan ahli politik pembangkang kerana ucapan kritik terhadap kerajaan,” kata HRW, sambil menambah bahawa lebih daripada 520 kertas siasatan telah dibuka atas dakwaan berita palsu dan hasutan, selain ‘berita palsu’ Covid-19 sehingga 11 Mei.
Laporan itu mendakwa bahawa tindakan tegas diambil terhadap media dan wartawan yang “salah melaporkan” berita.
Ia memetik siasatan terhadap wartawan South China Morning Post Tashny Sukumaran dan editor portal berita kesihatan CodeBlue Boo Su-Lyn serta dakwaan penghinaan mahkamah terhadap ketua editor Malaysiakini, Steven Gan.
Pada bulan Julai, Kementerian Dalam Negeri juga melarang buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan setelah mendakwa bahawa sampul buku itu menyerupai lambang negara.
Tashny disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung laporannya mengenai serbuan yang dilakukan terhadap pendatang tanpa izin yang ditangkap di kawasan di bawah PKPD. Kerajaan memutuskan bahawa “tidak ada tindakan selanjutnya” terhadap kes itu.
Boo disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung artikel yang berkaitan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) beberapa tahun lalu di Johor Bahru. Sementara, Gan didakwa menghina mahkamah atas komen yang dibuat oleh lima pembaca dalam laporan berita Malaysiakini, yang sedang menunggu keputusan mahkamah.
“Malaysia telah mengalami pencabulan hak asasi manusia yang luar biasa pada tahun 2020. Harapan untuk reformasi hak asasi manusia tidak pernah meningkat begitu pesat di Malaysia atau nerosot begitu cepat,” kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.
Untuk rekod, pada Januari 2019, Robertson sendiri tidak berpuas hati dengan kelembapan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan PH.
PH telah menjanjikan perubahan besar, termasuk mereformasi institusi kerajaan dan memansuhkan undang-undang penindasan, termasuk Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Majlis Keselamatan Negara. Namun, pemansuhan undang-undang yang dijanjikan ini tidak menjadi kenyataan.
“Salah guna kuasa polis terhadap suspek yang dalam tahanan terus menjadi masalah serius, dan kekurangan akaunbiliti ke atas kesalahan tersebut,” kata HRW lagi dalam laporan itu.
Menurutnya, kerajaan bercadang menggunakan Suruhanjaya Tingkah Laku Polis Bebas, versi Suruhanjaya Pengaduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC) yang kurang jelas setelah pasukan polis membantah IPCMC.
“Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampaknya berniat mengheret Malaysia kembali ke masa lalu kerajaan Najib (Abdul Razak) yang buruk, apabila seseorang berbicara secara terbuka mengenai topik sensitif, polis akan segera mengetuk pintu anda. Kerajaan harus berhenti melakukan perkara ini dan menghormati sepenuhnya hak semua orang,”kata Robertson.
Laporan itu juga menyatakan bahawa “diskriminasi terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetap meluas di Malaysia”.
Ia mengatakan: “Pada bulan Julai, menteri yang bertanggung jawab atas urusan agama memberikan ‘lesen penuh’ kepada pihak berkuasa agama untuk mengambil tindakan terhadap orang transgender, baik melalui penangkapan atau pendidikan agama untuk ‘mengembalikan’ mereka ke ‘jalan yang benar’.”
Pada bulan Ogos, setelah aktivis Nicole Fong mengulas keputusan “lesen penuh” ini dengan menyiarkan siri infografik dalam talian yang kritikal terhadap program “mukhayyam – yang sebahagiannya bertujuan untuk mempengaruhi orang LGBT untuk melepaskan identiti gender atau orientasi seksual mereka yang dianggap tidak normal – pihak berkuasa agama membuat laporan polis terhadapnya.
Laporan Human Rights Watch World 2021 setebal 761 muka surat itu meninjau amalan hak asasi manusia di lebih 100 negara.
The post Hak asasi manusia merosot di bawah PN – laporan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/14/hak-asasi-manusia-merosot-di-bawah-pn-laporan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hak-asasi-manusia-merosot-di-bawah-pn-laporan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 291 hits
Bekas hakim Gopal Sri Ram berkata kerajaan boleh mengemukakan saman atau disaman bagi tindakan ketika darurat PETALING JAYA Tindakan undang undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk un...
Kumpulan Hak Asasi Tak Setuju Atm Diberi Kuasa Tahan Pati

Kumpulan Hak Asasi Tak Setuju Atm Diberi Kuasa Tahan Pati

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 207 hits
MALAYSIAKINI Kumpulan hak asasi Tenaganita membidas kenyataan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan pelaksanaan proklamasi darurat membolehkan pihak Angkatan Tentera Malaysia menangkap pendatang asing tanpa izin yang memasu...
Atm Diberi Kuasa Tahan Pati Kumpulan Hak Asasi Bantah

Atm Diberi Kuasa Tahan Pati Kumpulan Hak Asasi Bantah

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 157 hits
Kumpulan hak asasi Tenaganita membidas kenyataan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan pelaksanaan proklamasi darurat membolehkan pihak Angkatan Tentera Malaysia menangkap pendatang asing tanpa izin yang memasuki sempadan n...
Pasukan Katak Temukan Banyaknya Serpihan Tubuh Manusia Di Bawah Laut

Pasukan Katak Temukan Banyaknya Serpihan Tubuh Manusia Di Bawah Laut

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 324 hits
Tim penyelam dari satuan elit Marinir Komando Pasukan Katak TNI Angkatan Laut menemukan serpihan bagian tubuh yang diduga adalah korban jatuhnya pesawat Sriwijaya Air PK CLC register SJ 182 di Kepulauan Seribu Dilansir dari Antara Minggu pr...
Peraturan Baru Usia Di Bawah 5 Tahun Dilarang Pakai Masker Ini Panduan Menggunakan Masker Dari Who Untuk Anak Anak

Peraturan Baru Usia Di Bawah 5 Tahun Dilarang Pakai Masker Ini Panduan Menggunakan Masker Dari Who Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 415 hits
Baru baru ini WHO memberikan panduan menggunakan masker terbaru untuk anak Seperti kita ketahui bersama jika hingga saat ini virus Covid 19 masih mewabah dan menjadi momok di Tanah Air Oleh karenanya masyarakat harus mematuhi protokol keseh...
Contoh Cara Kiraan Pinjaman Perumahan Gaji Bawah Rm3 000

Contoh Cara Kiraan Pinjaman Perumahan Gaji Bawah Rm3 000

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 1369 hits
Cara Kira Pinjaman Perumahan Di Bank Komersial Contoh Cara Kiraan Pinjaman Perumahan Gaji Bawah RM3 000 Harga rumah semakin meningkat sekarang ni Kalau ada duit banyak boleh lah kita beli rumah dengan secara tunai Tak perlu nak fikir bayar ...
Ilmu Tarik Duit Bawah Sejadah

Ilmu Tarik Duit Bawah Sejadah

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 1287 hits
Astaghfirullahalazim Ingatkan ilmu tarik duit tipu atau dongeng selama ni Rupanya ilmu tarik duit ini wujud Bukan silap mata memang benar benar duit orang ramai dapat ditarik This is a content summary only Visit my website for full links ot...
Ikuti Sidang Media Di Bawah

Ikuti Sidang Media Di Bawah

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 209 hits
Anwar tidak mahu berbalah dengan MahathirJanuary 3 2021 KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim enggan berbalah dengan Dr Mahathir Mohamad susulan kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya awal minggu ini Bercakap kepada pemberita selepas satu...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber

Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless