Prn Penyokong Bossku Ambil Kesempatan Untuk Kepentingan Diri Anak Najib


malaysiakini.com
Isabelle Leong & Raveena Nagotra
Diterbitkan: Jul 28, 2023 2:45 PM

Anak lelaki Najib Razak, Mohd Nazifuddin membidas penyokong bekas perdana menteri itu kerana mengeksploitasi pilihan raya negeri yang semakin hampir demi kepentingan mereka sendiri.

Ini selepas kumpulan "Penyokong Bossku", merujuk kepada gelaran terhadap Najib secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada PN menjelang enam pilihan raya negeri.

Kumpulan itu (gambar, bawah) juga berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Nazifuddin, yang juga ketua Umno Bahagian Langkawi, menegaskan pilihan raya akan datang dan usaha menegakkan keadilan untuk Najib adalah dua isu yang berbeza.
“Sekarang ini, disebabkan jadual dan acara-acara berkaitan pilihan raya negeri, saya rasa orang mengambil kesempatan daripadanya untuk keuntungan mereka sendiri.

“Sebagai sebuah keluarga, bagi kami, kami konsisten dengan apa yang kami percaya untuk bapa saya, iaitu untuk mendapatkan keadilan terhadapnya dan dia masih (mempunyai) lapan kes yang sedang berjalan.

“Kami percaya beliau akan menang dan akan ada jalan untuk beliau memohon perbicaraan semula atau pengampunan untuk membebaskannya,” katanya kepada Malaysiakini selepas menghadiri majlis pengenalan calon Perpaduan Kedah dan pelancaran manifesto di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Najib telah menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak Ogos lalu atas kesalahan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan SRC International Sdn Bhd milik kerajaan.

Keluarga Najib tetap sokong k’jaan perpaduan

Dengan semua jalan perundangan telah diteroka, satu-satunya harapan Najib untuk bebas adalah melalui pengampunan diraja.

Sambil melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong bapanya atas kasih sayang dan sokongan mereka, Nazifuddin menegaskan bahawa pihak di luar keluarga mereka tidak benar-benar mewakili apa yang ada dalam fikiran Najib.
Gambar fail.“Terdapat ramai penyokong yang mendakwa mereka mewakili bapa saya.

“Tetapi sebagai sebuah keluarga, kami membantu calon kerajaan sedia ada dan kami mahu melihat kerajaan (persekutuan) yang stabil untuk meneruskan pentadbiran negeri baru yang akan ditubuhkan di bawah kerajaan campuran.

"Kami adalah sebahagian daripada kerajaan ini, kebanyakan keluarga saya bersama Umno dan kami mahu melihat kerajaan ini terus mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bergerak ke hadapan untuk memulihkan ekonomi yang positif," katanya.

Sebelum ini, Nazifuddin dan adiknya Nooryana Najwa telah menyuarakan kebimbangan bahawa penyokong Najib mungkin tidak keluar mengundi, mendakwa mereka semakin tidak sabar dan mahu usaha lebih konkrit oleh kerajaan ke arah menegakkan keadilan untuk Najib.
Gambar fail, Nooryana Najwa bersama presiden Umno.Pasangan adik-beradik itu mengakui bahawa "bukan tugas mudah untuk memujuk" penyokong bapanya itu, yang merupakan majoriti ahli parti komponen BN.

Semalam, "Penyokong Bossku", yang diketuai oleh Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz, berkata mereka kesal dengan sikap Zahid yang 'membisu' dan tidak ada keinginan untuk mencari keadilan buat Najib.

Syed Muhammad Imran juga menuduh Zahid secara berterusan menggunakan mereka untuk meraih sokongan atas nama Najib.

"Sebagai ahli Umno kami telah hilang kepercayaan terhadap presiden kerana beliau menjadikan Umno seolah-olah milik individu dan sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan akan dipecat atau digantung," katanya.
Syed Muhammad Imran (gambar, atas) juga menggesa ahli dan penyokong Najib atau dikenali sebagai Bossku menzahirkan sokongan kepada PN pada pilihan raya akan datang ini.

"Mari kita jadikan PRN ini sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya kepada Ahmad Zahid," katanya.

Dia juga berharap pemimpin PN akan menyambut baik sokongan yang diberikan mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/prn-penyokong-bossku-ambil-kesempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Bossku Kami Akan Tetap Sokong Pn

Penyokong Bossku Kami Akan Tetap Sokong Pn

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 185 hits
malaysiakini comPersatuan yang mendakwa menyokong bekas perdana menteri Najib Abdul Razak bertegas akan tetap menyokong Perikatan Nasional pada pilihan raya enam negeri hujung minggu depan Bercakap kepada Malaysiakini Pengerusi Pertubuhan J...
Bossku Supporters Taking Advantage Of Polls For Own Gain Najib S Son

Bossku Supporters Taking Advantage Of Polls For Own Gain Najib S Son

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 259 hits
Najib Abdul Razak s son Mohd Nazifuddin has taken a swipe at the former premier s supporters for exploiting the upcoming state elections for their benefit This came after Bossku supporters referring to Najib s infamous moniker openly declar...
Najib Disavows Pro Pn Bossku Supporters Daughter

Najib Disavows Pro Pn Bossku Supporters Daughter

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 174 hits
Najib Abdul Razak has reportedly distanced himself from a group claiming to be his supporters who have been critical of the Umno leadership and supportive of Perikatan Nasional This was conveyed via a message that Najib s daughter Nooryana ...
Ke Mana Hala Tuju Anak Anak Kita Selepas Tamat Sekolah Rendah

Ke Mana Hala Tuju Anak Anak Kita Selepas Tamat Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 263 hits
Ke Mana Hala Tuju Anak Anak Kita Selepas Tamat Sekolah Rendah Baru baru ini Ibu ayah sibuk dengan anak anak Tingkatan 5 yang bakal menyambung pelajaran ke menara gading Sekarang ini Ibu ayah disibukkan lagi dengan hala tuju dan persediaan a...
Muzium Pop Up The World Of Tim Burton Terima Kunjungan 100 Orang Anak Yatim

Muzium Pop Up The World Of Tim Burton Terima Kunjungan 100 Orang Anak Yatim

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 270 hits
Sejak pelancarannya pada Mac 2023 Muzium Pop Up bertaraf dunia The World of Tim Burton telah mengkagumkan ribuan penggemar seni dan peminat pengarah filem dan seniman ikonik Tim Burton dari seluruh rantau Asia Tenggara Dilengkapi dengan leb...
Usia 3 Tahun Masih Tak Bercakap Pakar Kongsi Teknik Ajar Anak Bertutur Khas Untuk Anak Tak Pandai Menyebut

Usia 3 Tahun Masih Tak Bercakap Pakar Kongsi Teknik Ajar Anak Bertutur Khas Untuk Anak Tak Pandai Menyebut

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 332 hits
Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan Sememangnya ibu ayah perlu risau Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah ...
Ajar Anak Kemas Bilik

Ajar Anak Kemas Bilik

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum Hai semua Apa khabar Tahun ni Aish dah masuk 6 tahun alhamdulillah Besar dah anak ummi Tak terasa masa terlalu pantas bergerak Aish dah beberapa bulan tidur sendiri di bilik dia dengan Syahim Sebelum ni jenuh juga nak pisau ...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

Agar Agar Marble

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Remaja 13 Tahun Seronok Jadi Superman Dikejar Polis

1 Bilion Dah Guna Meta Ai Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna