Pakej Umrah Bakal Jemaah Terkesan Diminta Bincang Semula Dengan Agensi Pelancongan


Bernama
Pandemik COVID-19 telah menghentikan segala bentuk perniagaan pelancongan termasuk haji dan umrah. - Foto fail SHAH ALAM: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagi menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan masing-masing
 Presiden PAPUH Malaysia Datuk Seri Razali Mohd Sham menyarankan agar bakal jemaah terbabit membenarkan agensi pelancongan menjadualkan semula tarikh berlepas setelah pintu sempadan negara dibuka
 "PAPUH berharap ini akan dapat membantu ahli kami dalam situasi menang-menang. Sekiranya pintu sempadan dibuka dalam masa terdekat, ini sudah tentu dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh agensi pelancongan masa kini," menurutnya dalam kenyataan
  Beliau berkata sebelum Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas, ahli PAPUH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memasarkan pakej umrah mereka
 "Sebagai agensi pelancongan, sudah tentu setiap pakej yang dibeli akan dikenakan bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan yang diterima dari jemaah ini, pada lazimnya digunakan untuk pembayaran tempahan tiket penerbangan dan tempat penginapan di Mekah dan Madinah," katanya
 Razali berkata pandemik COVID-19 telah menghentikan segala bentuk perniagaan pelancongan termasuk haji dan umrah dan ini sudah tentu melibatkan ahli PAPUH dan bakal jemaah yang telah menempah pakej umrah dari Mac hingga Jun 2020
 "Sebagai agensi pelancongan, sudah tentu tidak dapat membuat apa-apa setelah perniagaan mereka terhenti akibat pandemik COVID-19, bayaran penuh dan deposit telah pun dibuat kepada syarikat penerbangan, tempat penginapan serta bayaran visa
 "Rata-rata ahli menggunakan tempat penginapan bertaraf tiga bintang di Mekah dan Madinah yang mana pada masa sekarang, tempat penginapan ini tidak boleh beroperasi dan ada di antaranya sudah menutup operasi mereka," katanya
 Beliau berkata ada antara pengusaha tempat penginapan di Mekah dan Madinah serta syarikat penerbangan yang tidak memulangkan bayaran sebaliknya meminta agensi pelancongan menggunakannya untuk tempahan akan datang apabila situasi COVID-19 reda
 Oleh itu, PAPUH memohon mana-mana kementerian atau agensi kerajaan tampil membantu ahlinya menyelesaikan masalah tersebut.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pakej-umrah-bakal-jemaah-terkesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Diminta Benarkan Jemaah Lakukan Umrah Bermula April

Kerajaan Diminta Benarkan Jemaah Lakukan Umrah Bermula April

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 241 hits
Kerajaan diminta untuk memberikan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang mahu menunaikan ibadah umrah seawal pada April tahun ini Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata permintaan te...
Thailand Harap Dapat Rancakkan Semula Industri Pelancongan

Thailand Harap Dapat Rancakkan Semula Industri Pelancongan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 233 hits
Thailand harap dapat rancakkan semula industri pelancongan Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Mar 2021 7 08P
Agensi Penguatkuasaan M 039 Sia Tidak Benarkan Telur Tercemar Bakteria Diimport Semula Dari S 039 Pura

Agensi Penguatkuasaan M 039 Sia Tidak Benarkan Telur Tercemar Bakteria Diimport Semula Dari S 039 Pura

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 292 hits
Images Gambar fail KONGSI ARTIKEL PUTRAJAYA Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia tidak akan mempertimbangkan permohonan pengimportan semula telur yang telah tercemar dengan bakteria Salmonella Enteriditis d
4 000 Calon Jemaah Di Yogyakarta Tertunda Berangkat Umrah

4 000 Calon Jemaah Di Yogyakarta Tertunda Berangkat Umrah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 184 hits
Menurut Sigit penundaan keberangkatan calon jemaah umrah itu karena hingga saat ini otoritas Kerajaan Arab Saudi belum membuka penerbangan internasional termasuk yang berasal dari Indonesia
Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 364 hits
FAZLI RADZIKemungkinan tinggi pertembungan tiga penjuru sekurang kurangnya di 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 dilihat bakal berlaku Hal ini ekoran pendirian tegas kepimpinan Umno untuk terus meletakkan calon bertanding di ka...
Pelancaran Tema Baru This Is Pahang Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini

Pelancaran Tema Baru This Is Pahang Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 312 hits
KUANTAN Pelancaran tema baharu pelancongan Pahang This Is Pahang diyakini berupaya merancakkan kembali sektor pelancongan di negeri itu yang terjejas teruk akibat COVID 19 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tema baharu it...
Pakej Rangsangan Kerajaan Tak Sampai Kepada Sektor Terkesan

Pakej Rangsangan Kerajaan Tak Sampai Kepada Sektor Terkesan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Bantuan kewangan berbilion ringgit kerajaan tidak sampai kepada kebanyakan sektor disasarkan kerana syarat ketat dikenakan oleh bank kata gabungan kumpulan perniagaan Menurutnya antara sektor terjejas adalah pelancongan perunc...
Identitas Dikantongi Polisi Penabrak Pesepeda Di Bundaran Hi Diminta Serahkan Diri

Identitas Dikantongi Polisi Penabrak Pesepeda Di Bundaran Hi Diminta Serahkan Diri

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 505 hits
Kecelakaan tabrak lari yang melibatkan pesepeda dan pengendara mobil terjadi di Bundaran Hotel Indonesia Jakarta Jumat pagi ini Polisi bergerak mengusut kasus tersebut
Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Chauffeur Driven Pmx Trolled Over Proclamation He Doesn T Claim Budi95 Petrol Subsidy

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

10 Gaya Rambut Pria Korea Yang Disukai Wanita Sedang Hits

Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Resipi Akok Homemade Sedap Mudah Guna Sandwic Maker Je

Spr Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 17 Pada 29 November Manakala Hari Penamaan Calon 15 November


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Need For Economic Literacy

Buasir Otak Tv Nak Beli Komik Tak Cukup Duit Be Like

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899