Langanan Waterfall Ranau Sabah


Langanan Waterfall, Ranau, Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni minta maaf sangat sebab dah masuk dua bulan tak update blog, almaklumlah sejak berpindah balik ke Sandakan sibuk sajalah. Hari ni Murni akan sambung semula perkongsian Murni mengenai destinasi terakhir trip pengembaraan kami berempat iaitu di Langanan Waterfall. 
Air Terjun Langanan merupakan air terjun tertinggi di Sabah yang terletak di Poring, Ia mempunyai ketinggian lebih daripada 120 meter dan mengambil masa kira-kira 2 jam trekking melalui hutan tropika tanah rendah.
Langanan Waterfall, Ranau, Sabah12/02/2024
Hari terakhir kami di Ranau, usai camping di [+] Tambiau Forest House kami menuju ke Poring Hot Spring pula. Kami sampai dalam jam 10 pagi. Sedikit maklumat yang Murni boleh kongsikan mengenai Poring Hot Spring ni; 
Poring mendapat nama sempena sejenis buluh gergasi yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Poring terletak di sempadan timur dan terletak 40km dari ibu Pejabat Taman Kinabalu. Poring berada pada ketinggian kira-kira 400 meter dari atas paras laut. Poring juga sangat terkenal dengan kolam air panas sulfurnya. Kolam tersebut telah dibangunkan oleh Jepun semasa Perang Dunia ke II. Air panas dari mata air tersebut disalurkan ke dalam kolam mandi terbuka. Tab mandi juga disediakan bagi yang memerlukan privasi. Dalam jam 10:15 pagi, kami menuju ke kaunter pembelian tiket yang terletak di pintu gate utama masuk ke kawasan Poring Hot Spring. Murni lupa pula harga tiket masuk untuk mendaki ke Langanan Waterfall. Nanti korang boleh search di portal rasmi Sabah Park ya berapa harga tiket masuk. 
Usai pembelian tiket, kami pun terus menuju ke kaunter pemeriksaan tiket pula. Cuaca pada masa ini sedikit renyai-renyai & kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian sekiranya hujan berterusan sebab pendaki akan melalui beberapa anak sungai. Kalau hujan lebat air akan naik dengan cepat, kawasan batu agak licin & kawasn tersebut tidak boleh dilalui. Keadaan seperti ini secara tidak langsung akan membahayakan keselamatan pendaki. Syukur alhamdulillah semasa pendakian bermula, cuaca sudah mulai baik.
Benda penting yang perlu dibawa semasa pendakian adalah First Aid, baju hujan, air yang secukupnya & gunalah stoking pacat. Kawasan ini berpacat, korang bawalah apa yang patut untuk mengelak daripada digigit pacat. Kalau korang terlupa bawa stoking pacat, boleh guna tips masukkan seluar ke dalam stoking yang dipakai. Murni guna tips ni alhamdulillah tiada pacat yang masuk di kaki. Murni pun sebenarnya tak tahu pun kawasan ni berpacat, memula bila dengar tu mampu ketawa sajalah (pura-pura kuat haha)

Papan Tanda Air Terjun Langanan
Jarak pendakian menuju ke Air Terjun Langanan dalam 4km ambil masa dalam 2 jam pergi balik. Sepanjang pendakian mata kita akan disajikan dengan panorama alam yang sangat indah dengan kicauan burung-burung, deruan air air terjun & air sungai yang mengalir, hutan tropika dan sebagainya. 

Air Terjun KipungitSebelum sampai ke Papan Tanda Air Terjun Langanan, para pendaki akan melalui beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong mahupun pendaki tempatan; salah satunya ialah Air Terjun Kipungit. Air terjun ni yang paling dekat dekat dari Poring Hot Spring & Nature Reserve, hanya ambil masa kira-kira 15 minit berjalan kaki jarak dalam 1km. Air terjun ini mempunyai ketinggian 10 meter dan sesuai untuk berkelah bersama-sama kawan atau keluarga. 


Selain itu, para pendaki akan melalui Kawasan Gua Kelawar. Terdapat papan tanda pengunjung tidak digalakkan untuk memasuki gua tersebut. Keadaan di dalam agak gelap takut ada haiwan berbisa atau haiwan liar lain selain kelawar yang tinggal di gua tersebut. Kalau bernasib baik korang dengarlah tu bunyi kelawar

Pokok Buluh Gergasi
Buluh gergasi banyak tumbuh di kawasan ini, sesuai dengan panggilan nama Poring yang diangkat sebagai nama tempat ni. Sepanjang pendakian mata korang akan disajikan dengan pemandangan rimbunan pokok buluh gergasi di beberapa tempat terutamanya di tepi kawasan aliran sungai. Kena berhati-hati bila melalui kawasan ini. Masa kami lalu kawasan ini ada pokok buluh yang menyembah bumi.
Air Terjun Langanan
Murni teruja sangat bila sampai ke kawasan Air Terjun Langanan ni. Sangat menabjukkan, indah pada pandangan mata Murni dan deruan air terjunnya yang deras sangat mendamaikan jiwa ni. Syukur Alhamdulillah tercapai juga impian Murni untuk menawan air terjun tertinggi di Sabah.

Air Terjun Langanan
Terima kasih kak Jun, abang Badrul & Habc bawa sekali si Murni dalam trip kembara kamu untuk Hiking & Camping di Kota Belud & Ranau kali ini. Semoga ada ada rezeki lagi untuk ikut serta pada masa kan datang. Selesai pengembaraan 4 hari 3 malam, maka beransurlah kami pulang ke Lahad Datu. Nah Murni kongsi video sepanjang pendakian menuju ke Air Terjun Langanan @murnimohdyusof 12/02/2024 𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘮𝘱𝘪𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘈𝘪𝘳 𝘛𝘦𝘳𝘫𝘶𝘯 𝘓𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶, 𝘢𝘪𝘳 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘥𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩. 𝘚𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘯𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘱𝘪𝘨𝘪 𝘴𝘣𝘣 𝘤𝘶𝘢𝘤𝘢 𝘩𝘶𝘫𝘢𝘯 𝘳𝘦𝘯𝘺𝘢𝘪-𝘳𝘦𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘶. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘶 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬. 𝘈𝘭𝘢𝘯𝘨-𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘥𝘩 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪, 𝘳𝘶𝘨𝘪 𝘣𝘢𝘩 𝘬𝘭𝘶 𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 🤭 𝘒𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘢𝘤𝘢𝘵. 𝘑𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘨 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵. 𝘔𝘢𝘴𝘢 𝘩𝘪𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘳 𝘫𝘢 𝘱𝘢𝘤𝘢𝘵, 𝘮𝘢𝘭𝘶-𝘮𝘢𝘭𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 😆 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘭𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘮𝘤𝘮 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘈𝘬𝘪 𝘬𝘶𝘯𝘶𝘬, 𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘭𝘢𝘭𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘤𝘮 𝘚𝘦𝘱𝘪𝘭𝘰𝘬 𝘓𝘢𝘶𝘵. 𝘗𝘰𝘬𝘰𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘳𝘢𝘪𝘭𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘪𝘶𝘬, 𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘨𝘪. 𝘕𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩-𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘭𝘮 𝘩𝘶𝘵𝘢𝘯, 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘩 𝘴𝘪 𝘮𝘶𝘯𝘯𝘪. 𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘵𝘦𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘪𝘯𝘴𝘪𝘥𝘦𝘯 𝘮𝘶𝘯𝘵𝘢𝘩-𝘮𝘶𝘯𝘵𝘢𝘩 / 𝘱𝘦𝘸𝘢𝘪 🤣🤣🤣🤣 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘳𝘶𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢 Habc Datsme & Farid Badrul 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬-𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘷𝘪𝘥𝘦𝘰 🤣🤣🤣 𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘬𝘢𝘬 Jun Sahrul bang Farid Badrul & Habc Datsme 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘴𝘪 𝘔𝘶𝘯𝘯𝘪 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯-𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘬𝘦𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘢𝘭𝘢𝘮. 𝘉𝘦𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘥𝘪𝘢 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘮𝘱𝘢𝘯𝘨, 𝘵𝘪𝘥𝘶𝘳 𝘴𝘢𝘫𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘩𝘢. 𝘔𝘢𝘶 𝘥𝘳𝘪𝘷𝘦, 𝘮𝘮𝘨 𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 🤣🤣🤣 📍𝙇𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙩𝙚𝙧𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙍𝙖𝙣𝙖𝙪 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 #hiking #hikingadventure #fypシ #fyp #langananwaterfall #malaysianblogger #viraltiktok #enchantingsabah #sabahtourism #waterfall ♬ Borneo Romance (Sape Dayak Borneo) - Helmy Trianggara

Sampai di sini sahaja perkongsian Murni mengenai aktiviti hiking di Langanan Waterfall, Ranau, Sabah. Terima korang sudi baca entri ini. Jumpa lagi 😘

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2024/12/langanan-waterfall-ranau-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Mining Leases Issued By Sabah Govt Says Hajiji

No Mining Leases Issued By Sabah Govt Says Hajiji

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 144 hits
Sabah chief minister Hajiji Noor said the group behind the videos had applied for leases in nearly one million acres PETALING JAYA Sabah chief minister Hajiji Noor says his government has never issued mining leases despite videos implicatin...
Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 133 hits
4 December 2024Pemuda Umno Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor supaya meletakkan jawatan susulan pendedahan dakwaan skandal rasuah melibatkan anggota dewan undangan negeri Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abd Karim berkata pihaknya...
Senarai Pusat Jagaan Kanak Kanak Di Sabah

Senarai Pusat Jagaan Kanak Kanak Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum BismillahBagi korang yang mencari pusat jagaan kanak kanak di Sabah sama ada untuk menghantar anak kecil atau sebagai tempat menjalankan latihan praktikal artikel ini menyenaraikan pusat jagaan kanak kanak yang berdaftar den...
3 Penjenayah Ditembak Mati Di Sabah

3 Penjenayah Ditembak Mati Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 94 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiga penjenayah bersenjata api maut berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill Penampang malam tadi Tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit beberapa aktiviti jenayah termasuk kes bunuh Ketua Jabatan Siasatan ...
Hidden Hands In Sabah Whistleblower Incident

Hidden Hands In Sabah Whistleblower Incident

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 111 hits
A few years ago when studying at a university in the US two of my contemporaries expressed unhappiness with some of my writings which claimed that the Malays were entirely to blame for the rampant corruption in the country I held the view t...
Saman Saya Pemberi Maklumat Cabar Ketua Menteri Sabah Adun

Saman Saya Pemberi Maklumat Cabar Ketua Menteri Sabah Adun

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 115 hits
RK AnandPemberi maklumat yang mendedahkan video dakwaan rasuah di Sabah mencabar Ketua Menteri Hajiji Noor dan wakil rakyat yang terlibat memfailkan saman terhadap dirinya atas tuduhan fitnah Anak guam saya percaya mahkamah adalah platform ...
Pm Meets Embattled Sabah Cm Reps

Pm Meets Embattled Sabah Cm Reps

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 113 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has met with Sabah Chief Minister Hajiji Noor and two state assemblypersons implicated in an alleged corruption scandal at his office in Putrajaya Sabah finance minister Masidi Manjun confirmed that the meeting ...
Don T Drag Me Into Your Plot Kitingan Tells Sabah Umno

Don T Drag Me Into Your Plot Kitingan Tells Sabah Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 186 hits
STAR president Jeffrey Kitingan slams Sabah Umno Youth treasurer for suggesting that he take over the chief minister s role from Hajiji Noor Parti Solidariti Tanah Airku president Jeffrey Kitingan has slammed an Umno Youth leader for urging...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar