Exco Pemuda Ppbm Sahkan Surat Mohon Jawatan Dalam Glc Anggap Tidak Salah


Adam Abu BakarSurat tular permohonan exco Pemuda PPBM Muzammil Ismail kepada menteri
besar Kedah meminta dilantik sebagai anggota lembaga pengarah agensi atau
GLC milik kerajaan negeri.PETALING JAYA: Exco Pemuda PPBM Muzzammil Ismail mengesahkan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memohon dipertimbangkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Muzzammil berkata, surat berkenaan merupakan surat biasa dan tidak ada yang pelik tentangnya.
Bahkan katanya, tidak ada satu perkataan pun yang bercanggah dengan undang-undang, integriti atau berkait rasuah.
Namun kata beliau, surat itu menjadi pertikaian disebabkan beliau merupakan individu yang terlibat dalam politik.
“Saya ambil maklum berkenaan penularan satu surat yang saya utuskan kepada menteri besar Kedah. Surat tersebut merupakan permohonan pertimbangan sebagai ahli lembaga pengarah di agensi atau anak syarikat GLC.
“Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun rasuah. Saya sertakan resume berdasarkan kelayakan profesional dan pengalaman untuk dipertimbangkan,” katanya kepada FMT.
Muzzamil Ismail.Terdahulu, tular di media sosial surat yang dikirim oleh Muzzammil kepada Sanusi dan diterima oleh setiausaha politik beliau, Afnan Hamimi Taib Azamudden pada 1 Jun lalu.
Muzzammil dalam surat itu berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana agensi atau syarikat anak negeri di Kedah seperti Bina Darul Aman (BDB), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Dalam catatan tulisan tangan dalam surat itu, beliau menyebut: “berdasarkan kepada perbincangan YABMB (Yang Amat Berhormat Menteri Besar), YABMB bersedia untuk mempertimbangkan permohonan ini”
Menurut Muzzammil, fokus utama beliau menulis surat kepada menteri besar Kedah itu ialah untuk membantu kerajaan negeri dan rakyat melalui khidmat politik dan pengalaman profesionalnya.
Beliau berkata, perbuatan mendedahkan surat itu berniat jahat dan bertujuan menimbulkan fitnah serta prejudis terhadap dirinya, terutama menjelang pemilihan parti itu.
“Surat itu hanyalah surat biasa seperti surat semua pihak yang hantar kepada majikan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/exco-pemuda-ppbm-sahkan-surat-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Youth Exco Defends Letter Asking For Glc Position

Ppbm Youth Exco Defends Letter Asking For Glc Position

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 488 hits
The letter to Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor requesting to be considered for a position in a government linked company PETALING JAYA A national PPBM Youth exco has defended a leaked letter to Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi ...
Calon Ketua Pemuda Bersatu Pohon Jawatan Glc Di Kedah

Calon Ketua Pemuda Bersatu Pohon Jawatan Glc Di Kedah

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1105 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Satu surat tersebar di media sosial dipercayai permohonan untuk mendapatkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan oleh calon Ketua Pemuda Bersatu Nasional Mohd Muzammil Ismail Menerusi surat bertarikh 1 Jun itu Mu...
Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

Lantikan Politik Ppbm Mungkin Hilang Jawatan Kata Pemimpin Ph Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 407 hits
Timbalan Pengerusi PH dan ketua PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan sudah mula menyingkirkan lantikan politik dari PPBM GEORGE TOWN Lantikan politik dari PPBM di Pulau Pinang ...
Lobi Untuk Jawatan Glc Di Kedah Bukan Satu Kesalahan Calon Ketua Armada

Lobi Untuk Jawatan Glc Di Kedah Bukan Satu Kesalahan Calon Ketua Armada

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 713 hits
KEMASKINI Seorang exco Pemuda Bersatu berpendapat dia tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun menyanggahi undang undang apabila menulis surat kepada Menteri Besar Kedah baru baru ini Sebaliknya menurut Muzzammil Ismail ada pihak tertentu...
Orang Kata Kalau Tun Tak Letak Jawatan Pun Ph Akan Jatuh Salah Pandangan Ini

Orang Kata Kalau Tun Tak Letak Jawatan Pun Ph Akan Jatuh Salah Pandangan Ini

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 487 hits
Salah pandangan ni pandangan ni hanya nak menghalalkan tindakan Tun letak jawatan je Mari kita bayangkan satu keadaan lain seandainya Tun tidak terlibat dalam rancangan jatuhkan PH ni Jika Tun tidak terlibat dalam rancangan menjatuhkan PH n...
Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 392 hits
Oleh Syed Ibrahim Syed Noh Di tengah tengah suasana kempen Pilihan Raya Kecil DUN Chini timbul khabar angin bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun telah meletakkan jawatan Sehingga kenyataan saya ini keluar ia te...
Dulu Broker Tanah Kg Bharu Kini Broker Jawatan Pm Siapa Tu

Dulu Broker Tanah Kg Bharu Kini Broker Jawatan Pm Siapa Tu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 558 hits
Terbaik Pilihan saya bagi calon PM PH Plus dan Timbalannya Korang ketepikan sahaja Lid yang sering buat kenyataan bersama dengan Guan Eng untuk cadang Shafie jadi PM Kerja broker memang jual beli Sumber The post appeared first on
Tian Chua Dikehendaki Lepas Jawatan Kerajaan Atau Tindakan Tegas

Tian Chua Dikehendaki Lepas Jawatan Kerajaan Atau Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 341 hits
Meskipun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hanya dikenakan tindakan amaran dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR beberapa hari lalu namun beliau diarahkan meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadana...
Gadai Jawatan Pm Ke Muhyiddin Umno Dapat Apa

Gadai Jawatan Pm Ke Muhyiddin Umno Dapat Apa

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 456 hits
Nampaknya pemimpin utama Umno tidak menerima Muhyiddin diangkat sebagai calon PM bagi Perikatan Nasional pada PRU 15 Minggu ini seorang lagi pemimpin Umno dilihat tidak bersetuju dengan parti itu yang secara prinsip bersetuju agar Muhyiddin...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kali Pertama Memancing Ikan

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs