5 Sajian Malaysia Wajib Ada Di Bufet Hotel


Kredit: gfycat Bufet di hotel sememangnya satu syurga bagi peminat makanan atau foodie. Apa saja anda mahu pasti ada di sana dan yang paling penting sekali, anda boleh makan sebanyak mana anda boleh pada harga yang berpatutan.
Namun begitu, apabila ada begitu banyak pilihan, pasti rambang mata anda memikirkan makanan apa anda patut makan dahulu. Jangan fikir terlalu banyak nanti tak sempat nak cuba kesemua makanan kegemaran anda.
Apabila makan secara bufet, anda tidak boleh terus ‘menyerang’ kawasan bufet tanpa sebarang perancangan. Ingat, walaupun anda bayar untuk makan sebanyak mana anda boleh, itu tidak bermakna anda boleh membazir makanan begitu saja, ya.

Makanan Malaysia Dicari Walaupun makanan antarabangsa yang lebih popular seperti sajian segar Jepun, hidangan berempah Arab dan Timur Tengah mahupun hidangan klasik pasta Itali, jikalau anda anak jati Malaysia, di mana jua anda berada, anda akan mencari makanan Malaysia juga.
Meskipun makanan ataupun hidangan negara lain mempunyai tarikan masing-masing, sejujurnya, sajian tersebut tidak dapat menandingi sajian tradisional Malaysia. Baik dari segi rasa dan tekstur, makanan Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mana sajian tersebut boleh dinikmati dengan pelbagai lauk-pauk lain. Lain pula dengan sajian-sajian dari negara lain yang tidak boleh dicampur-aduk dengan makanan lain kerana khuatir dapat mengubah rasa makanan tersebut.
Secara peribadi pula, saya seorang yang kena makan nasi walau sekali dalam sehari. Kalau tak makan nasi, saya rasa hari saya tak sempurna. Jadi, tempat pertama saya akan serbu apabila makan secara bufet di hotel, bahagian makanan Malaysialah tempat saya pergi dulu! Kalau anda seperti saya, saya yakin anda faham maksud saya.

Makanan Wajib Ada! Sebagai seorang penulis, tambah-tambah lagi untuk laman web makanan seperti Butterkicap, memang tidak menghairankan jika saya asyik makan bufet di hotel. Di kebanyakan bufet hotel yang saya kunjungi, rata-rata daripada variasi hidangan sajian yang ditawarkan, pasti ada beberapa sajian wajib yang disediakan.
Saya tak tahu jika sajian-sajian ini memang disenaraikan sebagai makanan tetap ataupun makanan popular dalam kalangan pelanggan hinggakan pihak hotel takkan terlepas daripada menyediakannya, tetapi saya rasa bersyukur dengan adanya sajian-sajian ini kerana inilah pilihan utama saya untuk mengisi perut.
Anda sudah bersedia untuk ketahui apakah gerangannya lima jenis sajian Malaysia wajib dihidangkan di setiap bufet hotel? Leretlah ke bawah!
1. Asam Pedas
Sajian pertama yang saya senaraikan ialah sajian atau masakan asam pedas. Sajian ini, khususnya semasa bufet bulan Ramadan memang cukup popular. Masakan asam pedas, bagi saya, merupakan masakan yang “fail-safe”. Maksudnya, masakan ini takkan pernah tak menjadi. Selalunya, hasil yang disediakan memang cukup memuaskan dan kena dengan selera saya.
Di samping itu, pilihan pihak hotel untuk menyediakan masakan ini juga mungkin disebabkan sifat sajian ini yang tidak memerlukan teknik atau skil tertentu seperti masakan berkari untuk disediakan. Kalau anda di rumah pun dan tiada idea untuk masak, saya pasti hidangan asam pedas ini ada dalam senarai masakan kecemasan anda. Cepat, ringkas dan paling penting, sedap!
2. Siput Sedut Lemak Cili Api Sajian kedua yang disenaraikan ialah sajian lemak cili api. Sajian tradisional Negeri Sembilan ini memang cukup popular dalam kalangan tetamu hotel yang menjamu selera, khususnya jika masakan lemak cili api tersebut memaparkan bahan yang unik dan sukar untuk ditemui di luar seperti masakan siput sedut lemak cili api.
Jika anda terlambat, memang terlepaslah nak merasa! Seperti masakan asam pedas, sajian ini juga tidak dapat dirosakkan kecualilah orang yang menyediakannya memang tidak mempunyai skil masakan.
3. Kari Kepala Ikan Dalam kebanyakan makanan yang disediakan di bufet hotel, sajian berkari merupakan satu sajian yang agak tidak konsisten. Ada kalanya, kari begitu bersantan hingga membuatkan anda berasa muak ataupun rempah karinya tidak masak hingga terasa kepahitannya. Masalah masakan berkari khususnya sajian kari kepala ikan adalah dua itu sahaja.
Saya faham jika sajian ini tidak disediakan dengan baik khususnya di hotel kerana terdapat terlalu banyak hidangan yang perlu mereka sediakan. Jika anda merasai kari kepala ikan yang disajikan di bahagian bufet mengalami masalah yang saya nyatakan di atas, silalah letakkan senduk dan ke sajian lain yang tidak akan buat anda sakit perut nanti.
4. Kari Ayam
Sajian wajib keempat ialah kari ayam. Kari ayam merupakan hidangan yang cukup versatil. Baik anda menikmatinya dengan roti mahupun dengan nasi, kari ayam ini hanya akan membuatkan selera anda bertambah-tambah lagi. Kari ayam yang menyelerakan mestilah pekat dan mempunyai gabungan rasa lemak masin. Jika kari ayam disediakan terlalu cair, hilanglah segala rasa rempah dalam kuah setelah direneh lama.
5. Nasi Ulam Sajian kelima dan terakhir ini memang cukup popular dalam kalangan golongan yang ingin menikmati sajian bufet tetapi masih mahu menjaga diet mereka. Nasi ulam merupakan hidangan nasi yang sihat dan lebih menyelerakan berbanding pilihan sajian sihat yang lain seperti salad. Nasi ulam ini merupakan sajian yang cukup popular di Utara tanah air dan mempunyai rasa ulam-ulaman tempatan seperti kacang panjang, serai dan ulaman lain yang segar dan menyegarkan.
Memang sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka selera. Mungkin sebab itulah sajian ini sentiasa dihidangkan dalam bufet hotel. Sesiapa saja yang menikmatinya pasti menaikkan selera anda untuk menikmati makanan lain yang disediakan.

Apa Hidangan Bufet Wajib Anda? Adakah anda mempunyai hidangan wajib untuk dinikmati setiap kali anda menikmati hidangan bufet di hotel? Jika ya, jangan lupa untuk komen dan berkongsi dengan kami makanan kegemaran anda di bufet hotel.
Jika anda ingin menikmati hidangan bufet yang menyediakan kesemua sajian ini dengan sempurna di samping menawarkan sajian lain yang cukup menyelerakan dan memuaskan pada harga yang berbaloi, anda bolehlah mengunjungi Utara Coffeehouse, Hotel Armada Petaling Jaya. Saya pasti anda akan berasa puas menjamu selera bersama keluarga di sana!
The post 5 Sajian Malaysia Wajib Ada Di Bufet Hotel appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/for-the-love-of-food/5-sajian-malaysia-wajib-ada-di-bufet-hotel

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sajian Bufet Sempena Hari Merdeka Hari Malaysia Di Ixora Hotel Pulau Pinang

Sajian Bufet Sempena Hari Merdeka Hari Malaysia Di Ixora Hotel Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 549 hits
Sajian Bufet Sempena Hari Merdeka Hari Malaysia di Ixora Hotel Pulau PinangAssalamualaikum hai semuaSempena bulan kemerdekaan ini Pihak Ixora hotel juga tidak ketinggalan dalam menyediakan menu buat para tetamu yang hadir untuk merasai saji...
Wajib Baca Teori Konspirasi Kapitalis Mencatur Agenda Politik Malaysia

Wajib Baca Teori Konspirasi Kapitalis Mencatur Agenda Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 294 hits
OLEH FBISaya ingin mengajak rakyat menilai seorang pemimpin berdasarkan prestasi bukan di atas pembunuhan karektor Saudara Anwar mempunyai sejarah yang hebat sebagai seorang menteri kewangan Tiada siapapun dapat menafikan perkara tersebut Z...
Bridal Showcase 2019 Di The Regency Hotel Kl Wajib Singgah

Bridal Showcase 2019 Di The Regency Hotel Kl Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 355 hits
Haa aaa aaa Kompang dipalu Pengantin baru Duduk bersanding Tersipu malu Kompang dipalu Pengantin malu Moga bahagia Ke anak cucu Wahh gituu menyanyi kita Hujung tahun musim nak meraikan pengantin Tapi kita yang nak hadir ke majlis tentunya s...
Rakyat Malaysia Ditahan Di India Bersama Berlian Rm1 3 Juta

Rakyat Malaysia Ditahan Di India Bersama Berlian Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 289 hits
NEW DELHI 4 Ogos Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada Sabtu kerana cuba menyeludup masuk berlian bernilai 22 5 juta rupee ke India Pegawai Unit Perisikan Udara India menyoal siasat lelaki berusia 48 ...
Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 621 hits
Kes tular seorang wanita yang mendakwa kenalannya mencabut kondom tanpa pengetahuannya ketika mengadakan hubungan seks perlu disiasat oleh polis kata peguamnya Serene Lim selain kes itu tidak seharusnya dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Se...
Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 285 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Info Mengenai Kucing Hutan Malaysia

Info Mengenai Kucing Hutan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 3345 hits
Kucing Hutan Malaysia Apa yang Perlu Kita Tahu Kucing Hutan juga dikenali sebagai Asian Leopord Cat Ia merupakan salah satu jenis kucing liar yang terdapat di Malaysia Saiz kucing ini hampir sama dengan kucing biasa Bezanya cuma badan kucin...
Piala Malaysia 2019 Tfc 3 1 Pkns Fc

Piala Malaysia 2019 Tfc 3 1 Pkns Fc

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 272 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Piala Malaysia 2019 Langkah Kanan Buat Perak Rakam Kemenangan 3 0 Keatas Sabah

Piala Malaysia 2019 Langkah Kanan Buat Perak Rakam Kemenangan 3 0 Keatas Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 278 hits
Perak seolah olah pantas melupakan kehampaan pada aksi final Piala FA minggu lalu setelah mencatatkan kemenangan 3 0 keatas Sabah pada aksi sulung saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak Ipoh sebentar tadi Tidak banyak yang dapat diper...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025