Pegawai Polis Jual Semula Dadah Rampasan


Mohamed Farid Noh  Inspektor polis ditahan kerana jual semula dadah yang dirampas kepada sindiket. - Foto hiasan NSTP  JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah berikutan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket berkenaan, malam Selasa lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai polis berpangkat Inspektor yang berusia 31 tahun itu ditahan jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.
Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket berkenaan dipercayai untuk pasaran negara jiran.
"Siasatan lanjut mendedahkan suspek itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), menjual semula dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.
"Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan," katanya dalam sidang media hari ini.
Ayob berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah dan nilai dadah yang dijual semula pegawai berkenaan.
Dalam kes berasingan, Ayob Khan berkata, dua anggota polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, kerana melakukan pemerasan, Khamis lalu.
Dua suspek itu masing-masing berpangkat Sub Inspektor dan Koperal dari IPD Muar dan berusia 59 dan 35 tahun.
"Siasatan mendapati kedua-dua suspek melakukan pemerasan ke atas seorang individu di Parit Jawa yang ditahan mereka kerana memiliki dadah jenis syabu.
"Pemerasan itu dibuat bagi melindungi kegiatan dadah individu yang ditahan dengan kedua-dua suspek meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindungan.
"Hasil siasatan mendapati suspek sudah menerima wang sebanyak RM2,000 dan tambahan RM800 secara tunai," katanya.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek direman dua hari pada Jumaat lalu dan dilepaskan atas jaminan polis. Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pegawai-polis-jual-semula-dadah-rampasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 355 hits
Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata pihaknya menyerahkan siasatan kes itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk memutuskan tindakan lanjut IPOH Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pembabitan seorang pegawai polis di Pulau P...
Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 576 hits
Sumber Sinar HarianGEORGETOWN Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang yang dipercayai melepaskan orang kena tuduh berkait kes Macau Scam Ketua Polis Pulau Pina...
Kes Bunuh Bangsar Pegawai Polis Tular Di Lokasi Pergaduhan Tidak Bertugas

Kes Bunuh Bangsar Pegawai Polis Tular Di Lokasi Pergaduhan Tidak Bertugas

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 1735 hits
2 429 total views 2 429 views today Seorang pegawai polis yang didakwa berada di sekitar lokasi kes bunuh di Jalan Telawi 2 Bangsar dua hari lalu selepas video kejadian gaduh di kawasan itu tular disahkan berada di luar waktu bertugas ketik...
Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 289 hits
899 total views 899 views today Berintegriti hingga ke akar umbi Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing masing Kebetulan pula akhir akhir ini hangat diperkatakan di med...
Polis Cekup Pasangan Kekasih Warga Eropah Berkait Dadah

Polis Cekup Pasangan Kekasih Warga Eropah Berkait Dadah

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Polis menahan pasangan warga Eropah selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dengan 2gm ganja dirampas ketika serbuan dibuat Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata kedua dua suspek adalah seorang wan...
Makmal Proses Pil Ekstasi Diserbu Polis Rampas Dadah Bernilai Rm11 8 Juta Di Pulau Pinang

Makmal Proses Pil Ekstasi Diserbu Polis Rampas Dadah Bernilai Rm11 8 Juta Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 302 hits
Sumber Malaysia GazetteBy Malinda Abdul Malik 24 March 2021SEBERANG PERAI Taktik satu sindiket dadah menjadikan kediaman elit sebagai makmal memproses pil ekstasi berjaya dilumpuhkan selepas polis menahan tiga lelaki dalam beberapa serbuan ...
Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 371 hits
By Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Tindakan sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah kilang sebagai makmal memproses bahan terlarang itu berjaya dibongkarkan selepas polis menahan empat lelaki semalam Serbuan bermula jam ...
Merayau Bawa Janda Dan Dadah Sepasang Kekasih Ditahan Polis

Merayau Bawa Janda Dan Dadah Sepasang Kekasih Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 313 hits
16 total views 16 views today BUTTERWORTH Sepasang kekasih diberkas selepas polis menemui sejumlah dadah ketika mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kampung Selamat Tasek Gelugor Pasangan berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan keti...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord