Fakta Sejarah Perlu Ditulis Semula


KUANTAN: Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, agar rakyat tidak menganggap remeh terhadap sejarah kerana sejarah merupakan perkara penting sebagai asas membangunkan sesebuah tamadun manusia.

Baginda bertitah, oleh sebab itu, penulisan semula sejarah tanah air amat penting bagi membetulkan penulisan sejarah yang dibuat oleh orientalis terutama ketika penjajahan British di Tanah Melayu.

Baginda bertitah, fakta-fakta yang memburukkan penduduk tempatan perlu diperbetulkan.

“Saya berpendapat, cadangan mewujudkan Pusat Kajian Sejarah Dan Tamadun Pahang Al-Sultan Abdullah ini amat bertepatan pada ketika kita mula dilalaikan dengan cara hidup moden yang melekakan.

“Saya percaya, pusat kajian ini bukan sahaja boleh menjadi entiti penting untuk melengkapkan peranan muzium sebagai pusat pendidikan dan rujukan, tetapi, juga membolehkan segala bahan sejarah dan budaya negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya akan dapat dikaji dengan lebih mendalam.

“Melalui pusat kajian ini juga, ruang dan peluang yang lebih besar akan dapat dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan luar negara untuk menyelidik, menerokai dan memahami sejarah tanah air,” titah baginda sempena majlis Taklimat Cadangan Menandatangani (MOA) Penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Pahang Al-Sultan Abdullah di Khutub Khanah Diraja di sini hari ini.

Yang hadir sama anakandan, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid Abd. Jalal.

Al-Sultan Abdullah berharap kerajaan Pahang dapat menyokong penuh penubuhan pusat kajian itu dengan memberi geran khas tahunan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan seperti penganjuran seminar, kolokium dan bengkel, penyelidikan, penerbitan, penterjemahan serta latihan.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar pusat ini nanti bukan semata-mata akan menjadi pusat rujukan berguna untuk universiti-universiti tempatan dan luar negara tetapi juga dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat dalam. kalangan orang awam yang berminat untuk mengetahui sejarah tanah air mereka.

“Saya fikir ini satu bentuk pelaburan jangka panjang yang penting untuk memastikan generasi hari ini dan akan datang dapat mengenali dan menghargai sejarah serta jati diri mereka sendiri,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah, apa yang diusahakan hari ini bukanlah untuk generasi sekarang semata mata, tetapi untuk generasi akan datang yang bakal mewarisi negara, seperti mana apa yang kita ada sekarang adalah hasil usaha yang dilakukan oleh datuk nenek beratus-ratus tahun dahulu.

“Hari ini, kita menggunakan segala tinggalan mereka dalam bentuk manuskrip, tekstil, seramik dan lain-lain yang menjadi kebanggaan dan pengenalan kita sebagai satu bangsa bertamadun di mata dunia.

“Kita harus bersyukur kerana apa yang kita makan, apa yang kita pakai, tulisan yang kita guna, bahasa yang kita pertuturkan dan peralatan yang kita gunakan untuk kegunaan seharian sebahagian besarnya adalah hasil usaha orang-orang atau cendekiawan terdahulu yang kita warisi dan kita namakannya sebagai sejarah dan budaya kita,” titah baginda.

Baginda bertitah, kita seringkali lupa siapa yang berjasa dan hanya mengenali mereka melalui tulisan atau catatan tertentu sahaja.

“Sejarah ialah iktibar. Jadi saya berharap kita tidak mengabaikan kepentingan sejarah. Jangan memandang rendah usaha-usaha dilakukan oleh ahli sejarah dan ahli muzium kerana setinggi mana pun kita terbang, kita akan tetap kena berpijak di bumi nyata. Ibarat pepatah; melihat keindahan bintang di langit, hijau rumput di taman jangan dilupa,” titah baginda. -UTUSAN ONLINE
Sejarah Malaysia ‘wajib’ diperbetulkanPETALING JAYA: Penulisan semula sejarah perlu dilakukan supaya tidak timbul lagi fakta lain yang diselewengkan pada masa depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Pendidikan Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md.Salleh Yaapar berkata, titah Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah mengenai sejarah yang perlu ditulis semula adalah tepat sekali kerana terlalu banyak fakta yang diselewengkan sejak zaman penjajahan Portugis hingga Belanda dan Inggeris.

“Malah, sekarang pun ada rakyat kita yang melakukan kejahatan yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, fakta terbaru yang diputar belit adalah apabila mereka mengagungkan komunis sambil mengetepikan pejuang nasionalis.

Semalam, Yang di Pertuan Agong bertitah, rakyat tidak boleh menganggap remeh terhadap sejarah kerana ia merupakan perkara penting sebagai asas membangunkan sesebuah tamadun manusia.

Tegas Md. Salleh, sejarawan serta pihak yang berwajib tidak seharusnya menyelewengkan sejarah Melayu.

Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong turut menegaskan penulisan semula fakta sejarah adalah penting kerana ia merupakan sebahagian proses pembentukan negara bangsa.

“Malah ia bertujuan pembinaan jati diri golongan muda iaitu maruah negara terlalu bernilai untuk diperlekeh, apatah lagi dihina!,” tegasnya.

Menurutnya, tidak dinafikan banyak fakta sejarah tanah air sewaktu penjajahan British telah `diherotkan’ antaranya tentang pemberontakan terhadap British oleh anak watan etnik Melayu.

Tambahnya, gelaran “pemberontak” kepada Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Mat Salleh dan Rosli Dhobi bukan sahaja tidak tepat hanya kerana mereka menentang British. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/fakta-sejarah-perlu-ditulis-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Cedera Ezzaty Mohon Doakan Cepat Sembuh Supaya Dapat Sujud Semula

Kaki Cedera Ezzaty Mohon Doakan Cepat Sembuh Supaya Dapat Sujud Semula

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 397 hits
Alhamdullilah lepas 4 hari tak dapat sujud hari ini dah boleh jejak tanah kaki saya walaupun masih perlukan tongkat Doakan saya cepat sembuh ye supaya dapat saya sujud semula Tak puas duduk kat kerusi je demikian tulis pelakon Ezzaty Abdull...
Pas Cadang Persempadanan Semula Negeri Majoriti Melayu

Pas Cadang Persempadanan Semula Negeri Majoriti Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 243 hits
PAS cadang persempadanan semula negeri majoriti Melayu Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Mar 2021 7 23PM
Pegawai Polis Jual Semula Dadah Rampasan

Pegawai Polis Jual Semula Dadah Rampasan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 231 hits
Inspektor polis ditahan kerana jual semula dadah yang dirampas kepada sindiket Foto hiasan NSTP JOHOR BAHRU Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah berikutan menjual semula dadah yang dirampas kepada ...
Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum Setelah bercuti hujung minggu hari ini kembali untuk mengadap kerja dan paling tidak dilupa untuk update blog Serius mood memang tak de Minggu lepas memang hari yang sangat sibuk buat Fiza sampaikan tiada masa untuk diri sen...
Hiburan Doakan Saya Cepat Sembuh Agar Dapat Sujud Semula Ezzaty Abdullah Terseliuh Di Kaki Akibat Terjatuh

Hiburan Doakan Saya Cepat Sembuh Agar Dapat Sujud Semula Ezzaty Abdullah Terseliuh Di Kaki Akibat Terjatuh

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 400 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah baru baru ini dilaporkan telah mengalami kecederaan di mana kakinya telah terseliuh di bahagian kiri gara gara terjatuh beberapa hari yang lalu Sumber Instagram Ezzaty Abdullah Perkara tersebut dikongsikan Ezzaty men...
Pasca Pengkhianatan Kita Harus Bangkit Semula

Pasca Pengkhianatan Kita Harus Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 141 hits
POSTED BY AMIR WRLROleh Nik Nazmi Nik Ahmad Sejak beberapa minggu lepas penyakit ahli Parlimen yang membelot melanda lagi Kali ini tiga ahli Parlimen KEADILAN dijangkiti wabak ini Bagi ahli dan pendukung parti insiden ini pasti akan mengece...
Pakej Umrah Bakal Jemaah Terkesan Diminta Bincang Semula Dengan Agensi Pelancongan

Pakej Umrah Bakal Jemaah Terkesan Diminta Bincang Semula Dengan Agensi Pelancongan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 196 hits
BernamaPandemik COVID 19 telah menghentikan segala bentuk perniagaan pelancongan termasuk haji dan umrah Foto fail SHAH ALAM Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej b...
Menurut Kajian Beg Plastik Boleh Dikitar Semula Untuk Dijadikan Kain Bagi Kurangnya Pencemaran

Menurut Kajian Beg Plastik Boleh Dikitar Semula Untuk Dijadikan Kain Bagi Kurangnya Pencemaran

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 272 hits
Perlambakan sisa buangan terutama yang berasal daripada plastik bukanlah isu yang baru Di mana mana negara di dunia ini berhadapan dengan masalah yang sama tetapi apa yang membezakan ialah cara mereka menangani masalah tersebut Ekoran isu t...
Tular Video Suami Gali Semula Kubur Isteri Kerana Terlalu Rindu

Tular Video Suami Gali Semula Kubur Isteri Kerana Terlalu Rindu

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 173 hits
755 total views 755 views today Tular sebuahkisah seorang lelaki di Kota Semarang Jawa Tengah Indonesia yang bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me ninggal dunia Memetik lapo...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran