Farhan Roslan Jadi Wira Sabah
Farhan Roslan menjadi wira untuk Sabah, menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 1-0 ke atas Kuching City pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri pada Ahad.
( 📸 © Sabah Football Club )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Piala Malaysia: Sabah selangkah ke separuh akhir
Sabah menang tipis ke atas Kuching City 1-0 pada aksi pertama suku akhir Unifi Piala Malaysia 2024! 😍🔥⚽@umobile#UnifiPialaMalaysia #NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/glmtH812FW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 15, 2024
KUCHING: Sabah FC membawa bekalan satu gol ke Likas selepas Farhan Roslan menjadi wira untuk menjaringkan gol tunggal untuk Sabah, menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 0-1 pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri pada Ahad.
Ia merupakan debut kemenangan pertama buat ketua jurulatih yang baharu dilantik, Martin Stano dari Slovakia mencatatkan rekod kemenangan untuk penampilan pertama dibawah pengurusan beliau.
Aidil Sharin membariskan pemain-pemain seperti James Okwuosa, Moses Atede, Petrus Shitembi, Ramadhan Saifullah dan Tchetche Kipre bagi melawan cabaran Sabah.
Pengendali baharu Sabah, Martin Stano pula mempertaruhkan pemain seperti Daniel Ting, Stuart Wilkin, Dominic Tan, Saddil Ramdani serta Irfan Fazail
Jaringan Farhan Roslan menjadi perbezaan diantara Sabah FC dan Kuching City FC malam ini! 💣
Liputan Piala Malaysia di Astro, dikuasakan oleh @umobile!#UnifiPialaMalaysia #KUCSAB pic.twitter.com/M2QTZGUGBa
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 15, 2024
Aksi babak pertama menjadi milik Sabah apabila Farhan Roslan, Pemain tengah itu berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-32 menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti untuk Rhinos sekaligus menjadikan ia gol kemenangan 1-0 ke atas Kuching City FC
Kuching City cuba untuk bangkit tetapi gagal meraih jaringan sehingga tamat aksi separuh masa pertama sekaligus meletakkan Sabah 1-0 dihadapan Kuching City.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa siri percubaan namun gagal menghasilkan sebarang gol.
Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan yang menyaksikan kemenangan tipis berpihak kepada Sabah untuk aksi suku akhir pertama.
Berbaki satu minggu untuk skuad kendalian Aidil Sharin untuk bangkit pada aksi seterusnya setelah kekurangan satu gol menerusi kedudukan agregat 1-0.
Pengadil Zamzaidi Katimin menyerahkan sembilan kad kuning dalam malam permainan ini.
Sabah dan Kuching City seterusnya dijadualkan akan berentap untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia pada 23 Disember akan datang di Stadium Likas.
SOURCE:
NST
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2024/12/farhan-roslan-jadi-wira-sabah.html