Faber Castell Malaysia Lancar Kempen Bas Kembali Ke Sekolah


Hi Korang,
Rupanya kilang Faber Castell ni terletak di Subang Jaya, baru tau hehehehe
Kebetulan ada invite melawat kilang alat tulis yang terkemuka di Asia Tenggara ni kan, so haruslah janganlah di lepaskan peluang wokeh.

Faber-Castell Malaysia melancarkan Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsung hingga awal Januari 2019. Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik. 
Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas sekolah Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan. Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell. 

“Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia pada pelancaran Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia serta pelancaran Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48. 
Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang BAHARU dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna. 
“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong. 
Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut. 



Inovasi produk terkini lain dari Faber-Castell yang terdapat di pasaran adalah Stamp Markers (6 & 10 warna), pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top), pensel mekanikal (Shark & Bubble), pemadam (Seaworld), pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel), isian semula marker papan putih dan highlighter (Textliner 18). Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas. 
Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang kini sedang berlangsung hingga 6 Januari 2019. 

Rebut peluang untuk memenangi Wang Tunai sebanyak RM150 + Produk-produk Faber-Castell dengan menyertai peraduan Spot, Snap, & WIN bersama Bas Kembali Ke Sekolah! 
Berikutlah cara untuk MENANG 
Langkah 1: Tangkapkan Gambar atau Video (secara kreatif) bersama Bas Kembali Ke Sekolah Faber-Castell di mana-mana pasaraya yang berdekatan. 
Langkah 2: Muat naikkan Gambar/Video di laman FB/IG anda dengan Hashtag #fabercastellbacktoschool
Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk korang

Sempat kak lily melawat kilang Faber Castell untuk melihat sendiri cara pembikinan pen, ermm unik rupanya
kak lily belajar buat macaron wokeh hehhe
Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara. 
“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, daftar masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2018/11/faber-castell-malaysia-lancar-kempen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alangkah Daifnya Prasarana Sekolah Awam Di Malaysia

Alangkah Daifnya Prasarana Sekolah Awam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 358 hits
Oleh Peperiksaan tahap 1 dimansuhkan Diganti dengan pentaksiran Silibus dikaji Kemungkinan besar bakal berubah Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan negara Cuma satu benda paling penting yang mungkin kerajaan terlepa...
Akpk Dan Visa Lancar Kempen Treat Your Money Right

Akpk Dan Visa Lancar Kempen Treat Your Money Right

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 324 hits
AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right Assalammualaikum semua Baru baru ini ruby telah hadir ke acara pelancaran kempen baru dari AKPK dan VISA Ia adalah selaras dengan World Savings Day 2018 yang berlangsung pada 31 Oktober pad...
Kpk Malaysia Kembali Periksa Najib Razak Soal Proyek Panel Surya Senilai Rp 6 Triliun

Kpk Malaysia Kembali Periksa Najib Razak Soal Proyek Panel Surya Senilai Rp 6 Triliun

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 283 hits
Proyek itu menimbulkan kontroversi ketika berbagai kabar menyebut bahwa kontrak diberikan kepada Bintulu firma yang mengerjakan proyek itu atas perintah langsung dari Najib Razak yang masih menjabat sebagai PM Malaysia
Wakil Rakyat Tidak Dibenarkan Ke Sekolah Bertentangan Malaysia Baharu

Wakil Rakyat Tidak Dibenarkan Ke Sekolah Bertentangan Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 287 hits
KOTA BHARU 21 Nov Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan wakil rakyat pembangkang menghadiri program di sekolah tanpa kebenaran tidak sepatutnya berlaku dalam suasana Malaysia Baharu Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdull...
Start Your Engine Bentley And Graf Von Faber Castell Launch An Exclusive Special Collection

Start Your Engine Bentley And Graf Von Faber Castell Launch An Exclusive Special Collection

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 256 hits
Graf von Faber Castell for BentleyGreen light for a one of a kind partnership On 1 September Bentley Motors and Graf von Faber Castell are launching the Graf von Faber Castell for Bentley collection luxurious writing instruments and accesso...
Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 318 hits
KOTA BHARU 19 Nov Kerajaan diminta mengeluarkan pekeliling arahan supaya setiap sekolah hanya menggunakan bas sekolah sahaja untuk aktiviti luar seperti lawatan atau rombongan Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan Izani Zakaria ...
Lim Guan Eng Malaysia Bangkit Kembali Sebagai Harimau Asia

Lim Guan Eng Malaysia Bangkit Kembali Sebagai Harimau Asia

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kep...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner