Faktor Utama Perubahan Undi Pru Dan Prn
Norman Radzuan.
PN BERPECAH DI BEBERAPA KAWASAN
Berlaku Gelombang Merah Biru
5 FAKTOR UTAMA PERUBAHAN UNDI PRU DAN PRN
Masa yg banyak ini saya meneliti video, membaca, melihat gambar dan menghubungi rakan saya di Kedah dan di Kelantan.
Saya tidak mahu cepat ghairah… saya meneliti kempen2 sehari dua ini dan ketika PH dan BN lebih fokus kpd Kedah yg dianggap 50-50 saya pula melihat seperti ada perubahan di Kelantan.
Dari video, gambar dan rakan serta mantan wartawan saya dahulu… mereka berkata ada perubahan di kalangan warga Kelantan. Bukan sahaja kemunculan begitu ramai rakyat Kelantan turun di hari pencalonan tetapi turut hadir ke ceramah2 kelompok di beberapa kawasan yg dianjurkan PH/BN sebagai sokongan.
Kata mantan wartawan saya, “ Ramai yang dah tak tahan lagi dah dgn masalah air. Nak masak kena beli air mineral dan nak mandi pun kadang2 kena pakai air mineral. Kemudian masalah tambatan banjir bila mereka lihat kerajaan Perpaduan agresif mengatasinya… ramai yg mula sedar. “
Menurut teman saya di sana, ramai rakyat Kelantan benci dgn sikap Nik Amar yg mereka anggap cuba memperbodohkan rakyat Kelantan dgn pelbagai alasan yg menyakitkan hati mendengarnya.
Tanya saya, benar sukar utk kerajaan Kelantan diambil alih kerana faktor ketaksuban tetapi saya yakin peratusan pengundian akn meningkat 20-30% kpd BN/PH. Ia sudah cukup bagus atau sebagai signal bahawa ada angin perubahan dan gelombang hijau sudah reda.
Apakah faktor perubahan yg saya anggap PRU dan PRN berbeza?
Pertama bila Kerajaan Perpaduan terutama PH mula memberi perhatian betapa penting menguasai media. Rakyat terutama anak2 muda mulai sedar bahawa mereka telah tertipu dgn dakyah undi PH/BN pergi sekolah pakai skirt, azan tidak berkumandang dan sebagainya.
Faktor kedua yg membawa perubahan ialah kerja keras DS Anwar Ibrahim sejak menjadi PM tidak pernah bercuti utk membawa reformasi seperti dilaungkan sebelum ini (pada isu yg lain saya akan cerita strategi ampuh PMX).
Ketiga melalui media, rakyat mula dpt melihat perubahan ekonomi yg dilakukan oleh PMX dan jamaah kabinetnya. Pelbagai imbuhan dan berita gembira satu persatu rakyat mulai rasai.
KDNK semakin meningkat, inflasi semakin menurun, peluang pekerjaan dan perniagaan, bantuan2 kerajaan dan bermacam mcm lagi sehingga harga ayam jatuh mendadak.
Walaupun ia cuba ditutup oleh pembangkang ( PN ) dgn divert issue cerita2 Melayu dan Islam terancam tetapi anak2 muda mula merasai ia satu penipuan. Jika PRN ini berlaku tahun hadapan harapan PH/BN merampas Kedah dan Kelantan sgt cerah.
Faktor keempat rakyat mula melihat salah guna kuasa pembangkang yg dianggap bersih sebelum ini. Pelbagai kes pendakwaan SPRM kepada pemimpin2 pembangkang.
Antara kes menjadi tumpuan ialah Jana Wibawa yg melibatkan Ketua PN, Muhyiddin Yassin dan kes anak Ketua Pembangkang memalsukan dokumen serta memiliki ribuan minyak masak. Terbaru yg sdg hangat dibualkan kes REE yg melibatkan kerugian jutaan ringgit milik kerajaan negeri Kedah.
Pengundi atas pagar dan anak muda mula menilai bahawa selama hari ini mereka telah diberikan persepsi yg salah. Ini antara faktor utama kenapa perubahan akn berlaku pada PRN kali ini.
Faktor kelima apabila PN sebenarnya bergolak. Mereka mungkin sefahaman di peringkat pimpinan tertinggi tetapi tidak di peringkat akar umbi. Khabarnya berlaku pemulauan calon di Kedah, PP dan N9.
Di kerusi DUN Kuah, Timb Ketua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad, bertanding sebagai calon bebas melawan calon PN. Safwan pula difahamkan ialah Ketua Pemuda Pas Langkawi akn bertanding sebagai calon bebas di DUN Ayer Hangat melawan calon PN.
Dominic pula Presiden Gerakan ketika hari pencalonan jelas dpt dilihat bahawa dia telah dipulau oleh penyokong PN di situ. Manakala Sanusi pula sdg berbalah dgn Mukhriz di mana di peringkat atasan Mahathir dan Muhyiddin sdg menjalankan kerjasama utk melawan Kerajaan Perpaduan.
Saya suka satu quote, “You can run with a lie but you cant hide from the truth. It will catch you.” PN tidak boleh menipu pengundi dgn proganda murahan Melayu terancam kerana apabila manusia semakin berilmu ancaman bangsa ini akan dibakul sampahkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/07/faktor-utama-perubahan-undi-pru-dan-prn.html