Gadai Jawatan Pm Ke Muhyiddin Umno Dapat Apa



Nampaknya pemimpin utama Umno tidak menerima Muhyiddin diangkat sebagai calon PM bagi Perikatan Nasional pada PRU 15.
Minggu ini seorang lagi pemimpin Umno dilihat tidak bersetuju dengan parti itu yang secara prinsip bersetuju agar Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata, sebarang keputusan untuk “memajak gadai” jawatan perdana menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan akar umbi Umno terlebih dulu.
“Cukuplah Umno dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk Bersatu kerana mengejar jawatan menteri, timbalan menteri dan peruntukan pembangunan.
“Umno kena beringat, konsensus MT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati. Keputusan besar seperti memajak gadai jawatan perdana menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi.
“Jangan apa yang terjadi kepada PH terjadi kepada Muafakat Nasional (MN). Apatah lagi rakyat masih tertanya-tanya Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad ini kawan atau lawan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Pada 2 Julai lalu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa berkata Umno dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.
Annuar berkata, keputusan itu telah dibincang dalam satu mesyuarat bersama.
“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon perdana menteri seterusnya,” kata Annuar.
Bagaimanapun kenyataan Annuar itu mendapat reaksi kurang senang di kalangan segelintir pemimpin Umno termasuk pemimpin veterannya, Shahrir Samad yang berpandangan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum menetapkan perkara itu.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin pula berkata parti itu tidak harus terburu-buru mengehadkan pendiriannya walaupun ketika ini Muhyiddin yang dinamakan sebagai calon.
Puad berkata lagi, tidak masuk akal dua parti – merujuk kepada Umno dan PAS – yang mempunyai kira-kira lima juta ahli sanggup menyerahkan jawatan berkenaan kepada parti yang menurutnya kecil.
“Justeru cadangan Abdul Hadi dan Annuar Musa itu (berkenaan pencalonan Muhyiddin) seolah-olah jawatan perdana menteri boleh dipajak gadaikan,” katanya lagi.
Kata bekas anggota Parlimen Batu Pahat itu, Umno perlu melihat apa yang terjadi kepada DAP dan PKR yang “memajakgadaikan” jawatan perdana menteri kepada Bersatu.
“Akhirnya mereka yang kena gadai. Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28600

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Pm Bukan Untuk Umno Pajak Gadai Kata Puad Zarkashi

Jawatan Pm Bukan Untuk Umno Pajak Gadai Kata Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 494 hits
Jawatan PM bukan untuk Umno pajak gadai kata Puad Zarkashi Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jul 2020 3 32P
Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 391 hits
Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU 15 lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri Populariti Mahathir jatuh merundum Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM Penyokong mereka jadi macam bodoh kena...
Nazri Wants Muhyiddin To Return And Take Over As Umno President

Nazri Wants Muhyiddin To Return And Take Over As Umno President

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 338 hits
Umno s Padang Rengas MP Mohamed Nazri Abdul Aziz has proposed for Bersatu president Muhyiddin Yassin return to Umno and take over from Ahmad Zahid Hamidi as party president Nazri argued this would resolve the bulk of the problems with seat ...
Analyst Scoffs At Talk Of Umno And Pas Backing Muhyiddin

Analyst Scoffs At Talk Of Umno And Pas Backing Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 325 hits
Are Umno and PAS leaders in earnest when they say their parties will let Muhyiddin Yassin remain as prime minister after the next general election One political analyst has dismissed the recent public declarations from the two parties as me...
Tidak Guna Umno Bermuafakat Dengan Pas Jika Tidak Mahu Jawatan Pm

Tidak Guna Umno Bermuafakat Dengan Pas Jika Tidak Mahu Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 273 hits
Apabila BN kalah PRU14 dan UMNO buat pertama kali hilang kuasa sejak merdeka bahkan peranan Pas sebagai kuasa ketiga dan untuk memecahkan undi juga tidak menjadi kedua dua parti itu akhirnya mengambil keputusan menukar hubungan yang selama ...
Muhyiddin Ditolak Oleh Umno Bersatu Mesti Sedia Ditinggal Nanar Sendirian

Muhyiddin Ditolak Oleh Umno Bersatu Mesti Sedia Ditinggal Nanar Sendirian

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 339 hits
Nampaknya kecenderungan pemimpin tertentu dalam UMNO dan Pas mahu menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang tidak mendapat sambutan yang diharap harapkan Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN Annuar M...
Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 420 hits
Kemelut dalaman Bersatu dan kekuatan parti serpihan Umno itu menjadi perhatian terutamanya dari keupayaannya mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama sekutunya Umno PAS GPS dan parti dari Sabah Ketika Umno dan BN mem...
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 379 hits
SEGERAKAN TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK TABUNG HAJI1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar Kerajaan Baharu Perikatan Nasional dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai Tabung Haji 2 Walaupun RCI mengenai...
Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 432 hits
SALAH seorang dari mereka ini akan menjadi Perdana Menteri ke 9 jika PRU dibuat sekarang dan Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah Tanah Melayu Hari desakan demi desakan dibuat oleh pemimpin Um...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why Choosing A Background Screening Company In Singapore Matters More Than Ever

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Makan Makan Di Camden Market


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jam Tangan Sesuai Untuk Kaki Pancing Tahan Lasak Multifungsi

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

Paper Bowl Dengan Logo Sendiri Tingkatkan Profesionalisme Perniagaan Anda

Digesa Letak Jawatan Hannah Yeoh Sentiasa Pikul Tanggungjawab Hormat Prinsip Autonomi Sukan Supol

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu

Pixel 7 Dilarang Jual Di Pasaran Penting Google Pixel 8 9 Turut Berisiko