Mengapa Pas Akan Berjaya Di Prn Kelak


 

Dengan Bersatu atau tanpa Bersatu; PAS akan tetap beroleh undi besar dan mungkin menapak lebih jauh pada pilihan raya negeri mendatang. Sekurang-kurangnya PAS akan bertahan di tiga buah negeri. Juga, dengan Mahathir atau tanpa Mahathir; PAS akan tetap beroleh undi yang banyak dan barangkali melebarkan pengaruhnya pada PRN mendatang. Sekurang-kurangnya, PAS akan bertahan di tiga buah negeri.
Saya akan memberi dua sebab mengapa PAS akan kekal berpengaruh.
Pertama, agenda-proses dan juga perancangan melahirkan generasi yang taksub terhadap parti tersebut berlangsung sekian lama. Ia dilakukan secara amat berkesan menerusi sistem pendidikan. Saya mengkaji hal ini di Perak dan kajian saya untuk ISEAS-Yusof Ishak, Singapura bertajuk “Perak and Islamic Education: PAS’ Gateway to the West Coast” itu telah diterbitkan. Kajian saya ini bersama-sama pegawai Afra Alatas boleh dimuat turun di dalam talian untuk diteliti.
Dalam satu perbualan dengan bekas guru sebuah sekolah persendirian milik parti tersebut, saya difahamkan oleh guru ini bahawa pihak pentadbiran tidak memandang serius kualiti guru, sistem pendidikan, mahupun prasarana. Dalam kamus pentadbirnya yang penting adalah ketaatan kepada parti.
Guru ini diberi gaji hanya RM1,500 (sekolah di Lembah Klang). Lagi, menurut bekas guru tersebut; ketika temuduga perjawatan berlangsung pihak pentadbir tidak pun memandang kelayakan beliau yang hanya berbekalkan diploma (beliau kurang berjaya dalam pengajian di peringkat ijazah sarjana muda) tetapi lebih banyak tertumpu bertanyakan soal kesetiaan kepada parti.
Sebagai guru sekolah milik parti, beliau ‘dipaksa-rela’ menjadi ahli PAS, dan kemudian menyertai pelbagai acara parti yang melelahkan. Ia adalah satu proses indoktrinasi. Generasi guru dan pelajar di sekolah agama milik parti inilah yang hari ini taksub.
Hal ini konsisten ditemukan ketika kajian lapangan yang saya lakukan di atas. Apa yang ditemui di Perak, tidak terkecuali berlaku di negeri-negeri lain. Malah ia sudah amat kukuh di Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Justeru, tiga negeri ini selamat dihujahkan akan bersama-sama PAS.
Kedua, bukanlah rahsia yang PAS berbekalkan budaya takfiri. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar dan Che Hamdan Che Mohd Razali bertajuk “Ragam Politik Kepartian Melayu Terengganu: Sejarah Panjang Perseteruan PAS-Umno” yang termuat dalam buku “PAS Menjelang Pilihan Raya Umum” terbitan Universiti Malaysia Kelantan (2020), kedua-dua saintis politik ini menekankan budaya takfiri bekal dan senjata paling ampuh untuk PAS melangsungkan hayatnya.
Ads by KioskedMenurut kedua-dua pengkaji yang saya sebutkan di atas; budaya ini mengakibatkan perpecahan dalam umat Islam, dan meskipun disedari sekian lama, tidak siapa ingin mengambil tindakan berani untuk membetulkannya, mereka menulis:
“Budaya takfir ini telah merebak dan berakar umbi dalam kalangan penyokong kuat PAS. Natijah terburuk daripada budaya takfir ini telah melahirkan penyokong PAS yang ekstrem dan rigid, bila mana sesiapa yang tidak bersama mereka dianggap kafir secara semberono. Keluarga dan masyarakat terbelah dua sehingga penyokong PAS memilih untuk tidak tidak mengerjakan ibadat di belakang imam Umno, tidak makan sembelihan orang Umno dan menikahkan semula anak-anak perempuan mereka yang dinikahkan oleh kadi Umno.
“Jenazah juga disemadikan di tanah perkuburan yang berbeza, tidak hadir ke majlis kenduri dan keramaian yang dianjurkan orang Umno, dan zakat dibayar secara terus kepada ahli PAS yang layak kerana bimbang wang zakat tersebut diagihkan kepada penerima yang telah kafir. Ini adalah kerana mereka ragu-ragu dengan pegangan akidah orang Umno, yang dipercayai telah kafir kerana tidak percaya akan kemampuan agama Islam di dalam pemerintahan negara.
“Mereka mula membina masjid dan surau sendiri menggunakan dana dari kutipan derma ahli-ahli PAS, dan jika tiada kemampuan untuk berbuat sedemikian, solat berjemaah akan diadakan dua kali, dengan kali pertama oleh imam lantikan Umno, dan kali kedua oleh imam PAS. Masjid dan surau PAS ini juga menjadi markas PAS untuk kawasan tersebut.”
Hal perasan benar ini tidaklah begitu sulit dibaca, apabila Hadi Awang memuji bekas Mahathir Mohamad kerana terhegeh datang ke pentas PAS sebagai ‘orang yang kembali ke pangkal jalan’. Tentu, beliau memaksudkan pangkal jalan yang betul adalah hanya Islam PAS, manakala Anwar Ibrahim ‘masih meneruskan perjalanan’ iaitu masih belum bertemu jalan yang betul. Ini satu contoh ekstrem iaitu mendefinisikan kebenaran untuk diri sendiri.
Bukan itu sahaja, dengan menenggek kepada sirah, Hadi mensejajarkan perjuangan merebut kuasa di Malaysia ini dengan sejarah suci hayat Rasulullah iaitu mengibaratkan orang yang datang kepada PAS sebagai golongan yang diampunkan selepas Pembukaan Kota Mekah. Dengan melakukan itu, PAS menabikan perjuangan mereka, dan mengQuraisykan orang lain.
Ads by KioskedDua hal di atas akan menjadi pasak besar PAS untuk melangkah jauh dasawarsa mendatang. Jika pemerintah serius mahu menyekat kebangkitan ekstremisme agama seperti yang dititahkan raja-raja Melayu selepas PRU15 lalu, maka campur tangan segera dan tegas harus dilakukan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/mengapa-pas-akan-berjaya-di-prn-kelak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saft Prn Negeri

Saft Prn Negeri

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 147 hits
Ingat dulu strategi kita Pilih calon SAFT masa PRU agar hilang taksub parti Dan akhirnya kita dapat Kerajaan Uniti Ini untuk rendahkan suhu politik Strategi ni tak kesampaian Satunya PM pergi lantik pulak the notorious Presiden yang tiada S...
Prn Status Quo Atau Kejutan

Prn Status Quo Atau Kejutan

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 179 hits
Keputusan PRN di enam negeri Semenanjung pada 12 Ogos ini bergantung kepada sama ada sikap pemilih telah berubah atau tidak sejak PRU November lalu Kalau sikap pemilih kekal maka status quo pun kekal juga iaitu Perikatan Nasional mengekalka...
Prn Semua 19 Calon Muda Isytihar Harta

Prn Semua 19 Calon Muda Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 248 hits
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset oleh semua 19 calon parti itu dilaksanakan secara telus PETALING JAYA Semua 19 calon Muda yang bertanding pada PRN 12 Ogos ini telah mengisytiharkan semua harta termasu...
Kempen Prn

Kempen Prn

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 149 hits
Rafizi Ramli Ramai yang minta saya kurangkan berceramah perkara yang berat berat macam program ekonomi kerajaan supaya yang lebih cenderung kepada ucapan maki hamun dan lawak bodoh lebih berminat nak dengar Dulu dulu masa saya berceramah te...
Calon Prn Dari Perikatan Nasional Gagal Bayar Hutang Rm200 000 Kepada Kaum Asal

Calon Prn Dari Perikatan Nasional Gagal Bayar Hutang Rm200 000 Kepada Kaum Asal

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 197 hits
Calon PRN dari Perikatan Nasional gagal bayar 8216 hutang 8217 RM200 000 kepada kaum asal Polis Kedah menerima satu laporan berkaitan tidak puas hati terhadap Syarikat Rimba Bayu di Baling kerana gagal melunaskan tunggakan dividen sebanyak ...
3 Kriteria Yang Anda Perlu Ada Jika Mahu Berjaya Menjadi Seorang Boss Yang Baik

3 Kriteria Yang Anda Perlu Ada Jika Mahu Berjaya Menjadi Seorang Boss Yang Baik

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 249 hits
Artikel ni nak cerita pasal boss Sebagaimana setiap gunung ada puncak begitu juga setiap organisasi ada boss Jika diberi pilihan antara menjadi boss atau orang bawah tentu lebih ramai yang pilih untuk jadi boss Tapi agak pelik juga kan Kena...
Macc Should Probe Why Berjaya Naza Loi Cancelled Under Muhyiddin S Administration Says Mp

Macc Should Probe Why Berjaya Naza Loi Cancelled Under Muhyiddin S Administration Says Mp

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 398 hits
MP Wong Kah Who says the MACC should investigate the Finance Ministry s alleged cancellation of a letter of intent to a joint venture company between the Berjaya Group and Naza Group during Tan Sri Muhyiddin Yassin s tenure as prime ministe...
Walaupun Gagal Dalam Spm 3 Pemuda Ini Berjaya Raih Pendapatan 5 Angka Sebulan Ini Kisahnya

Walaupun Gagal Dalam Spm 3 Pemuda Ini Berjaya Raih Pendapatan 5 Angka Sebulan Ini Kisahnya

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 220 hits
Walaupun gagal dalam SPM 3 pemuda ini berjaya raih pendapatan 5 angka sebulan Ini kisahnya Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk mencari pekerjaan ketika ini berikutan ekonomi yang tidak menentu Malah tanpa ilmu pengetahuan lagi me...
Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Pm Arah Bantuan Koordinasi Diselaras Secara Langsung Dengan Mb Selangor Petronas

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Test Image Vertical News Content 2

Resepi Sup Kambing Simple Sedap Guna Pressure Cooker Untuk Cepat Empuk

Rackie Ujan Feat Jecinta Olivia Emperuji Ati Chord

Agong Visits Putra Heights Blaze Site


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Era Digital

Severance Apple Tv Exploring Duality And Identity

Kanak Kanak Jatuh Longkang Rakam Sebagai Bukti Bukan Untuk Tular

Mayat Ratu Cantik Myanmar Ditemukan Di Bawah Runtuhan Kondominium

Minggu Dalam Tinjauan Nintendo Perkenal Switch 2

Kerajaan Nak Pecahkan Monopolis Petronas Dan Gas Malaysia Berhad Kenyataan D