Pasca Pengkhianatan Kita Harus Bangkit Semula


 
POSTED BY AMIR WRLR







Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad




Sejak beberapa minggu lepas, penyakit ahli Parlimen yang membelot melanda lagi. Kali ini tiga ahli Parlimen KEADILAN dijangkiti wabak ini.

Bagi ahli dan pendukung parti, insiden ini pasti akan mengecewakan dan menimbulkan kemarahan.
Mereka yang yang khianat kepada parti telah diberikan peluang sepenuhnya oleh KEADILAN. Ada di antara mereka pernah dilantik ke jawatan tinggi dalam kerajaan.
Mereka akan mencipta pelbagai alasan untuk tindakan mereka - tetapi rakyat tidak bodoh dan mampu membuat keputusan yang betul ketika pilihan raya akan datang.
Saya akan kekal bersama KEADILAN. Saya sudah mula bersama parti ini sejak dua dekad lepas, ketika saya berusia 19 tahun ekoran peristiwa Reformasi dan menyertai parti itu secara rasmi empat tahun kemudian.
Parti yang benar-benar berbilang kaum, nasional dan reformis yang komited terhadap keadilan sosial akan sentiasa relevan di Malaysia.
KEADILAN sebuah khemah besar

KEADILAN sangat pelbagai. Ini adalah parti berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia. Jalan menuju kejayaan kita adalah dengan menjadikan parti ini sebagai khemah besar yang inklusif dan merangkumi pelbagai aliran pemikiran dan sosok individu.
Kami kini mempunyai 1,037,888 ahli dengan cabang wujud di kesemua 222 kawasan Parlimen di negara kita. Pada tahun 2018, angka ini berjumlah 800,000. Parti ini juga mempunyai 1,592 ranting (cawangan).
Ini menjadikan KEADILAN parti ke-3 terbesar di Malaysia, setelah 3 juta ahli Umno dan 1.5 juta Pas.
Golongan liberal, sosial demokrat, aktivis agama dan nasionalis dari semua kaum dan agama bersama berganding bahu. Perbincangan boleh menjadi sangat tegang - kerana KEADILAN hanya sebilangan kecil parti politik di negara ini yang benar-benar mewakili keseluruhan kepelbagaian Malaysia.
Terdapat anggota yang hanya memilih untuk turun ketika pilihan raya, yang bermaksud untuk memastikan kemenangan parti, sebelum meluangkan lima tahun akan datang untuk memberi tumpuan kepada kehidupan mereka.
Terdapat mereka yang hadir bagi setiap acara atau program dengan segera dan mengambil bahagian secara aktif dalam organisasi parti di peringkat pusat, negeri, cabang dan ranting.
Ada ‘otai’ yang terlibat semasa era Reformasi, golongan professional yang bersama ketika siri demonstrasi Bersih dan anak muda yang masuk setelah ‘Langkah Sheraton’.
Seperti organisasi yang lain, ada pelbagai jenis motivasi dan tahap tenaga.
KEADILAN pernah berada pada situasi ini. Kami telah dilanda pembelotan besar-besaran pada tahap yang tertinggi dalam sejarah kami.
Di sebalik pelbagai dugaan dan keraguan, kami tetap bangkit lebih kuat dari sebelumnya.
Secara jujurnya, pembelotan adalah masalah di seluruh spektrum politik Malaysia.
Semua pihak menjadi mangsa. Semua parti politik di Malaysia kehilangan ahli, wakil rakyat, dan pemimpin kerana norma baharu politik ini.
Ramai Ahli Parlimen KEADILAN telah memberi amaran agar Bersatu tidak menerima Ahli Parlimen yang berpaling tadah dari Umno pada 2018-2019.




Piawai yang lebih tinggi





Sudah tentu, orang akan mengatakan bahawa KEADILAN harus berpegang pada piawai yang lebih tinggi. Saya setuju. Seperti yang saya tulis sebelumnya, pertengkaran dan pembelotan berterusan akan membuatkan pengundi muak dan bosan.

Setiap wakil rakyat yang meninggalkan kami akan mencalarkan imej parti.
Ini adalah pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang tidak dapat dimaafkan dan kita harus melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kembali kerusi ini dalam pilihan raya akan datang.
Cuma, kita memerlukan disiplin yang lebih tinggi. Tiba masanya untuk bekerja keras dan bersama-sama merasai perit jerih rakyat.
Terdapat cabaran dan krisis dalam semua parti politik - tetapi kita tidak boleh mengharapkan rakyat biasa untuk terus mengikuti drama kita.
KEADILAN harus perkukuhkan komitmen terhadap agenda Reformasi. Kita adalah parti yang inginkan Malaysia yang lebih adil untuk semua rakyatnya dan sistem ekonomi yang lebih peduli kepada rakyat biasa tanpa mengira kaum.
Anggota yang lebih berminat untuk mendapatkan jawatan atau memajukan agenda peribadi harus meninggalkan parti.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, calon-calon termasuk saya diikat dengan perjanjian dengan parti. Kes mahkamah terhadap pengkhianat-pengkhianat ini sudah bermula di mahkamah.
Pada masa yang sama terdapat cadangan supaya undang-undang anti-lompat parti diperkenalkan - walaupun undang-undang seperti ini di Pulau Pinang belum diuji di mahkamah.
Idea lain adalah untuk memaksa Ahli Parlimen atau ADUN yang ingin meninggalkan parti mereka untuk menjalani pilihan raya kecil, walaupun ini memerlukan pindaan kepada Artikel 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang melucutkan kelayakan seorang MP yang mengundurkan diri dari bertanding selama lima tahun.
Bagaimanapun, kita akan memerlukan sokongan rakyat untuk memastikan pembaharuan ini dilaksanakan.
Dan ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak berdisiplin dan bersatu.
Masanya telah tiba untuk kita terus bergerak ke hadapan.
_________________________________________________________________________________





NIK NAZMI NIK AHMAD adalah Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa. Antara buku tulisannya termasuklah Mendepani Zaman: Melayu Abad ke-21 dan 9 Mei 2018: Catatan dari Garis Depan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pasca-pengkhianatan-kita-harus-bangkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Saham As Melonjak Ke Arah Atas Saham Teknologi Bangkit Semula

Pasaran Saham As Melonjak Ke Arah Atas Saham Teknologi Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 314 hits
Saham teknikal ditutup tinggi pada hari Selasa dengan indeks Nasdaq Composite meningkat kembali ke wilayah positif berikutan pembetulan yang membimbangkan Peserta pasaran memberi tumpuan kepada saham syarikat yang mengalami kerugian akibat ...
Inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 Akan Dikaji Semula

Inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 Akan Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 283 hits
PUTRAJAYA 15 Mac Kerajaan akan kaji semula inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 bagi mengubah struktur industri bekalan elektrik negara Ia berikutan pelaksanaan inisiatif MESI 2 0 memberi kesan besar kepada pengguna ...
Dakwa Terima Mimpi Dari Si Mati Sekumpulan Pemuda Gali Semula Tujuh Jenazah Pesakit Covid 19

Dakwa Terima Mimpi Dari Si Mati Sekumpulan Pemuda Gali Semula Tujuh Jenazah Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 282 hits
328 total views 328 views today Di Sulawesi Selatan Indonesia dipercayai tujuh jenazah pesakit Covid 19 yang dikebumikan di situ dilaporkan hilang dan menjadi misteri Namun akhirnya misteri kehilangan jenazah itu terjawab apabila pihak poli...
Mana Lebih Cantik 14 Logo Popular Yang Di Reka Semula Oleh Pereka Bebas

Mana Lebih Cantik 14 Logo Popular Yang Di Reka Semula Oleh Pereka Bebas

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 478 hits
Syarikat syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka sementara perniagaan perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk membina logo korporat mereka Sampai suatu masa lo...
Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 315 hits
FAZLI RADZIKemungkinan tinggi pertembungan tiga penjuru sekurang kurangnya di 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 dilihat bakal berlaku Hal ini ekoran pendirian tegas kepimpinan Umno untuk terus meletakkan calon bertanding di ka...
Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nas...
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Kaji Semula Agar Program Mesi 2 0 Lebih Mesra Rakyat

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Kaji Semula Agar Program Mesi 2 0 Lebih Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 508 hits
Program MESI 2 0 dikaji semula agar lebih mesra rakyat Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bakal mengkaji semula Program Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 dengan menekankan aspek lebih mesra rakyat Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mem...
Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional meng...
Ibu Boleh Lahirkan Bebey Semula Anak Balik Sekolah Mengadu Lenguh Tulis Nama Panjang

Ibu Boleh Lahirkan Bebey Semula Anak Balik Sekolah Mengadu Lenguh Tulis Nama Panjang

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 327 hits
Saat dapat tahu diri hamil perkara yang selalu ibu ayah teruja nak buat adalah memilih nama anak Walaupun belum tahu lagi jantina bayi suami isteri dah ada nama untuk bayi lelaki dan perempuan Ada juga pasangan yang dah buat perjanjian jika...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco